Helaian muka

Saturday, April 9, 2011

Telur Palsu

Semenjak dari kecil saya diberi oleh emak makan telur untuk menambah protein dalam badan. Ini adalah kerana tubuh badan saya yang agak kurus, cekung dan pucat. Keadaan saya ini telah menjadikan emak saya begitu risau.

Oleh itu, setiap pagi sebelum ke sekolah, emak akan menyuruh saya memakan telur separuh masak yang digaul dengan kicap. Pada permulaan memang agak liat untuk saya memakannya, tetapi setelah beberapa minggu berlalu, ia telah menjadi kebiasaan dan telur separuh masak yang digaul dengan kicap begitu sedap saya rasa.

Kini saya telah dewasa, keadaan tubuh badan saya sudah sihat iaitu sudah tidak kurus, cekung dan pucat. Emak saya juga gembira dengan keadaan saya sekarang.

Tetapi baru-baru ini heboh di media seluruh negara mengenai telur palsu atau tiruan yang berada di pasaran. Telur palsu ini dikatakan buatan China. Kos pembuatannya juga sangat rendah. Dari segi kesan terhadap kesihatan, saya masih kurang pasti.

Nasib baik zaman kanak-kanak saya sudah berlalu. Tetapi bagaimana dengan kanak-kanak yang mengalami keadaan seperti saya dulu di masa kini? Mungkinkah mereka akan terselamat dari telur palsu ini?

Telur ini dikatakan datang China. Bagi saya ini padah kepada kerajaan kerana terlalu banyak mengimport bahan makanan dari luar terutama dari China.

Kesimpulannya, kerajaan perlu menggalakkan penghasilan bahan makanan dalam negara ke tahap yang tertinggi agar aktiviti mengimport bahan makanan dari luar dapat dikurangkan. Ini sudah tentu dapat menjamin ketulenan dan keaslian serta kehalalan bahan makanan tersebut. Tingkatkan produktiviti dalam negara.

Sekian.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: