Helaian muka

Monday, April 11, 2011

30 Bomoh

Kadang-kadang politik ini boleh menjadikan sesebuah negara maju dan moden serta masyarakatnya berfikiran kelas pertama. Kadang-kadang politik ini boleh memundurkan negara dan menjadikan masyarakat ikut mundur dan kurang pandai.

Saya hendak bercerita mengenai seseorang ini. Beliau ini merupakan orang pro parti yang telah banyak membela nasib orang Melayu di Malaysia.

Beliau bercerita mengenai ceramah Umi Hafilda yang tidak silap saya beliau telah hadir dan memberi sepenuh perhatian. Beliau ini terus mengulas dan bercerita. Saya hanya memasang telinga. Banyak juga yang beliau sampaikan kepada kawan-kawannya terutama tentang kisah 18 video seks yang Umi Hafilda hendak dedahkan tetapi masih belum hingga hari ini.

Apa yang tiba-tiba mengejutkan dan menjadikan telinga saya geli ialah beliau menyatakan bahawa Umi Hafilda kata ketika DSAI dibicarakan di mahkamah, ada 30 orang bomoh yang mengiringi DSAI. Dasyat sungguh! Ini telah mengalahkan Taib Mahmud yang diiringi oleh sekitar 6 orang bomoh sahaja ketika berkempen sewaktu PRN Sarawak yang dijadualkan 16 April 2011 ini.

30 bomoh ini jika benar tentu DSAI itu telah menang dalam semua kes beliau. Tentu sahaja hakim mahkamah dan peguam yang membicarakan kes DSAI itu akan jadi bodoh seperti orang yang percaya akan kisah kewujudan 30 bomoh ini.

Jika hendak berpolitik, berpolitiklah dengan cara yang bijak. Bukannya mereka-reka cerita yang akhirnya menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comments:

Hisyam Muhibah said...

hohoho selalu sangatlah dunia politik di kaitkan dengan bomoh....