Helaian muka

Tuesday, April 19, 2011

Kosmo - Ape la nak jadi

Saya memang biasa dan boleh dikatakan pelanggan tetap stesyen minyak PETRONAS. Hari ini, sewaktu hendak pergi membayar di kaunter stesyen minyak PETRONAS untuk tujuan mengisi minyak, saya terlihat akhbar Kosmo yang tersusun di rak tepi kaunter pembayaran.

Muka hadapan berita utama ialah mengenai cukai tanah UUM 1.8 juta yang dikenakan oleh kerajaan negeri Kedah.

Malam tadi saya juga menonton berita mengenai cukai tanah UUM ini di Buletin Utama TV3. Agendanya lebih kurang sama sahaja iaitu mewujudkan perspektif negatif terhadap kerajaan negeri Kedah yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Inilah tujuan atau matlamat media penentu agenda yang banyak diterbitkan di Malaysia dan di antaranya juga adalah media perdana yang seharusnya telus dan tidak bias. Media tidak boleh memihak pada mana-mana pihak. Media adalah saluran maklumat bagi rakyat dan rakyat berhak untuk mendapat maklumat yang benar dan mendidik.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: