Helaian muka

Thursday, April 14, 2011

Seram, Seram, Seram...

Jika dikenang zaman kecilku dahulu, aku mengaku bahawa saya memang seorang kanak-kanak yang penakut. Saya takut dengan kegalapan dan juga kesunyian. Keadaan gelap dan sunyi ini tambah menakutkan saya apabila menonton filem atau drama genre seram. Drama dan filem genre seram yang kini banyak ditayangkan di layar perak dan juga disiarkan di kaca televisyen.

Kini saya sudah dewasa dan syukur saya sudah tidak seperti waktu zaman kanak-kanak. Saya sudah menjadi seorang anak muda yang agak berani hingga kadang-kadang berani tidak kena pada tempatnya. Emak saya hingga naik marah kerana lelakinya kini sudah berani dan dia minta supaya menjadi penakut semula agar tidak melakukan sesuatu yang padanya merbahaya.

Saya sebenarnya buka hendak berbicara mengenai zaman kanak-kanak saya dulu tetapi mengenai drama dan filem seram. Saya tertanya-tanya apakah yang menarik di sebalik drama dan filem genre seram ini. Saya tidak dapat memahaminya hingga kini.

Bagaimana pula dengan kesannya? Adakah ia mendidik ke arah fikiran yang maju atau sebaliknya? Dari segi agama Islam pula, hantu merupakan perkara yang syirik jika kita mempercayainya. Bagaimana masyarakat dan negara hendak maju jika dihidangkan dengan drama dan filem yang bergenre begini.

Pada pendapat saya, tidak salah untuk berkarya, tetapi biarlah karya yang mendidik. Karya yang menjadikan masyarakat bijak. Karya yang menjadikan masyarakat berfikiran maju. Karya yang membawa masyarakat keluar dari kepercayaan yang karut marut.

Walaubagaimanapun, saya tetap menyukai beberapa drama atau filem yang bergenre seram tetapi diselit genre lawak. Antaranya ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comments:

Jejaka Desa said...

Pengaroh drama dah tak de idea la ter....