Helaian muka

Tuesday, May 31, 2011

31May2011 , 11.20AM : PLEASE SHARE. URGENT!

PENGUMUMAN TERKINI (11:20AM, 31MAY2011):

Berdasarkan keadaan yang tidak stabil sekitar Kuantan Hyatt, tempat sesi perjumpaan dengan IAEA itu, dan pihak kerajaan Malaysia juga tidak mampu atau langsung tidak bersedia untuk memberi jaminan keselamatan kepada wakil yang ingin menghantar referendum atau bertemu dengan IAEA.

Hakikatnya, Semalam ketua pemuda MCA Indera Mahkota disepak dan pagi tadi, En Andan, wakil concern citizens dari Balok telah dipukul, dicekik dan keretanya dipecah cermin selepas beliau siap bertemu dengan IAEA dan ingin membuat Press Conference. Sendiri Fikirkanlah keikhlasan pihak kerajaan dalam isu Lynas ini.

Maka, Perhimpunan petang pukul 2pm ini DIBATALKAN dan referendum Save Malaysia kepada IAEA akan disampaikan kepada semua melalui Media. Keselamatan dan keamanan walaupun ingin sangat menyuarakan suara hati kita amat mesti kita semua diutamakan. Sila tolong sampaikan mesej ini kepada kawan semua.

Kita tidak mahu orang dicederaka lagi. Sebab, pihak kerajaan Malaysia gagal mengawal keadaan yang sepatut stabil di tempat perjumpaan dengan IAEA.

Harap maklum,

Sekian, Terima Kasih

Save Malaysia / Media & Publisiti

by Stv ZongLiang on Tuesday, May 31, 2011 at 7:35am

Thursday, May 19, 2011

Lagenda Tukartiub

Assalamualaikum.

Sangat saya tidak sangka akan melihat dan membaca keratan akhbar Berita Minggu, Ahad, 31 Mei 1998 mengenai Hishamuddin Rais @ nama jolokannya Tukartiub.

Keratan akhbar ini saya perolehi dari seorang rakan kerja senior yang banyak menyimpan keratan akhbar yang mempunyai berita-berita yang menarik.

Terima kasih kepada rakan sekerja saya ini. Saya hanya dapat mengambil gambar keratan akhbar ini dan saya kongsikan dengan sahabat semua.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, May 15, 2011

Seminar Maqasid Shari'ah & Masyarakat Majmuk

Assalamualaikum.

Sempena Hari Belia tahun 2011 ini, saya telah menghadiri sebuah majlis seminar yang diadakan di Kuantan. Ketika saya menaip untuk post ini, saya masih berada dalam majlis seminar ini dan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang menyampaikan ucapannya.

Panel yang turut hadir ialah Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS), Dr. Muhammad Nur Manuti (Timb. Presiden Wadah) dan Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi. Moderator pula ialah Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Inilah beberapa gambar yang sempat saya ambil.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, May 13, 2011

Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011

Assalamualaikum.

Jumaat, 13 Mei 2011 bertempat di Kg. Kuala Triang, majlis penutup Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011 ditutup. Majlis penutup ini diraikan dengan persembahan budaya yang terdiri dari pelbagai kaum.

Kembara berakit ini disertai banyak organisasi kerajaan dan bukan kerajaan. Ini sahaja gambar yang sempat saya ambil menggunakan telefon pintar blackberry milik saya.

Sekian.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

13 Mei - Sebuah Tragedi Hitam

Assalamualaikum.

Hari ini adalah hari Jumaat. Semuanya kelihatan biasa. Keadaan negara walau agak huru hara dengan organisasi-organisasi yang berlatarbelakang perkauman, tetapi masih lagi terkawal. Cuma bagi yang cintakan perpaduan dan memusuhi perkauman, agenda organisasi perkauman ini kelihatan sungguh jelik. Saya ulang "sungguh jelik"!

Rusuhan perkauman yang bertarikh 13 Mei 1969 menjadi sejarah hitam buat negara Malaysia. Ulangtahunnya adalah pada hari saya menulis untuk post ini. Ada yang mahu melupakan tarikh ini dan ada yang mahu mengingatinya. Pada saya, saya mahu mengingatinya dalam bentuk sambutan tertentu. Bentuk yang mungkin kontra dengan kisah di sebalik tarikh 13 Mei ini. Kisah rusuhan kaum disambut dengan majlis perpaduan. Bagi saya tentu sangat menarik dan berguna kepada negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Pada tarikh 13 Mei ini, saya masih lagi belum dilahirkan. Pelbagai cerita yang sedang dengar mengenai tragedi 13 Mei. Semuanya kisah yang bagi saya tidak sepatutnya berlaku. Kita manusia sama sahaja. Tidak kira dari apa jenis kaum, kepercayaan dan tuhan yang disembah, kita berasal dari tanah dan akan kembali kepada tanah.

Kepada semua kaum di Malaysia, hari adalah hari perpaduan. Kita mesti menyambutnya dengan hati yang gembira dan terbuka. Mereka yang dulu melakukan kesilapan pada tarikh ini, biarkanlah bersemadi dengan aman. Anggaplah itu zaman mereka. Kita ada zaman kita yang perlukan perpaduan dan cintakan keharmonian. Kita adalah Malaysia.

Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, May 12, 2011

Ceramah Isu Semasa: Ubah Sekarang - Selamatkan Malaysia

Ini info yang saya dapat dari rakan di facebook. Rakan ini juga telah tag saya di gambar poster ini (seperti dalam gambar). Jadi saya harap saudara atau saudari di luar sana yang berada dalam negeri Pahang atau di mana-mana pun agar dapat hadir. Bukan hadir untuk mendengar sahaja tetapi mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan. Ini kerana media arus perdana terlalu bias dan banyak juga info yang dipanaskan dan diputar belit 360 darjah. Oleh itu, ceramah begini perlu kita hadir agar timbang tara untuk mengesahkan maklumat dari media perdana itu benar atau tidak.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, May 9, 2011

8 Mei - Selamat Hari Ibu

Bagai Matahari

Bila aku mula mengenali dunia,
aku mula tahu akan matahari,
wujudnya telah sekian lama,
sudah tentu sebelum aku lahir ke dunia,
menyinari seluruh alam semesta,
dengan adil dan saksama.

Begitu juga ibu,
lahir ke dunia sebelum aku,
yang pasti 9 bulan mengandungkan aku,
2 tahun menyusukan aku,
terus menerus membesarkan aku,
memberi aku pendidikan hingga aku dewasa.

Kini ibu masih begitu,
memikirkan tentang masa depan hidupku,
sentiasa berdoa agar aku berjaya,
ya, ibu tidak pernah jemu,
bagai matahari dari mula dicipta,
menyinari alam semesta tanpa kurang lebihnya.

Puisi tidak seberapa ini khas untuk emak yang tidak pernah surut kasih sayangnya kepada anak ini yang sentiasa terkurang dalam menyayangi. Moga emak akan berbahagia di dunia dan di akhirat sana. Jasa emak akan sentiasa anakmu ini kenang.

Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, May 5, 2011

Penat & Puas Di Taman Negeri Endau-Rompin

Bagi yang meminati pemandangan alam semulajadi, Taman Negeri Endau-Rompin merupakan lokasi pelancongan yang terkenal dan wajib dikunjungi jika melancong ke Rompin. Kurang lebih 1 jam perjalanan dari tempat saya menginap, sesiapa yang berkunjung ke sini pasti akan berasa puas walaupun penat.

Jalan untuk sampai ke puncak bukit sangat mencabar. Perjalanan turun dan naik untuk sampai ke puncak bukit sambil melihat alam sekitar yang menhijau, sesiapa yang datang ke sini pasti terpikat.

4 jam 45 minit merupakan tempoh masa yang di ambil oleh saya untuk menaiki dan menuruni bukit. Alhamdulillah, walaupun penat tetapi berbaloi. Saya percaya bukan senang untuk saya dapat menjejakkan kaki ke sini. Peluang yang ada ini saya tidak akan sia-siakan dengan melayan kepenatan.

Dalam keseronokkan menempuh halangan untuk naik dan menuruni bukit, dalam asyik melihat hutan yang menghijau, walaupun saya sudah khayal dengan keindahan, namun saya tetap melihat serba sedikit kekurangan yang terdapat di sini iaitu salah satu di antaranya ialah kemudahan untuk mendaki.

Ada tangga yang disediakan tetapi ia menjadi kemudahan yang merbahaya kerana tidak diselenggara dengan baik. Tidak kurang juga tangga papan yang telah reput lalu dibuang papannya dan meninggalkan besi-besi tiang anak tangga yang berceracak. Pada saya ini sangat berbahaya kepada para pendaki. Mungkin pihak yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan supaya masalah ini dapat diselesaikan.

Terima kasih kepada Razak, Samad dan seorang lagi pemandu yang saya lupa namanya kerana sangat mesra dengan para peserta bengkel fotografi ini.

Saya berhenti di sini dulu. Ketika ini saya dalam perjalanan pulang ke tempat saya menginap. Kepenatan dengan rasa puas akan membuatkan saya tidur di dalam bas.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, May 4, 2011

Tiba-Tiba Dalam Perjalan..

Selepas puluhan tahun mengecapi kemerdekaan, banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk kegunaan rakyat. Antara kemudahan ini ialah jalan raya. Saya bersyukur kerana kerajaan menyediakan jalan raya yang bagi saya sangat penting dalam melakukan pelbagai urusan seharian. Namun inilah masalah yang wujud walaupun kerajaan begitu bangga dengan kemajuan dan pembangunan yang dijana iaitu jalan raya kurang elok atau berlubang yang merbahaya.

Masalah ini telah mengundang pelbagai jenis masalah lagi dan salah satu di antaranya ialah tayar pancit. Seperti dalam gambar, inilah keadaan tayar bas yang telah pancit setelah melanggar lubang di laluan kawasan Felda Keratong.

Di tengah-tengah kawasan yang hanya di kelilingi oleh pokok-pokok sawit, kemudahan untuk membaiki sangat sukar dilakukan. Alatan yang dibawa oleh pemandu bas mencukupi tetapi tidak mampu untuk mengeluarkan tayar yang telah pancit itu.

Pemandu bas telah menghubungi mekanik yang berhampiran. Walaupun berhampiran tetapi jaraknya tetap jauh. Tindakan yang perlu dilakukan sekarang hanyalah menunggu.

Moga perjalanan ke Rompin akan selamat sampai ke destinasi. Moga akan ada inisiatif oleh kerajaan negeri untuk menaiktaraf jalan ini supaya risiko kerosakan seperti tayar pancit ini dapat dikurangkan dan keselamatan pengguna jalan raya ini terjamin. InsyaAllah.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rompin, Pahang

Penat tidur dan menonton tayangan DVD di dalam bas, akhirnya tepat jam 11.55 pagi, bas yang saya naiki telah memasuki daerah Rompin, Pahang. Sebuah daerah yang agak terkenal di Rompin kerana terdapat Pulau Tioman di pantainya dan Taman Negara Endau-Rompin.

Saya merupakan seorang anak Pahang yang lahir di Kuantan dan membesar di Bera. Selepas 25 tahun saya lahir ke muka bumi ini, baru pertama kali saya sampai ke daerah Rompin ini.

Sebenarnya daerah ini tidaklah jauh dari kampung halaman saya, tetapi atas sebab masa dan tujuan, sukar untuk saya pergi ke sini. Kebetulan terdapat kursus anjuran unit latihan organisasi tempat saya bekerja ini diadakan di Rompin, saya terus memohon. Tidak sangka rupanya jodoh saya dengan Rompin menjadi kenyataan.

Laluan bas yang saya naiki ini menggunakan jalan Muadzam. Selain jalan ini, untuk ke Rompin juga boleh melalui Kuantan. Jalan Muadzam ini lalu di tengah-tengah kawasan Felda seperti Felda Palong dan banyak lagi. Kiri dan kanan kelihatan ladang sawit dan getah. Begitulah pemandangan sekeliling di sepanjang laluan jalan Muadzam menuju ke Rompin.

Sampai di sini dulu buat masa ini.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Mari Melayu Tepati Masa (MMTM)

Sedang saya menaip untuk post ini, saya sedang menanti sebilangan orang-orang Melayu yang lewat. Mereka ini tidak menepati masa. Hadir lewat tetapi tidak menunjukkan rasa bersalah dan malu atas kelewatan yang berlaku. Inikah sikap dan budaya Melayu?

Bas sepatutnya bertolak jam 8 tetapi ketika saya menaip post ini, jam sudah 8.33 pagi. Sudah lebih setengah jam lewat. Ada kawan yang mengatakan mesti jam 9 baru bas akan bertolak. Saya mula tidak percaya, tetapi kini saya sudah mula percaya.

Ada juga yang sudah sampai tetapi merokok dan bersembang di luar bas. Sepatutnya sekarang adalah masa bersedia untuk bertolak. Jadi setiap peserta hendaklah berada di dalam bas.

Kadang-kadang saya terfikir, mengapa tidak bas terus bertolak? Tinggalkan sahaja sesiapa yang lewat. Jadikan ini satu pengajaran. Jika kita terus melayan kerenah begini, sampai bila orang-orang Melayu yang bersikap tidak tepati masa ini akan berubah dan insaf.

Moga orang-orang Melayu akan lebih menepati masa di masa akan datang. Menjadi bangsa yang bertamadun tinggi.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Mari Melayu Tepati Masa (MMTM)

Sedang saya menaip untuk post ini, saya sedang menanti sebilangan orang-orang Melayu yang lewat. Mereka ini tidak menepati masa. Hadir lewat tetapi tidak menunjukkan rasa bersalah dan malu atas kelewatan yang berlaku. Inikah sikap dan budaya Melayu?

Bas sepatutnya bertolak jam 8 tetapi ketika saya menaip post ini, jam sudah 8.33 pagi. Sudah lebih setengah jam lewat. Ada kawan yang mengatakan mesti jam 9 baru bas akan bertolak. Saya mula tidak percaya, tetapi kini saya sudah mula percaya.

Ada juga yang sudah sampai tetapi merokok dan bersembang di luar bas. Sepatutnya sekarang adalah masa bersedia untuk bertolak. Jadi setiap peserta hendaklah berada di dalam bas.

Kadang-kadang saya terfikir, mengapa tidak bas terus bertolak? Tinggalkan sahaja sesiapa yang lewat. Jadikan ini satu pengajaran. Jika kita terus melayan kerenah begini, sampai bila orang-orang Melayu yang bersikap tidak tepati masa ini akan berubah dan insaf.

Moga orang-orang Melayu akan lebih menepati masa di masa akan datang. Menjadi bangsa yang bertamadun tinggi.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, May 3, 2011

Mari Buat Pilihan

Gambar ini boleh menjadi kayu pengukur atau pertimbangan untuk mengundi di PRU 13 nanti.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, May 1, 2011

1 Mei - Selamat Hari Buruh

1 Mei

Buruh bekerja mencari rezeki,
buruh bekerja mencari sesuap nasi,
buruh bekerja bermula pagi,
buruh bekerja di malam hari,
mana pemimpin ambil peduli?

Buruh bekerja bagai mencari mati,
buruh bekerja menabur budi,
buruh bekerja untuk negara dan pertiwi,
buruh bekerja sana dan sini,
mana pemimpin ambil peduli?

Buruh bekerja 8 jam sehari,
buruh bekerja tambah OT,
buruh bekerja untuk mendapatkan gaji,
buruh bekerja untuk makan dan minum setiap hari,
mana pemimpin ambil peduli?

Buruh bekerja menanggung diri,
buruh bekerja menanggung famili,
buruh bekerja majikan senang hati,
buruh bekerja sumber pendapatan gaji menteri,
mana pemimpin ambil peduli?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone