Helaian muka

Sunday, April 10, 2011

Sayang Gebeng, Kuantan, Pahang, Malaysia

Projek "rare earth" Lynas di Gebeng sedang dibangunkan walaupun mendapat bantahan dari rakyat. Bantahan ini bukan sahaja oleh rakyat sekitar Kuantan, tetapi juga rakyat seluruh Malaysia.

Saya berasa sangat kecewa kerana dalam bantahan demi bantahan yang dilakukan, projek Lynas ini masih diteruskan dan tiada langsung tanda-tanda ia akan dihentikan.

Tambah lagi MB Pahang menjamin bahawa projek ini selamat dan tidak merbahaya. Beberapa orang ahli politik Umno juga menyatakan sokongan supaya projek ini diteruskan. Mereka ini seperti tiada perikemanusiaan, mahu meneruskan projek yang sangat diragui kerana beberapa negara termasuk negeri Terengganu sendiri telah menolak projek itu dibina di sana. Tentu ada sebabnya ia ditolak. Negara Australia iaitu merupakan lokasi sumber "rare "earth" dicarigali juga tidak membenarkan ia diproses di sana.

Projek yang bernilai RM700 juta ini sangat diragui. Ia langsung tidak mendatangkan keuntungan kepada pihak negeri atau negara terutama pihak rakyat yang pasti akan menanggung akibat kesan radiasi pemprosesan loji "rare earth" tersebut.

Saya sangat pasti bahawa saya membantah sekeras-kerasnya projek ini. Saya menanti demonstrasi jalanan dianjurkan dan saya pasti akan menyertainya. Oleh itu, saya menyeru supaya semua rakyat Pahang dan juga seluruh Malaysia supaya nyatakan dan suarakan bantahan anda supaya negara negara kita ini bersih dari projek yang merbahaya seperti ini.

Ayuh semua, hak kita sebagai rakyat untuk hidup dalam keadaan selamat dan hak kita juga untuk membantah!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 comments:

Yastro said...

Gua sebagai anak Pahang juga telah membuat kempen mengenai isu ini..diharap blogger dr negeri Pahang juga membuat entri khas mengenai isu ini....semoga ianya memberi manafaat kpd semua...



Kontroversi Loji Lynas Pahang

Hisyam Muhibah said...

selain taklimat versi pembangkang, elok juga hadir majlis taklimat versi kerajaan negeri. selasa ni 12/4/2011 jam 8.00mlm di Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota, Kuantan.. barulah dapat maklumat seimbang.. setakat 2 sesi taklimat yang dah dibuat minggu lepas, panasssss..

indera segara said...

Yasto: Semoga pakatan blogger yg terdiri daripada anak@ pahang dapat menyekat projek ini dari diteruskan.

Hisyam Muhibah: Terima kasih atas info. Jarak dan masa tidak dapat memberi ruang kepada saya untuk hadir. Saudara yang hadir saya minta war2kan kepada semua hasil taklimat tersbut.