Helaian muka

Friday, April 8, 2011

Sarawak & Perubahan

PRN Sarawak akan berlangsung pada 16 April 2011 ini. Setelah 48 tahun bersama dalam membentuk Malaysia, Sarawak masih lagi ketinggalan dalam pelbagai aspek terutama ekonomi walaupun sebenarnya Sarawak ini merupakan negeri yang kaya dengan hasil buminya.

Ketinggalan ini merujuk kepada rakyat di negerinya yang masih miskin dan kurang kemudahan awam. Tiada jalan raya untuk ke kawasan pedalaman dan pendidikan juga masih tidak tinggi di kalangan masyarakat terutama yang berada di luar bandar dan yang paling penting bagi waris masa depan yang akan menjadi pemimpin di Sarawak.

Inikah yang sepatutnya rakyat Sarawak dapat setelah 48 tahun diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional? Media memaparkan seolah-olah Sarawak begitu maju dan terkehadapan. Tetapi ia sebenarnya tidak. Seorang kawan yang bertugas di sana pernah berkata bahawa Sarawak tidak sepatutnya begitu selepas 48 tahun kerana dalam tempoh yang panjang itu ia sepatutnya dalam keadaan yang lebih baik dan maju.

Ya, PRN kali ini yang akan menjadi titik tolak perubahan di sana. Rakyat perlu bangkit dan berubah. Pilihlah pemimpin yang membawa aspirasi rakyat.

Indera Segara mengucapkan selamat berkempen kepada parti-parti politik yang bertanding dan selamat mengundi kepada seluruh rakyat Sarawak. Undi adalah hak anda dan undilah untuk sebuah perubahan.

Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: