Helaian muka

Wednesday, June 29, 2011

Unggun-Bersih





Unggun-Bersih

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

A Samad Said

Wiji Thukul - Peringatan



Puisi karya Wiji Thukul yang punya pengaruh yang menyentuh hati nurani anak-anak universitas di Indonesia.Puisi beliau tentunya menjadi sumber inspirasi bagi rakyat Indonesia untuk bangkit menuntut hak mereka dan selanjutnya mendobrak (reconstruct) segala unsur regim Orde Baru (Orba) yang hari ini menjelmakan rupawajah demokrasi yang subur di Indonesia.
Dek kerana pengaruh Wiji Thukul,dari mata penanya dan aktiviti menanamkan kesedaran massa,di tahun 2000 penyair Wiji Thukul tiba-tiba ghaib dari mukabumi sehinggalah ke hari ini.ada dakwaan bahawa beliau sebenarnya telah diperlakukan oleh aparat Orba.

PERINGATAN

Jika rakyat pergi
Ketika penguasa pidato
Kita harus hati-hati
Barangkali mereka putus asa

Kalau rakyat bersembunyi
Dan berbisik-bisik
Ketika membicarakan masalahnya sendiri
Penguasa harus waspada dan belajar mendengar

Bila rakyat berani mengeluh
Itu artinya sudah gawat
Dan bila omongan penguasa
Tidak boleh dibantah
Kebenaran pasti terancam
Apabila usul ditolak tanpa ditimbang
Suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan
Dituduh subversif dan mengganggu keamanan
Maka hanya ada satu kata: lawan!

(Wiji Thukul, 1986)

Puisi ini saya salin dari laman facebook seorang rakan. Puisi ini sangat terkesan kepada saya dan saya harap ia juga akan terkesan kepada sesiapa juga yang membacanya di laman blog saya ini. Lawan demi kebenaran!

Monday, June 27, 2011

Mari Sokong Perhimpunan Bersih!

Dalam gambar ini menunjukkan lapan perkara tuntutan BERSIH dan saya rasa ia tidak bertentangan dengan hasrat untuk melihat negara Malaysia maju ke hadapan. Oleh itu, saya tegas akan menyokong perhimpunan BERSIH dan berharap masyarakat di luar sana akan ikut serta.



BERSIH adalah sebuah perhimpunan aman dan ia dijamin dalam perlembagaan untuk rakyat berhimpun secara aman. Penyertaan kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab adalah perlu bagi melihat Malaysia yang mempunya sistem yang lebih baik, telus, jujur dan adil di masa akan datang.

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Setiap anak-anak yang punya bapa, sayangilah bapa anda. Ada anak-anak yang mengatakan bapa mereka garang, tetapi itulah sifat si bapa yang perlu ada, menjadi bapa yang tegas. Membina rasa hormat dan tinggi bahasa dalam diri setiap anak-anak.

Namun, anak-anak masih ramai yang degil. Bila ayah tegur atau marah, dikatakan bapa itu jahat. Bagaimana seorang bapa itu jahat jika keluarnya pagi dan baliknya petang? Ada juga yang balik malam hanya kerana mahu memberi anak-anaknya makan dengan sempurna dan punya pendidikan serta pakaian.

Wahai anak-anak yang punya bapa, sayangilah bapa anda. Syukurilah kerana anda masih dapat melihat susuk tubuh, rupa dan mengucup pipi bapa anda. Kasih sayang bapa juga tiada hingga. Cuma syurga kita sahaja bukan di tapak kakinya. Namun begitu, restunya tetap menjadi tiket untuk ke syurga.

Wahai bapa-bapa, tanggungjawabmu cukup besar. Memikul amanah memelihara dan mendidik anak-anak supaya menjadi insan berguna. Setialah pada tanggungjawab ini. Jika ingkar, nasib anak-anak menjadi taruhan. Kita hamba di dunia mencari keredhaan Tuhan.

Kepada bapa-bapa yang sudah tiada, ku kirimkan doa moga kalian sejahtera dan sentiasa berada dalam rahmat Tuhan. Doakan anak-anak yang masih di dunia agar berdiri di jalan yang benar dan menjadi insan berguna. Anak-anak sayang bapa.

Selamat Hari Bapa :-)

Indera Segara


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, June 18, 2011

Tergempar! Himpunan BERSIH 2.0 Atasi Himpunan Sejuta Belia

Parti Barisan Nasional yang dikepalai oleh Umno yang menerajui kerajaan Malaysia sekarang kelihatan begitu risau dengan demonstrasi aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011.

Himpunan ini diadakan bagi menuntut sistem pilihan raya di Malaysia perlu diadakan dengan bersih, telus dan adil.

Himpunan ini juga dijangkakan akan mengatasi Himpunan Sejuta Belia yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini. Mungkin ini adalah faktor utama penentangan pihak BN dan NGO-NGO yang bersekutu dengan BN.

Kini, hampir setiap malam ada berita yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 yang berkaitan dengan BERSIH. Namun, ia tidak sedikit pun memgurangkan sambutan masyarakat terutama golongan muda untuk menyertai himpunan itu nanti.

Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 3, 2011

Borang Keanggotaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Assalamualaikum. 

Di sini saya ingin menghebahkan mengenai sebuah gerakan anak-anak muda iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia yang diterajui oleh Che'gu Bard. Oleh itu, kepada anak-anak muda yang berminat untuk menyertai boleh mengisi borang secara atas talian. Hidup Anak Muda! Hidup Rakyat!