Helaian muka

Thursday, April 21, 2011

Lagi Tentang Kosmo

Berita mengenai cukai tanah UUM yang dikenakan sebanyak 1.8 juta oleh kerajaan negeri Kedah pernah menjadi berita muka hadapan. Keluaran Kosmo 21 April 2011 pula menyiarkan jawapan MB Kedah mengenai hal ini di muka dua surat khabar tersebut.

Namun, tajuknya tidak menggambarkan jawapan oleh MB Kedah. Tajuk seperti mewujudkan persepsi yang negatif sedangkan jawapan MB adalah benar dan relavan untuk menarik semula rebat yang diberikan.

Kepada pembaca yang membaca tajuk sahaja pasti akan timbul persepsi yang negatif terhadap kerajaan negeri Kedah sekarang. Tetapi jika dibaca sampai habis isi berita tersebut, jawapan diletak di akhir tulisan berita dan jawapan MB sangat tepat dan relavan.

Ada sumber video dalam laman sosial facebook yang saya jumpai menyiarkan temuramah oleh beberapa orang wartawan dengan MB Kedah dan beliau memberi jawapan yang lebih banyak dan jelas mengenai isu ini.

Dunia sudah maju dan sumber maklumat juga tanpa sempadan. Jadi carilah jawapan menggunakannya hingga kebenaran terbukti. Buatlah pertimbangan yang terbaik agar tiada pihak yang teraniaya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: