Helaian muka

Saturday, January 1, 2011

Diskusi Kebudayaan: Kemampuan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Sebagai Alat Perpaduan & Cabaran-cabarannya

Hari pertama tahun baru 2011 iaitu 1hb 1 2011, jam 10 pagi menyaksikan sebuah majlis diskusi yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia yang bertempat di Bangunan ABIM, Taman Cemerlang, Gombak, Selangor.


Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang umurnya kurang lebih sama dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan adalah untuk perpaduan kaum di Malaysia selepas terjadinya peritiwa 13 Mei. Usaha murni PKPIM untuk mengetengahkan dasar ini semula adalah satu usaha yang baik.

Dasar ini wujud tetapi tidak ramai yang mengetahuinya. Kelihatan boleh disifatkan seperti hidup segan mati tidak mahu. Namun peranan dasar ini dirasakan penting dalam meneruskan kelansungan negara Malaysia yang berbilang kaum ini.

Tiga orang panel yang hebat dijemput untuk hadir dalam diskusi ini ialah Datuk Dr Hassan Ahmad (bekas Ketua Pengarah DBP), Prof. Emeritus Abdullah Hassan (Pensyarah Fakulti Bahasa UPSI) dan Prof. Emeritus datuk Dr. Nik Hassan Shuhaii (ATMA, UKM).


Datuk Dr Hassan Ahmad hujahnya menyatakan bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga unsur iaitu kebudayaan pribumi, unsur-unsur kebudayaan bukan bumiputra dan nilai-nilai Islam.

Prof. Emeritus Abdullah Hassan pula mengulas mengenai bahasa dan beliau berpendapat bahawa bahasa tidak mampu untuk menyatukan. Kata beliau, "jika bahasa itu boleh menyatukan, Umno dan Pas tidak akan bergaduh". Pendapatnya ini ada benarnya.

Panel yang ketiga pula iaitu Prof. Emeritus datuk Dr. Nik Hassan Shuhaii (ATMA, UKM) mengulas mengenai sejarah dan antropologi Melayu. Beliau juga mengulas mengenai subjek sejarah yang diajar di sekolah dan halangan-halangan yang wujud dalam merealisasikannya.

Indera Segara berminat mengenai kata-kata Prof. Emeritus Abdullah Hassan di sesi akhir iaitu beliau mengatakan "Adapun peradaban melayu itu adalah sebuah peradaban besar, sebuah peradaban maritim yang luas, meliputi wilayah Lautan Hindi dan lautan Teduh". Sambungnya lagi "sejak awal lagi, peradaban Melayu ini meninggalkan karya intelektual, hikayat dan kanun yang tertulis pada prasasti dan juga daun lontar, kertas ...". Tambahnya lagi "bahkan, pada Masa George Chaucer menuliskan "The Canterbury Tales" sarjana Melayu sudah mengarang karya falsafah besar, ada hikayat dan ada kanun ...". Oleh itu, beliau berkata bahawa kita tidak perlu malu kepada dunia.

Setelah selesai sesi diskusi, Presiden PKPIM iaitu saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz telah membacakan kenyataan media PKPIM mengenai Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Kemudian di akhir majlis, pengerusi majlis telah mengumumkan mengenai Tabung Misi Kebudayaan Kebangsaan yang sumbangan awalnya adalah dimulakan oleh tiga orang panel yang hadir. Kemudian tabung itu diedarkan kepada audien yang hadir.


Majlis tamat dan bersurai sekitar jam 12 tengahari.

Indera Segara berharap semoga usaha PKPIM ini akan membuahkan hasil dan seterusnya matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu akan tercapai. InsyaAllah.



6 comments:

Anonymous said...

Tahniah kerana menghadiri program ini. Salam daripada ABIM Pahang

Indera Segara said...

Salam. Terima kasih. Programnya sangat menarik tambahan lagi dengan panel yang bagi saya hebat dan berpengalaman. Saudara dari ABIM Pahang?

Anonymous said...

Ya.. boleh rujuk abimpahang.blogspot.com mengalu2kan jika mahu menyertai

Indera Segara said...

Sangat tidak sangka..saudara YDP ABIM Pahang rupanya..Terima kasih atas pelawaan..insyaAllah, itu ada dlm pertimbangan saya..=)

Anonymous said...

Kita mula dengan bertemu dulu, berkenal-kenalan. Sasaran kami tahun 2011 memang akan tubuhkan ABIM di Bera.

Please email me your contact no. to syamisme@gmail.com

Indera Segara said...

Menarik dan saya sangat setuju. Kita boleh berbincang soal ini.