Helaian muka

Wednesday, April 27, 2011

Nasi Lemak

Semenjak dua menjak ini isu nasi lemak dijual di kantin sekolah agak hangat diperkatakan dan disiarkan oleh media arus perdana. Asalnya isu obesiti pelajar sekolah yang meningkat tetapi nasi lemak yang menjadi mangsa.

Saya merupakan bekas pelajar sekolah rendah dan menengah yang kantin sekolah tempat saya bersekolah menjual nasi lemak setiap hari. Hingga kini BMI saya masih dalam keadaan yang stabil walaupun berat sudah agak bertambah.

Jadi, saya ingin katakan bahawa nasi lemak bukanlah punca kepada peningkatan obesiti pelajar-pelajar sekolah. Saya fikir mungkin ada punca lain yang menjadi sebabnya dan ini perlu dikaji oleh pihak yang bertanggungjawab. Pada saya tidak adil memburukkan imej nasi lemak hanya kerana peningkatan obesiti.

Untuk pengetahuan, nasi lemak merupakan menu masakan Melayu yang sedap dan ia dimakan oleh setiap lapisan kaum di Malaysia. Imej nasi lemak adalah seperti dalam gambar di atas.

Saya sekadar ingin menimbulkan persoalan, mengapa makanan dalam sekolah dan sekitar kawasan sekolah sahaja yang menjadi isu? Bagaimana dengan makanan ringan seperti McDonald, KFC, Pizza dan lain-lain lagi yang jelas boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan terutama kepada kanak-kanak? Mari kita fikir-fikirkan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: