Helaian muka

Friday, September 30, 2011

Tapak Rumah Bakar Jali @ Jenderam Hulu

Assalamualaikum.

Hari saya sempat melawat kampung Jenderam Hulu dan solat Jumaat di sana. Saya ke sana dibawa seorang sahabat yang memang anak jati kampung tersebut.

Beginilah keadaan rumah peninggalan seorang pejuang radikal Melayu PKMM Hulu Langat.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, September 26, 2011

Utusan Melampau!

Assalamualaikum.

Inilah akhbar yang pada asalnya dulu pernah menjadi lidah orang Melayu dan agama Islam. Tetapi kini ia hanya menjadi lidah politik bagi parti Umno/BN dalam terus untuk memerintah dan dalam masa yang sama membodohkan rakyat.

Anda nilai sendiri kartun Utusan Malaysia keluaran 26 September 2011 ini. Maksud tersiratnya sangat jelas yang sudah bagai menjadi tersurat. Hukum Allah dipermainkan sampai begitu sekali.

Moga Allah akan memberi balasan yang setimpal.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, September 25, 2011

Pelancaran Kempen Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13

Assalamualaikum.

Kepada yang mahukan Malaysia menjadi sebuah negara berubah ke arah yang lebih baik iaitu bersish dari segala bentuk kekotoran dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan, marilah hadir beramai-ramai pada 30 September ini. Maklumat seperti dalam gambar.


"BERSIH" lah untuk negara.

Sekian.

Jenderam Hulu - Sarat Dengan Sejarah Revolusi?

Assalamualaikum.

Hari ini saya sekali lagi sampai ke kawasan yang dulu pernah menjadi sebuah kawasan yang sarat dengan perjuangan revolusi menentang penjajah British. Begitu juga kisah yang mana penduduk di kawasan ini pernah ditekan oleh British kerana ramai penduduknya yang menyokong gerakan bersenjata PKM dalam menuntut kemerdekaan.

Pelbagai versi cerita yang saya dengar dari penduduk di sini dan juga pihak lain. Seorang penduduk di sini menyalahkan PKM atas segala apa yang telah berlaku.

Pada saya, sebenarnya terdapat dua versi cerita iaitu versi pro-PKM dan versi pro-British. Dua versi cerita ini perlu dibahaskan oleh para pakar dan biar rakyat yang menentukan pendirian mereka tentang kisah ini. Pakar pula tidak perlu menyatakan mana yang betul dan mana yang salah.

Sampai di sini dulu coretan saya. Saya harap akan ada pakar-pakar sejarah atau ahli-ahli akademik yang dapat mengkaji sejarah perjuangan kemerdekaan di kawasan Jenderam Hulu ini. Biarlah ia dikaji dengan jujur tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, September 23, 2011

Hebahan: Seorang Ibu Kehilangan Anak



Assalamualaikum.

Hebahan ini saya perolehi di wall serang kawan facebook. Jadi saya sambungkan hebahan ini di blog saya pula. Minta anda semua di luar sana juga turut menghebahkan tentang perkara ini. Walau sedikit mana pun bantuan yang kita sumbang, insyaAllah ia akan menjadi sesuatu yang sangat bernilai di akhirat sana.

Saya harap Puan Zetty Bte Saiful Bahri akan menjumpai anaknya yang hilang ini. Banyak-banyaklah berdoa dan kita selaku umat Islam yang bersaudara serta selaku umat manusia walaupun berlainan agama, marilah sama-sama kita berdoa juga.

Sekian.

Dokumentari 'Edisi Siasat' Papar Kemiskinan Di Sabah Dilarang Siar





Ketika Perdana Menteri Najib Razak menjanjikan ruang kebebasan bersuara sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini, satu dokumentari yang mengisahkan jurang kemiskinan rakyat Sabah telah "dipancung", dilarang ke ruang udara sebagaimana yang dijadualkan, semalam.

Dokumentari bertajuk "Saya nak ke sekolah" (I want to go to school) ini dijadualkan untuk disiarkan dalam rancangan Edisi Siasat di stesen televisyen ntv 7, jam 11.30 malam, pada 22 September 2011.


Menurut sumber, dokumentari ini telah dihantar untuk semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada awal minggu ini, dibenarkan dengan "nasihat" agar sedikit "suntingan" (tapisan) dibuat sebelum disiarkan.

Bagaimanapun, LPF memaklumkan secara lisan kepada pihak Edisi Siasat, sehari sebelum dokumentari ini ke udara, bahawa ianya perlu "ditarik", kata sumber kepada MerdekaReview.

Maka pihak ntv 7 terpaksa menyiarkan dokumentari yang telah disiarkan sebelum ini, untuk menggantikan kekosongan yang wujud ekoran daripada keputusan tersebut.




Menurut maklumat yang diperolehi MerdekaReview, tiada notis rasmi daripada LPF kepada ntv 7 berhubung keputusan tersebut, tetapi hanya alasan yang tidak rasmi, seperti "khuatir menjejaskan imej negeri Sabah".

Menurut Editor Eksekutif Buletin dan Isu Semasa (Mandarin) ntv7, Tan Boon Kooi, yang sempat dihubungi MerdekaReview pada kira-kira jam 2 petang, dirinya pun "teringin nak tahu apakah yang telah berlaku sebenarnya" (yang menjurus kepada keputusan tersebut).

Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan penerbit telah menyempurnakan tugas mereka, sebaik rancangan dokumentari itu siap dibikin.

"Sama ada ia dibenarkan untuk disiarkan atau tidak, itu di luar kawalan kami. Bukan sesuatu yang boleh kami putuskan," katanya kepada MerdekaReview.

Menurut "promo" rancangan yang disiarkan pada minggu lalu, dan pengenalan di laman sosial rasmi Edisi Siasat, dokumentari ini mengisahkan jurang kemiskinan yang ketara di negeri Sabah.

"Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak mengumumkan untuk bergabung dengan Semenanjung Tanah Malaya, membentuk Malaysia. 48 tahun kemudian, meskipun memiliki sumber semulajadi yang lumayan, namun Sabah dan Sarawak tetap ketinggalan secara perbandingan, dari segi pembangunan sosial ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya."







Untuk 10 tahun ini, Sabah adalah negeri yang termiskin. Dari segi pendidikan, 21% daripada penduduk Sabah tidak berpendidikan. Apa masa depan anak-anak ini? Mengapa pula jurang kemiskinan antara desa dan bandar di Sabah begitu ketara? Sempena kita menyambut Hari Malaysia, marilah kita merenung masalah ini."

Ini bukan kali pertama rancangan Edisi Siasat "dipancung". Pada Oktober 2008, rancangan dokumentari berjudul "Kuasa Masyarakat Sivil" dilarang ke udara.

Sebagaimana yang difahamkan MerdekaReview, rancangan tersebut mengandungi adegan-adegan demonstrasi dan keganasan polis. Malah sebelum ini, pada September 2008, satu rancangan dokumentari yang bertemakan pertikaian agama turut dilarang ke udara.



Sekian.

Lawatan Rasmi TPM @ Lawatan Rasmi Timb. Presiden Umno?

Assalamualaikum.

Jumaat, 23hb September 2011, Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin telah melakukan lawatan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ramai kakitangan UKM terutama golongan profesional diminta untuk hadir bagi menyambut kehadiran TPM Malaysia ini.

Seperti mana khabar angin yang agak kencang mengenai PRU 13 yang semakin hampir ini, begitulah tersiratnya lawatan TPM ini ke UKM.

Buktinya anda semua boleh lihat sendiri (seperti dalam gambar) bahawa bendera Barisan Nasional dan Umno berkibar di pintu masuk UKM.

Saya lebih setuju jika bendera yang berkibar itu adalah bendera negara kita iaitu bendera Malaysia. Ini kerana lawatan rasminya adalah atas tiket seorang TPM dan bukan seorang Timbalan Presiden Umno.

Anda semua fikir-fikirkanlah.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 22, 2011

Benarkah Regimen Ke-10 Tolak Agama?

Harakah - 12 - 15 September 2011


Jawapannya: TIDAK!

Kempen: Mari meletakkan gambar profil fb dengan gambar wira kemerdekaan negara yang tidak didendang. Inilah wira sebenar kemerdekaan. Ayuh!

Wednesday, September 21, 2011

Hikayat Penyakit Kuning


Sedang melayari laman Facebook milik saya, hendak dijadikan cerita telah terpamer di wall Facebook saya video yang menarik ini. Terus saya layan dan saya juga membuat keputusan untuk dikongsikan di blog.

Mari Layan. :)

Kempen: Mari meletakkan gambar profil fb dengan gambar wira kemerdekaan negara yang tidak didendang. Inilah wira sebenar kemerdekaan. Ayuh!

Monday, September 19, 2011

Protokol Lwn Adab

Assalamualaikum.

Hari saya mengikuti sebuah bengkel anjuran tempat kerja saya yang diadakan di Hotel Nouvelle di Sungai Besi (berhampiran Tol PLUS Sungai Besi). Saya agak pasif dan terus terang rasa mengantuk sangat tinggi. Jadi, saya kurang tumpuan.

Waktu makan tengahari mata saya kembali cergas. Kali pertama makan di sebuah hotel dengan layanan protokol. Kain diletakkan di atas paha dan boleh dikatakan saya dan rakan kerja yang lain menerima layanan penuh protokol.

Saya terasa sangat janggal dan kurang selesa dengan layanan protokol sebegini. Kelihatan sangat leceh. Mungkin apa yang saya rasa ini kerana latar belakang saya yang dibesarkan di kampung. Saya hanya dibesarkan oleh saya dengan adab-adab tetapi bukan protokol. Secara mudahnya, saya lihat seperti telah wujud perbezaan kelas yang sangat jauh. Benar, perlu melayan pelanggan dengan baik tetapi tidak perlu protokol layanan ibarat hamba melayan raja.

Saya melihat raut wajah pelayan itu sangat menyentuh hati. Untuk mendapatkan upah atau sedikit rezeki, perlu bekerja dengan sebegitu rupa. Saya tidak salahkan pelayan itu dan saya pasti rezekinya adalah halal. Jadi, pada dirinya tiada apa kesalahan.

Soal saya, apa guna kemerdekaan jika layanan bagai menjadi hamba ini masih berlaku? Sepatutnya layanan adalah berdasarkan adab tuan rumah melayan tetamu, saya pasti ini sangat cantik.

Kesimpulannya, saya benci protokol sebegini! Kita hanya perlukan adab dan ini jelas dalam ajaran Islam.

Sekian.

Kempen: Mari meletakkan gambar profil fb dengan gambar wira kemerdekaan negara yang tidak didendang. Inilah wira sebenar kemerdekaan. Ayuh!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, September 16, 2011

Utusan Malaysia Putar Alam

Assalamualaikum.

Sengaja atau tidak sengaja, saya seperti merasakan ada helah di sebalik tajuk berita akbar Utusan Malaysia ini. Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan isu ucapan kontroversi Mat Sabu berkaitan Mat Indera yang dikatakan beliau sebagai pejuang kemerdekaan dan mata-mata (polis) di Rumah Pasong (sekarang balai polis) Bukit Kepong pula adalah bekerja di bawah British, kejadian yang berlaku pada tahun 1950 itu telah dibuktikan oleh Mat Sabu dengan menunjukkan sebuah buku yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf Mat Indera sebagai wira bagi Negeri Johor.

Telah heboh di banyak laman sesawang dan blog yang pro Pakatan Rakyat mengenai pendedahan buku ini. Laman berita atas talian Malaysiakini.com juga ada menyiarkan berita mengenai hal ini. Jadi, mengapa tajuk berita akhbar Utusan Malaysia (seperti dalam gambar) masih menafikannya sedangkan Mat Sabu telah agak lama mendedahkan mengenai buku itu.

Pada saya, inilah bukti akhbar Utusan Malaysia putar alam. Pada sesiapa yang hanya bergantung maklumat dan berita semasa dengan akhbar Utusan Malaysia ini pasti akan percaya 100% dengan berita ini. Kebiasaannya adalah golongan rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar kerana sukar untuk mendapatkan capaian jalur lebar.

Semoga kebenaran akan terbongkar dan pihak yang memutar alam akan diberi balasan yang setimpal dengan perbuatannya.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, September 12, 2011

Kisah Cukai 6% - Wajib Baca

Assalamualaikum.

Jika teknologi internet digunakan dengan cara yang baik, inilah hasilnya. Kerajaan UmnoBN sudah tidak  dapat menipu rakyat. Sedang saya melayari laman sosial facebook, saya ternampak link yang dipost oleh kawan saya. Rupa-rupanya ia link mengenai cukai 6% yang dikenakan ke atas setiap tambah nilai prabayar dan kad sim permulaan.

Jadi, info ini saya kongsikan dengan rakan, sahabat dan taulan semua. Moga kita tidak akan tertipu lagi.

Sekarang sedang kecoh pasal syarikat telekomunikasi mahu kenakan caj cukai perkhidmatan 6% untuk para pengguna talian prabayar.

Cukai perkhidmatan 6% ini bukan benda baru. Untuk pengguna telefon pascabayar memang setiap bulan bila dapat bil akan dikenakan caj tambahan sebanyak 6% ini. Inilah yang selalu aku dapat setiap kali terima bil Celcom. Tapi tidak untuk talian Maxis aku yang jenis prabayar.

Selama ini memang pengguna prabayar tidak dikenakan caj 6% ini kerana ianya diserap oleh syarikat telekomunikasi. Tetapi tidak mulai 15 September 2011 bila pengguna dikehendaki menanggung kos cukai perkhidmatan. Dan hak mengenakan caj ini ke atas pengguna memang hak mutlak syarikat telekomunikasi.

Dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975, cukai perkhidmatan ialah cukai kepenggunaan dan boleh dicaj kepada pengguna. Syarikat telekomunikasi dikehendaki melevi cukai perkhidmatan ke atas sebarang perkhidmatan telekomunikasi termasuk talian prabayar.
Jadi kesimpulannya mudah. Ada cukai perkhidmatan sebanyak 6% untuk sebarang perkhidmatan termasuklah telekomunikasi. Cukai sebanyak 6% ini boleh dicaj kepada pengguna oleh syarikat yang memberikan perkhidmatan yang kemudiannya akan dibayar pula kepada kerajaan.

Tapi siapa yang baca suratkhabar Utusan Malaysia hari ini akan diberitahu seolah-olah bahawa cukai perkhidmatan 6% ini kerja syarikat telekomunikasi bukan kerajaan. Dan siapa yang tengok Buletin Utama sebentar tadi pastinya maklum bahawa Perdana Menteri 1Malaysia tanpa rasa bersalah berkata bahawa kerajaan tidak pernah meluluskan cukai perkhidmatan 6%.

Namun pada 15 Oktober 2010 kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa:

1. Pendahuluan

YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran
Televisyen Berbayar.

Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar

Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:

“(b) Penyediaan –

(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan

(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”

Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].

3. Pelaksanaan

3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%

Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.
Sila fahamkan dengan baik. Semoga menjadi panduan bersama dan faedah untuk semua dari dimomok oleh media yang tidak jujur dan berkepentingan.

P/s: Beginilah media perdana negara digunakan untuk kepentingan pihak pemerintah dalam membodohkan rakyat. Cara untuk mencegah kegiatan pemerintah begini ialah dengan menjadikan diri kita bijak dan pandai.

Sekian.

Imagine - John Lennon



Imagine there's no Heaven 
It's easy if you try 
No hell below us 
Above us only sky 
Imagine all the people 
Living for today 

Imagine there's no countries 
It isn't hard to do 
Nothing to kill or die for 
And no religion too 
Imagine all the people 
Living life in peace 

You may say that I'm a dreamer 
But I'm not the only one 
I hope someday you'll join us 
And the world will be as one 

Imagine no possessions 
I wonder if you can 
No need for greed or hunger 
A brotherhood of man 
Imagine all the people 
Sharing all the world 

You may say that I'm a dreamer 
But I'm not the only one 
I hope someday you'll join us 
And the world will live as one






Sumber video: youtube
Sumber gambar: http://www.rockle.com/yap/member_images/john%20lennon_vikram_g_fanmigo_contribution1206336832823.jpg

Thursday, September 8, 2011

Forum - Mat Indera Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan

Assalamualaikum.

Saya telah hadir ke forum ini dengan jayanya pada malam semalam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Sungguh di luar jangkaan kerana kehadiran yang sangat menggalakkan apabila dewan penuh hingga ada yang sanggup berdiri dan duduk bersila di atas lantai hanya kerana hendak mendengar hujah-hujah dari ketiga-tiga panel.

Saya puji pihak penganjur kerana berjaya mengadakan forum ini. Saya harap forum seperti dapat diadakan selalu agar masyarakat Malaysia dapat dididik ke arah cara pemikiran dan hujan diskusi lalu audien berhak memilih dan membuat keputusan atas hujah-hujah dalam diskusi yang diadakan.

Saya tidak dapat hendak mengulas mengenai isi-isi hujah ketiga-tiga panel yang telah hadir itu. Cuma sangat yakin bahawa Mat Indera bukanlah seorang pengkhianat atau penderhaka atau pengganas. Sebaliknya beliau adalah seorang pejuang nasionalis sejati Tanah Melayu ketika itu. Biarpun ada pendapat mengatakan beliau Komunis dan sebagainya, walau apa pun ideologinya, beliau berhak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dan bukan pengampu penjajah. Begitu juga pejuang-pejuang yang lain seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Syamsiah Fakeh, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) dan ramai lagi. Tidak kurang juga pejuang-pejuang Melayu tradisional seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong dan sudah tentu ramai lagi, mereka ini wajib diiktiraf dan diwartakan oleh kerajaan sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN!

Cukuplah sampai di coretan saya. Serba sedikit gambar yang sempat saya rakam. Silalah layari laman blog foto milik saya di http://lensamassa.wordpress.com/2011/09/07/forum-mat-indera-pejuang-atau-pengkhianat-kemerdekaan/.

Sekian.

Wednesday, September 7, 2011

Bukti Yang Menidakkan Fitnah Ke Atas Mat Sabu

Assalamualaikum.

Asalnya isu ini ditimbulkan oleh seorang mamak yang berasal dari Penang. Saya tidak pasti nama sebenar beliau tetapi yang pasti merupakan orang dalam angkatan Umno.

Isu yang ditimbulkan ialah mengenai tuntutan bayaran balik kos rawatan Mat Sabu yang cedera ketika menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 yang lalu.

Mat Sabu dikatakan telah membuat tuntutan yang lebih iaitu berjumlah RM8,434.05 tetapi bil yang ditunjukkan sebagai bukti oleh seorang mamak dari Penang ini hanya berjumlah RM5,060.55. Maknanya Mat Sabu telah melakukan penyelewengan.

Namun, kebenaran tetap berada di pihak yang benar. Rupa-rupanya seorang mamak Penang ini tidak menunjukkan 1 lagi bil yang berjumlah RM3,373.50. Jadinya ini terang-terang fitnah. Minta seorang mamak Penang ini jawablah. Ada seorang lagi mamak Penang yang lain siap minta KM Penang Lim Guan Eng letak jawatan. memang dasyat.

Anda semua lihatlah sendiri bukti ini. Saya salin dari MILOSUAM.



Sekianlah pendedahan ini. Indera Segara hanya menyampaikan maklumat dan anda semua menilailah sendiri kebenarannya.

Sumber: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/bongkar-taktik-mamak-penang-nak-fitnah.html

Tuesday, September 6, 2011

Benarkah Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah Oleh British?

Assalamualaikum.

Saya terpanggil untuk mengetengahkan pendapat atau pandangan saya tentang kenyataan seorang ahli akademik yang mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah sebaliknya bernaung di bawah British. Saya sangat ragu dan musykil. Persoalan yang timbul di benak fikiran saya ialah apakah erti laungan merdeka dan sambutan Hari Kemerdekaan yang telah sampai kali ke 54 pada tahun ini?

Saya juga menimbulkan persoalan ini di ruangan wall facebook milik saya dan pelbagai pandangan telah dilontarkan oleh kawan-kawan yang datang dari pelbagai bidang dan taraf pendidikan. Saya harap saya akan ketemu dengan jawapannya.

Di sini saya ingin mengajak anda semua untuk menghadam info yang saya salin dari laman Wikipedia ini. Moga kita semua akan ketemu dengan jawapannya.

Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).

Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini.

Tarikh keahlian (dalam kurungan).


Eropah
United Kingdom (1931) (Alam Komanwel)
Cyprus (1961)
Malta (1964)


Amerika Utara
Kanada (1931) (Alam Komanwel)
Jamaika (1962) (Alam Komanwel)
Trinidad dan Tobago (1962)
Barbados (1966) (Alam Komanwel)
Bahamas (1973) (Alam Komanwel)
Grenada (1974) (Alam Komanwel)
Dominica (1978)
St Lucia (1979) (Alam Komanwel)
Saint Vincent dan the Grenadines (1979) (Alam Komanwel)
Antigua dan Barbuda (1981) (Alam Komanwel)
Belize (1981) (Alam Komanwel)
St Kitts and Nevis (1983) (Alam Komanwel)


Amerika Selatan
Guyana (1966)


Afrika
Afrika Selatan (1931) (meninggalkan Komanwel antara 1961 - 1994)
Ghana (1957)
Nigeria (1960) (digantung antara 1995 - 1999)
Sierra Leone (1961)
Tanzania (1961)
Uganda (1962)
Kenya (1963)
Malawi (1964)
Zambia (1964)
Gambia (1965)
Botswana (1966)
Lesotho (1966)
Mauritius (1968)
Swaziland (1968)
Seychelles (1976)
Namibia (1990)
Mozambique (1995) (negara pertama bukan jajahan British)
Cameroon (1995)
Rwanda (2009) (negara kedua bukan jajahan British)


Asia
India (1947)
Pakistan (1947) (meninggalkan Komanwel antara 1972 - 1989, digantung 1999 - 2004 dan 2007 - 2008)
Sri Lanka (1948)
Malaysia (1957)
Singapura (1965)
Bangladesh (1972)
Maldives (1982)
Brunei (1984)
Australia dan Oceania
Australia (1931) (Alam Komanwel)
New Zealand (1931) (Alam Komanwel)
Samoa (1970)
Tonga (1970)
Papua New Guinea (1975) (Alam Komanwel)
Kepulauan Solomon (1978) (Alam Komanwel)
Vanuatu (1980)
Tuvalu (1978) (Alam Komanwel)
Kiribati (1979)
Nauru (1999)

Ahli yang kini digantung:
Fiji (1970) (meninggalkan Komanwel antara 1987 - 1997, digantung 2000 - 2001, digantung semula September 2009)[1]

Bekas ahli:
Ireland meninggalkan Komanwel pada 1949
Newfoundland dijadikan wilayah di Kanada pada 1949
Zimbabwe meninggalkan Komanwel pada 2003.

P/s: Bagaimana dengan pembacaan anda semua? Saya harap telah ketemu jawapan pada persoalan "adakah Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British".

Monday, September 5, 2011

Umno & Arak - Saya Harap Semua Ini Tidak Benar

Apa yang bakal anda saksikan dibawah adalah isu yang berkaitan dengan pemimpin 'parti gerombolan' dan arak dari dulu, kini dan selamanya..penulis yakin sudah ramai diantara kita mengetahui gambar dan link2 yg diberikan dibawah..

Jadi, utk mengingatkan kembali, penulis cuba kumpulkan semua isu2 terutama isu bergambar yang berkaitan dgn pemimpin Umno dan arak untuk disatukan dalam satu entry yang khusus..ia juga utk kemudahan semua pihak baik bagi pihak yang mahu membetulkan (menegur), ataupun pihak yang mahu menyalahkan (menafikan)..

Namun, suka utk penulis tegaskan di sini bahawa, segala paparan dibawah tidak semestinya benar (kerana itulah penulis meletakkan tanda soal bagi setiap tajuk dibawah)..oleh itu, sama ada gambar dan link yg diberikan dibawah adalah sejenis minuman membabukkan (arak) atak tidak, sama ada ia benar pemimpin tersebut atau tidak dan lain2 persoalan, kita tuntut supaya tuan punya badan supaya menjawabnya..

Apa yang penting..gambar2 dibawah bukanlah gambar yang direka2, dibuat2 (superimpose) sepertimana yang dilakukan oleh seorang blogger Umno (GAP) dan rakan2nya, dibantu (hebah)pula oleh Utusan Malaysia, tetapi ia adalah gambar yang tulin (asal) yang tidak diubah atau direka sedikitpun...wallahua'lam..

1. Arak dan Khairy?







Keterangan: Gambar screenshot (twitter) diatas merujuk kpd komen terbaru Khairy semasa mengulas gambar yg dikatakan gambar beliau yang sedang berpesta arak...jawapan yang diberikan menimbulkan kesangsian..beliau tidak menafikan itu gambarnya dan hanya mengatakan dia tidak minum dalam gambar tu..

Khairy:

"Apa yg betul? Adakah saya minum apa2 dlm gambar tersebut?"Sementara Malaysiakini (19 April) dalam usahanya untuk menghubungi Khairy menjelaskan gambar diatas tidak berjaya..

Sumber: http://tweetphoto.com/19029856

2. Arak dan Hisyamuddin?















sumber: saltpepperandalittlekicap.blogspot.com

3. Mirzan (Mahathir) dan Arak?









sumber: http://www.sanmiguel.com.ph/Content.aspx?MID=0&coid=1&navID=7

4. Najib dan arak?





5. Pak Lah dan arak?







6. Umno perasmi kilang arak?









Keterangan: Gambar-Gambar Pada Tahun 1966 Bilamana Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama merangkap PRESIDEN UMNO YANG KE-2 Merasmikan Kilang Guinness Malaysia Bhd 1966.

Sumber: http://perisik-rakyat.com/2010/04/tahun-1966-siapa-rasmi-kilang-guinness.html

7. Umno/BN dan arak?








sumber:http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf

Video:



Link:
- UMNO dan Arak : Kisah Anak Mantan PM Yang Beli Kilang Arak(KGB)
- Mirzan says San Miguel stake is just business(TMI)
- Senarai & wajah-wajah korporat Umno dalam syarikat Arak & Judi (HS)
- Kisah Ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis dan arak...(ISA)

Disalin dari sumber: http://demokrasi93.blogspot.com/2010/04/umno-dan-arak.html

Forum ‘Mat Indera – Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan’






KUALA LUMPUR: Satu forum bertajuk ‘Mat Indera – Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan’ akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor KLSCAH yang bertempat di Jalan Maharaja Lela, Kuala Lumpur pada 7 September ini.

Tiga ahli panel yang diundang untuk mengupas isu ini ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial Hishamudin Rais.

Forum yang terhad kepada 150 peserta terawal bakal berlangsung jam 8.15 malam hingga 10.30 malam bagi membincangkan mengenai tokoh seperti Mat Indera yang terlibat dalam serangan di rumah Pasung Bukit Kepong pada 1950.

Mohammad Sabu pada 21 Ogos lalu memetik nama Mat Indera atau nama sebenarnya Muhammad Indera di dalam ceramahnya dengan menggambarkan beliau sebagai pejuang sebenar yang menentang penjajah British.
Ekoran itu sejarah mengenai Mat Indera yang tidak banyak diketahui mula diperkatakan banyak pihak apabila media arus perdana melabelkan Mat Indera pengganas dan bersubahat dengan komunis. Mat Sabu menjadi sasaran serangan bermula dengan laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu yang mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut mengiktiraf perjuangan komunis.

Susulan itu, Mat Sabu menafikan tuduhan itu dan menganggap serangan bertali arus menyatakan beliau penyokong dan mendewakan fahaman komunis sebagai keterlaluan dan menjijikkkan. Dalam perkembangan berkaitan, Pas tetap mempertahankan pendiriannya bahawa Mat Indera adalah tokoh yang menentang penjajah.

Harakahdaily melaporkan Pusat Penyelidikan PAS (PPP) akan membukukan biografi Mat Indera termasuk mewawancara mereka yang mengenali allahyarham terutama keluarga terdekat. Penyelidikan itu akan turut memasukkan fakta yang ditulis dalam memoir tokoh pejuang kemerdekaan seperti Shamsiah Fakeh yang mengakui bahawa Mat Indera tidak pernah menyertai Parti Komunis Malaya (PKM).

Ia termasuk keterangan saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan di Bukit Kepong yang menyatakan Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis yang terlibat.

Mat Indera turut dikatakan hanya bertanggungjawab memberikan arahan untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, ketika serangan itu dilakukan. Biografi itu merupakan sebahagian usaha mengkoreksi semula sejarah perjuangan Mat Indera seperti dilakukan Yayasan Warisan Johor dalam buku “Pengukir Nama Johor” yang diterbitkan pada 2004. Buku itu diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor apabila Menteri Besar Johor sendiri telah memberikan prakata di muka hadapan buku ini.

Mat Sabu Pertahan Kenyataan Berkaitan Ceramah Kontroversinya

Assalamualaikum.

Tahniah saya ucapkan kepada Mat Sabu kerana berani mempertahankan kenyataannya. Pada saya, yang benar tetap benar. Tindakan Mat Sabu ini secara tidak langsung telah merungkai sejarah kemerdekaan Malaysia yang selama ini lesu dan lebih pro kepada Umno.

Kini, masyarakat terutama anak-anak muda sudah mula mencari-cari dan tertanya-tanya mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia yang sebenar yang selama ini disejukbekukan oleh Umno.

Berikut adalah paparan berita akhbar Sinar Harian keluaran 3 September 2011. Saya telah scan dan kongsikan dengan sesiapa yang mahu mengetahui tentang kisah kontroversi ini.




"Mat Indera Adalah Pejuang"

Assalamualaikum.

Sekali lagi post yang berkaitan dengan kontroversi ceramah Mat Sabu yang didakwa menyokong Komunis. Apa yang lampirkan di sini ialah lampiran sidang media oleh akhbar Sinar Harian tarikh 3 September 2011 yang telah saya scan.

Tujuannya adalah sebagai info kepada anda semua dan juga saya agar kita tidak terpengaruh dengan dakyah media perdana yang begitu banyak menggunakan isu ini dalam memfitnah Mat Sabu.

Semoga bahan ini akan memberi pencerahan pada kita sebagai masyarakat Malaysia terutama golongan anak muda. Kita tidak boleh terus ditipu. Kita berhak untuk mendapatkan sesuatu yang benar. Hakikat kebenaran Malaysia adalah sebuah negara merdeka atau sebaliknya.


Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas. Jika tidak, save as gambar dan buka dengan menggunakan mana-mana aplikasi paparan gambar dan anda boleh zoom untuk lebih jelas.

Sekian.

Sunday, September 4, 2011

Transkrip Ceramah Kontroversi Mat Sabu

Assalamualaikum.

Ini pula transkrip ceramah kontroversi Mat Sabu yang didakwa menyokong Komunis. Akhbar Sinar Harian keluaran 3 September 2011 telah menyiarkan transkrip ucapan Mat Sabu tersebut dan pada saya media perdana telah membuat fitnah tang terbesar bagi menutup kebenaran. Bacalah untuk pengetahuan kita semua. Moga akan ada pencerahan.


Info Mengenai Mat Indera (Muhammad Indera)

Assalamualaikum.

Bagi yang tertanya-tanya siapakah Mat Indera yang sedang hangat diperkatakan selepas namanya disebut oleh Mat Sabu di sebuah ceramahnya, inilah info yang saya perolehi dari akhbar Sinar Harian yang bertarikh 3 September 2011. Moga akan ada pencerahan terhadap tokoh pejuang kemerdekaan yang tidak didendang ini.


Transkrip Ceramah Mat Sabu

Assalamualaikum.

Akhbar Sinar Harian keluaran 3 September 2011, halaman 2, ada menyiarkan transkrip ceramah Mat Sabu yang menjadi isu kononnya Mat Sabu menyokong Komunis. Pada saya, trankrip ini jelas menunjukkan fitnah yang dimainkan oleh media perdana. Saudara dan saudari bacalah transkrip ini dengan hati yang terbuka dan carilah bukti bahawa Mat Sabu itu menyokong Komunis.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, September 2, 2011

Pusat Judi Bera?

Assalamualaikum.

Saya terkejut mendapat cerita dari seorang kawan mengenai terdapatnya pusat judi Bandar Bera dan Bandar Triang. Kawan ini mengadu pada saya kerana tidak tahan melihat kawan-kawannya di kampung yang selalu ke pusat judi yang dikatakan itu.

Selepas mendengar cerita dari kawan ini, saya pergi mencari kawan-kawan saya yang lain yang biasa dengan perkembangan di Daerah Bera. Kawan-kawan yang lain ini juga memberikan cerita yang sama dan menunjukkan saya premis judi yang dikatakan itu.

Jika dilihat dari luar, ia kelihatan biasa. Saya tidak berani untuk masuk ke dalam untuk meninjau kerana bimbang wujudnya fitnah.

Saya harap akan ada pihak berkuasa atau pihak yang bertanggungjawab supaya membanteras premis judi ini. Judi haram di sisi Islam. Ada lesen atau tiada lesen, ia tetap haram bagi orang Islam. Namun, keburukan judi ini tidak mengira agama.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone