Helaian muka

Wednesday, April 27, 2011

Propaganda BN

Saya tidak tahu dari mana akhbar ini diperolehi oleh seorang kawan di pejabat tempat saya bekerja. Ini merupakan akhbar propaganda BN yang diedarkan di Selangor. Nama akhbar propaganda BN ini ialah Selangor Terkini.

Apa yang lebih menarik sewaktu saya menyelak-nyelak akhbar ini ialah berkaitan dengan Isu Buku Jin-Gay. Inilah strategi BN untuk memperlekehkan dasar Buku Jingga Pakatan Rakyat. Persoalan saya kenapa gunakan perkataan "Buku Jin-Gay"?

Mungkin benar inilah bukti yang selalu orang katakan bahawa BN suka menghebohkan berita atau isu lucah seperti akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian serta Kosmo yang asyik menyiarkan isu video seks.

Semoga editor dan wartawan akhbar propaganda BN ini akan diampuni dosanya dan dirahmati Allah.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: