Helaian muka

Friday, April 22, 2011

Roti Canai Melayu

Menu sarapan kegemaran saya boleh dikatakan hampir setiap pagi ialah roti canai. Selain itu, nasi lemak juga menjadi kegemaran saya sewaktu sarapan. Mungkin ada yang mengatakan ini makanan yang kurang sihat, tetapi saya percaya tentu ada kelebihan dan kekurangannya.

Namun, saya meletakkan syarat untuk makan roti canai iaitu ia buatan orang Melayu dan bukan roti canai restoran mamak. Tidak tahu mengapa dan apa sebabnya, tetapi inilah yang saya pegang. Saya memang seorang yang tidak suka makan di kedai mamak kecuali jika darurat atau kerana permintaan dari kawan-kawan. Jika saya diberi peluang untuk memilih, sudah tentu saya tidak akan memilih restoran mamak.

Roti canai Melayu bagi saya lebih sedap berbanding roti canai mamak. lagipun roti canai mamak sekarang bukan original mamak tetapi warga India dan begitu juga dengan para pekerjanya.

Ada pihak mengatakan restoran mamak kotor. Saya agak percaya dengan kenyataan ini. Di luar nampak kemas, bersih dan cantik tetapi bagaimana pula dengan keadaan dapurnya? Jika hendak memastikan kenyataan ini, silalah melawat dapur restoran mamak. Jangan terperanjat jika ia benar.

Walaubagaimanapun, roti canai Melayu lebih sedap berbanding roti canai restoran mamak. Kebersihan dan status halalnya lebih terjamin. Tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Dayak dan lain-lain lagi, saya seru sokong dan makanlah roti canai Melayu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: