Helaian muka

Friday, April 8, 2011

Pakatan Pilihan Raya

Petang Jumaat yang indah dengan awan yang agak gelap seperti tanda hujan akan membasahi bumi. Namun dalam kelajuan menunggang motosikal, sempat terlihat kain rentang yang agak menarik. Seperti ada unsur promosi pada kain rentang tersebut.

Ya, inilah dia kain rentang itu (seperti dalam gambar). Apabila diamati, ia seperti ada unsur sebuah pakatan pula. Pakatan yang janggal. Lebih janggal dari babak PAS boleh duduk semeja dengan DAP.

Sebuah suruhanjaya yang bebas yang menguruskan pilihan raya di Malaysia, logonya boleh bersama dengan kain rentang parti politik. Sekali lihat, adakah ini kain rentang milik SPR kerana ia bermula dengan SPR di hadapan ayat. Tetapi jelas ia milik parti politik Umno/BN. Cuba bayangkan jika kain rentang ini milik Pakatan Rakyat, mungkinkah akan jadi isu?

Apa yang jelas di sini ialah keadaan terdesak parti Umno/BN dan bersekongkol pula dengan SPR. SPR sepatutnya berkecuali dan tidak boleh sama sekali terlibat dalam kain rentang ini.

Kesimpulannya, PRU13 seperti sudah semakin hampir dan parti Umno/BN kini terdesak untuk menawan kembali negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat. Gelombang kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan kini semakin hangat dan peluang PR untuk menawan Putrajaya semakin cerah. Walaubagaimanapun, politik yang telus penting untuk membawa masyarakat dan negara ke arah kemajuan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: