Helaian muka

Wednesday, August 31, 2011

Merdeka

Assalamualaikum.

Tarikh 31 Ogos setiap tahun adalah hari memperingati kemerdekaan Tanah Melayu. Namun, sejauhmanakah kemerdekaan ini mempunyai rohnya yang akan dihayati oleh anak-anak muda masa kini dan masyarakat secara keseluruhannya.

Di kaca mata saya sendiri, melihat kemerdekaan dari pihak kanan dan kiri akan menjadikan saya kurang menghayati kemerdekaan ini kerana kemerdekaan yang ada sekarang adalah dalam bentuk acuan pihak kanan sahaja sedangkan pihak kiri juga memberi sumbangan yang besar dalam mendapatkan kemerdekaan.

Saya tidak mahu mencoret panjang. Sampai di sini sahaja post saya buat Hari Merdeka kali ini. Saya ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54. Merdeka!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, August 29, 2011

Lemang & Eidul Fitri

Assalamualaikum.

Lemang cukup terkenal di alam Melayu terutama ketika musim perayaan Hari Raya Eidulfitri. Ada yang buat sendiri dan ada juga yang membeli. Ada juga yang boleh menjadikan sebagai pendapatan dengan menjual lemang.

Kali emak dan saya membuat lemang untuk Hari Raya tahun ini. Tahun lepas kami hanya membuat ketupat daun palas. 10 batang telah selesai dibakar dan tinggal untuk memasak rendang ayam di malam Raya.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua. Ampun maaf saya pinta jika terdapat salah dan silap juga terlanjur kata.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, August 28, 2011

Cicak Tokek

Assalamualaikum.

Kali ini saya berkongsi dengan gambar seekor haiwan yang dikatakan tinggi nilainya iaitu cicak tokek. Benar atau tidak, tidak penjelasan kukuh melalui kaedah saintifik yang boleh menjadi bukti. Ini kali pertama saya melihat cicak tokek secara realiti. Sebelum ini saya hanya melihat dalam internet. Gambar ini diambil di hadapan rumah emak saya di kampung. Rumah ini bakal ditinggalkan kerana emak saya akan berpindah.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Siapa Sesatkan Orang Islam?

Assalamualaikum.

Saya tertarik membaca bahagian interaktif dalam akhbar Sinar Harian edisi Pahang. Persoalan yang ditimbulkan oleh individu yang tidak dikenali ini adalah tepat dan patut difikirkan. Cuma, adakah individu-individu yang melatah mengenai isu murtad ini akan peduli dengan komen pembaca akhbar Sinar Harian ini? Atau sebenarnya ia seperti "meludah ke langit" bagi individu-individu yang melatah ini lalu ia hanya bererti tidak lebih dari sebuah agenda politik semata-mata.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Noh Omar Akan Bawa Perubahan

Assalamualaikum.

Gelak juga membaca mengenai kenyataan Noh Omar ini. Senang dikatakan ini adalah provokasi. Saya adalah seorang perantau yang menetap di Selangor dan saya tidak rasa kerajaan PR sekarang gagal bawa perubahan. Sebaliknya, banyak penambahbaikan dan pembaharuan. Cuma ini semua perlu terus digilap supaya yang menerima untung adalah rakyat Selangor. Saya tidak mahu komen banyak. Saya pasti rakyat Selangor lebih mengetahui supaya dapat dibezakan mana kaca dan mana permata.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, August 25, 2011

Dulu-dulu

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kad Ucapan Hari Raya Dari Pejabat MB Selangor

Assalamualaikum.

Budaya yang kian kurang diamalkan apabila Hari Raya Aidilfitri ialah memberi kad ucapan Hari Raya kepada sesiapa pun seperti ahli keluarga dan kenalan rapat.

Saya bukan hendak bercerita mengenai sejarah kad ucapan Hari Raya, tetapi saya hendak bercerita bahawa saya telah menerima kad ucapan Hari Raya melalui pos yang dikirim oleh Pejabat Menteri Besar Selangor yang dialamatkan atas nama saya dan alamat rumah tempat saya menyewa ini.

Terkejut juga saya kerana memikirkan bagaimana pihak Pejabat MB Selangor boleh mempunyai nama dan alamat tempat tinggal saya ini. Saya mengambil keputusan untuk mengabaikannya.

Saya agak tertarik dengan kad ucapan ini kerana ia tiada gambar bendera atau logo parti yang menerajui kerajaan Selangor sekarang. Hanya jata negeri Selangor sahaja yang menghiasi kad ucapan ini. Kesimpulan yang mudah, kad ucapan ini tiada agenda politik kepartian.

Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Pejabat MB Selangor kerana mengirim kad ucapan Hari Raya ini kepada saya. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kembali.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan

Assalamualaikum.

Saya hendak berkongsi info oleh PLUS yang disiarkan di akhbar Kosmo bagi sesiapa yang akan pulang beraya sedikit masa lagi.

Moga info ini dapat membantu anda semua.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, August 22, 2011

Rasa Merdeka


Ratusan Warga Negara Indonesia Menjadi Tentara Malaysia

Assalamualaikum.

Inilah berita yang tidak saya sangka. Saya perolehi video ini melalui post di wall facebook kawan saya. Cubalah saudara/i tonton video ini dan menilai sendiri. Jasa kerajaan Umno/BN kepada negara kita yang tercinta ini. Marilah kita membawa perubahan kepada negara agar perkara seperti ini boleh dielakkan. Ayuh bangkit anak-anak muda kerana kita adalah pewaris yang akan memimpin negara di masa hadapan. Negara ini akhirnya akan diterajui oleh kita. Mana mungkin kita akan membiarkan negara tercinta ini tergadai hanya kerana akur dengan pemerintah yang bersifat tamak haloba meratah hasil negara sedangkan rakyat masih ramai yang merempat kesusahan.



Sumber video: http://www.youtube.com/watch?v=0zOCn1ebAyM&feature=share

Sunday, August 14, 2011

Pekeliling Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa kepada semua. Dalam kesibukan para barua Umno menghangatkan isu larangan menggunakan pembesar suara dalam bacaan al-Quran, ini pekeliling sebenar (rujuk gambar) yang menjadi punca isu. Sah ianya telah diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak kerajaan negeri dan DAP yang diadu domba menguakuasakan larangan ini. Dalam bulan puasa pun mejadi juga membuat fitnah. Sempena bulan Ramadhan ini saya juga tidak mahu manaip panjang mengenai isu ini kerana bimbang mengurangkan pahala puasa. Jadinya silalah baca pekeliling itu dengan hati yang terbuka.


Sumber gambar: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/salinan-pekeliling-jabatan-hal-ehwal.html

Sekian.

Tuesday, August 9, 2011

Asal Usul Nama Kg. Baru

Assalamualaikum. Inilah asal usul nama Kg. Baru. Jika ada sesiapa yang hendak membuat kajian mengenai sejarah kg. Baru, boleh merujuk kepada inidividu ini.


Sekian. Kahkahkah

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum.

Di kesempatan ini Indera Segara mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di Malaysia. Moga kita akan beroleh rahmat dan keberkatan-Nya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone