Selasa, 1 Feb 2011, telah berlangsung forum isu semasa yang bertajuk "Analisis Perkembangan Terkini Di Timur Tengah" yang bertempat di Dewan Besar Darul Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor. Forum bermula sekitar jam 9 lewat lebih setengah jam kerana menunggu kehadiran audien. Forum ini anjuran PKPIM, ABIM dan WADAH.
Dua orang panel yang dijemput sangat hebat dan memberi gambaran yang jelas mengenai krisis di Timur Tengah ini. Panel yang pertama ialah Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya. Panel kedua pula Tn. Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman yang merupakan Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan & Perpaduan, Kesatuan NGO-NGO Islam Sedunia (UNIW).
Turut hadir bersama untuk sesi kedua iaitu Abdalrahim M. Shebab yang mewakili Persatuan Islam Jabaliyyah Palestin untuk membentangkan isu-isu semasa mengenai Palestin.
Penulis ingin membuat kesimpulan atas forum yang telah berlangsung ini iaitu Mesir dan negara-negara Arab yang lain perlu menyahut seruan untuk berubah dan tanggungjawab ini perlu dipikul oleh anak-anak muda yang kelihatan sangat ghairah dalam membuat tuntutan. Pemimpin-pemimpin Arab yang merupakan sekutu Amerika dan Israel yang juga seorang diktator perlu bersiap sedia untuk melawan kemaraan anak-anak muda ini dan sudah tentu persediaan itu juga adalah persediaan untuk tumbang atau digulingkan.
Gambar sekitar forum yang berlangsung
Di sebelah kanan moderator ialah Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman dan
manakala di sebelah kiri pula Tn. Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman
Panel 1
Panel 2
Sesi bersama wakil dari Palestin
Barisan audien yang hadir
Semoga aktiviti seperti akan lebih banyak diadakan dan seterusnya menjadikan ia satu budaya khususnya kepada anak-anak muda di Malaysia.
Sekian.
2 comments:
budaya analisis, wacana, ilmu dan diskusi wajar dilebarluaskan
Tahniah kerana ABIM telah berjaya bertapak di Bera. Moga program yang berbentuk ilmiah, diskusi atau forum anjuran ABIM akan banyak diadakan.
Post a Comment