Helaian muka

Sunday, February 20, 2011

Malam diskusi Anak Muda

Solidariti Anak Muda Malaysia dengan sokongan Majlis Perbandaran Sepang telah menganjurkan sebuah program yang sangat bagus iaitu Malam Diskusi Anak Muda yang bertempat di Dataran Avenue 1, Cyberjaya.

Panel yang dijemput terdiri dari 7 orang wakil dari Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S). Kemudian wakil dari parti-parti politik seperti Umno, Pas dan DAP.

Perbincangan sangat menarik walaupun masa sangat singkat dengan kehadiran panel yang ramai. Namun penulis tetap ingin komen mengenai malam diskusi ini kerana ada beberapa perkara yang tidak disenangi oleh penulis sendiri. Komen ini adalah komen peribadi dari penulis dan tiada kaitan dengan sesiapa pun.

Perkara pertama ialah kehadiran sesetengah panel yang lambat dan ini telah melewatkan bermulanya majlis diskusi ini. Penulis yang tiba agak awal terpaksa menunggu agak lama kerana program bermula sekitar jam 10.

Perkara kedua pula ialah mengenai hujah atau isu yang dibangkitkan oleh panel-panel terutama wakil-wakil IPTA/S. Tajuk diskusi yang bertemakan anak muda telah fokus dan berkisar mengenai mahasiswa. Sedangkan topik anak muda itu sangat besar untuk dibincangkan tetapi telah dikecilkan dengan membincangkan topik mahasiswa. Ini sangat mendukacitakan penulis. Namun penulis masih mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari mereka ini.

Dari segi penganjuran, penulis puji SAMM kerana berani untuk menganjurkan program sebegini. Harap-harap akan berterusan dan kepada sdr Chegu Bard, anda moderator yang sangat bersahaja. Teruskan perjuangan untuk anak-anak muda dan juga masyarakat secara umunya. Hidup anak muda!!!

Gambar-gambar sekitar Malam Diskusi Anak Muda




Sekian.

Tuesday, February 15, 2011

Air Terjun Chamang

Sabtu, 5hb Februari 2011, penulis dan keluarga telah bertandang ke Air Terjun Chamang yang terletak di Bentong, Pahang.


Ini kali kedua penulis sampai ke sini. Kali pertama bersama dengan kawan-kawan sewaktu zaman persekolahan dahulu.

Lokasi air terjun ini tidak jauh dari Bandar Bentong iaitu kurang lebih 15 kilometer. Jalan untuk menuju ke air terjun ini mungkin agak kecil dan pengunjung hendaklah berhati-hati memandu kenderaan untuk ke sana.

Persekitaran di sana agak baik walaupun kelihatan tidak diselenggara dengan elok namun masih memuaskan. Bunyi air menghempas batu kedengaran sangat jelas dan boleh memberi ketenangan kepada pengunjung.



Dalam menghayati keindahan dan merasa kesejukkan air, pengunjung juga perlu berhati-hati dengan kehadiran tiba-tiba air deras yang sanat membahayakan diri pengunjung. Pengunjung cuba perlu berjaga-jaga kerana keadaan ini tidak selalu berlaku.



Kepada raka-rakan, saya mengesyorkan anda semua untuk mengunjungi Air Terjun Chamang ini.

Sekian.

Saturday, February 12, 2011

Tahniah Kepada Rakyat Mesir!


Alhamdulillah kerana akhirnya Hosni Mubarak telah turun dari takhta pemerintah diktator Mesir yang dipegangnya selama lebih kurang 30 tahun.


Rakyat Mesir kini sujud syukur dengan kejayaan yang mereka kecapi setelah ratusan yang menjadi korban dalam demonstrasi yang terdiri daripada lebih kurang 1 juta rakyatnya. 

Ucapan tahniah khusus buat anak-anak muda Mesir kerana berani untuk melawan ketidakadilan dan penindasan. Tahniah dan syabas yang tidak terhingga.


Selepas Tunisia, Mesir juga menyahut seruan perubahan. Negara timur tengah yang mana pula akan menyusul? Kita tunggu dan lihat. 

Forum Isu Semasa: Analisis Perkembangan Terkini Di Timur Tengah

Selasa, 1 Feb 2011, telah berlangsung forum isu semasa yang bertajuk "Analisis Perkembangan Terkini Di Timur Tengah" yang bertempat di Dewan Besar Darul Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor. Forum bermula sekitar jam 9 lewat lebih setengah jam kerana menunggu kehadiran audien. Forum ini anjuran PKPIM, ABIM dan WADAH.

Dua orang panel yang dijemput sangat hebat dan memberi gambaran yang jelas mengenai krisis di Timur Tengah ini. Panel yang pertama ialah Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya. Panel kedua pula Tn. Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman yang merupakan Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan & Perpaduan, Kesatuan NGO-NGO Islam Sedunia (UNIW).

Turut hadir bersama untuk sesi kedua iaitu Abdalrahim M. Shebab yang mewakili Persatuan Islam Jabaliyyah Palestin untuk membentangkan isu-isu semasa mengenai Palestin.

Penulis ingin membuat kesimpulan atas forum yang telah berlangsung ini iaitu Mesir dan negara-negara Arab yang lain perlu menyahut seruan untuk berubah dan tanggungjawab ini perlu dipikul oleh anak-anak muda yang kelihatan sangat ghairah dalam membuat tuntutan. Pemimpin-pemimpin Arab yang merupakan sekutu Amerika dan Israel yang juga seorang diktator perlu bersiap sedia untuk melawan kemaraan anak-anak muda ini dan sudah tentu persediaan itu juga adalah persediaan untuk tumbang atau digulingkan.

Gambar sekitar forum yang berlangsung


Di sebelah kanan moderator ialah Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman dan 
manakala di sebelah kiri pula Tn. Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman


Panel 1


Panel 2


Sesi bersama wakil dari Palestin






Barisan audien yang hadir


Semoga aktiviti seperti akan lebih banyak diadakan dan seterusnya menjadikan ia satu budaya khususnya kepada anak-anak muda di Malaysia.

Sekian.