Helaian muka

Friday, April 29, 2011

Bukan Tayangan Perdana Video Seks

Seperti biasa, jalan-jalan sekitar Selangor terutama kawasan bandar memang banyak banner yang bergantung untuk tujuan iklan dan ada yang halal juga yang haram. Bagi yang haram ini ia tidak mendapat permit dari PBT. Namun, kali ini yang menarik perhatian saya ialah banner ini (seperti dalam gambar).

Saya agak biasa dengan wajah dalam banner di sebelah kanan gambar ini tetapi agak kurang biasa dengan wajah seorang lagi insan ini. Sebenarnya kurang biasa melihat gambar wajahnya di banner tetapi biasa melihat individu ini di kaca televisyen terutama Buletin Utama TV3. Inilah salah seorang dari tiga orang yang menggelarkan diri mereka "Datuk T".

Kini, individu ini seolah-olah sudah menjadi wira atau hero Melayu yang telah mendedahkan video seks di mana pelakunya menyerupai Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada media. Hanya yang tidak mahu berfikir sahaja akan merasakan individu ini sebagai hero tetapi bagi yang mahu berfikir, ini adalah ibarat wayang politik yang hendak menjatuhkan karier politik dan maruah DSAI dan juga keluarga.

Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai hal ini. Biarkan pihak berkuasa yang menyiasat dan saya harap siasatan yang dilakukan biarlah telus dan dan adil tanpa campurtangan pihak lain. Moga yang berada di pihak yang benar akan mendapat keadilan dan kemenangan manakala yang bersalah mendapat hukuman yang setimpal. Jika terlepas hukuman di dunia, hukuman di akhirat pula yang menanti dan pasti.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: