Helaian muka

Monday, April 11, 2011

Bukan Iklan Malaysia

Roti canai merupakan antara menu kegemaran saya waktu sarapan. Mungkin dah jadi tabiat atau budaya pemakanan waktu pagi bagi saya. Selain itu, saya juga gemar bersarapan nasi lemak.

Saya bukanlah hendak bercerita mengenai roti canai atau nasi lemak tetapi apa yang saya lihat ketika sedang asyik makan roti canai. Anak mata saya kurang senang melihatnya. Timbul persoalan yang saya pasti sukar untuk dicari jawapan kerana mungkin tiada siapa yang tahu akan jawapannya.

Apa yang saya lihat itu seperti yang terdapat dalam gambar. Hanya iklan jawatan kosong. Apa masalahnya? Ini sesuatu yang baik dan perlu direbut. Kepada sesiapa yang masih belum mempunyai pekerjaan dan mempunyai kelayakan seperti yang dinyatakan, silalah memohon. Jika ada rezeki, pekerjaan itu pasti milik anda.

Namun, isunya bukan itu, tetapi kenapa menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina sahaja? Setahu saya, kedai ini terletak di Malaysia iaitu sebuah negara yang majoriti masyarakatnya bertutur dalam Bahasa Melayu. Ini juga tertakluk dalam perlembagaan iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Jadi, persoalannya lagi, kepada siapa iklan ini ditujukan? Kepada rakyat Amerika dan Chinakah?

Saya bukanlah hendak taksub dengan Bahasa Melayu tetapi bahasa ini ialah bahasa yang dituturkan secara rasmi di Malaysia. Jadi, gunakanlah ia sebaik mungkin dalam apa jua keadaan dan urusan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: