Helaian muka

Sunday, September 4, 2011

Transkrip Ceramah Kontroversi Mat Sabu

Assalamualaikum.

Ini pula transkrip ceramah kontroversi Mat Sabu yang didakwa menyokong Komunis. Akhbar Sinar Harian keluaran 3 September 2011 telah menyiarkan transkrip ucapan Mat Sabu tersebut dan pada saya media perdana telah membuat fitnah tang terbesar bagi menutup kebenaran. Bacalah untuk pengetahuan kita semua. Moga akan ada pencerahan.


1 comments:

Jabbar said...

Transkrip: lagu negaraku pulak….lagu Hawai….kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia….kemudian jadi lagu Negaraku…mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak….hari tu anak saya tunjuk…dia bukak YouTube…dia kata ayah dengak….ini lagu Terang Bulan di Indonesia….ini lagu Negaraku….hundred percent serupa……ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan , bukan lagu patriotik apa-apa pun….

Komen: Sebagai orang Perak, saya amat berbangga irama Lagu Rasmi Negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" menjadi asas kepada lagu Negaraku.. kalau mengikut sejarah Perak, lagu ini telah dimainkan sejak 1888 sebagai Lagu Rasmi Negeri, manakala "Terang Bulan" (sebagai sebuah lagu) dijadikan popular oleh sebuah kumpulan bangsawan Indonesia, yang dipentaskan di Singapura sekitar 1920-an dan 1930-an..

Lagu Kebangsaan Negeri Perak diwujudkan dalam pemerintahan Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916), Sultan Perak yang ke-28, semasa baginda berangkat ke London, United Kingdom untuk menghadiri kemahkotaan Baginda Permaisuri Victoria pada tahun 1888.
(baca lagi di sini - http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,11261.msg104279.html#msg104279)

Lagu "Terang Bulan" di wiki mempunyai kaveat Nota: Penulis lirik dan pencipta lagu tidak diketahui. (Ref: http://ms.wikipedia.org/wiki/Terang_Bulan) atau dalam bahasa Inggerisnya - "The original lyrics are generally considered to be unknown as many variations exist." (http://en.wikipedia.org/wiki/Terang_Bulan)
----------------------------------

Transkrip: Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno….sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni….anak-anak muda kata …umph sambut buat apa…bendera pun dia kata serupa bendera Amerika….

Komen: Pemilihan bendera ini telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950 setelah dibuat beberapa pindaan. Pada asalnya, bulan sabit dan bintang adalah berwarna putih, tetapi atas cadangan Sultan Kedah dan persetujuan Raja-Raja Melayu yang lain, warna putih itu telah digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna Diraja. Akhirnya, pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu, seperti yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. (ref: http://pssklk.blogspot.com/2010/08/bendera-persekutuan-tanah-melayu.html)

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Design asal En. Mohamad bin Hamzah mempunyai stripe biru & putih. Pindaan telah dibuat di peringkat jawatankuasa pertandingan dan jalur biru telah diganti dengan jalur merah. Tiada isu tentang tuduhan tiru sebab warna design asal tu memang lain dari USA punya.
(baca lagi di sini - http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,11261.msg104265.html#msg104265)