Helaian muka

Tuesday, September 6, 2011

Benarkah Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah Oleh British?

Assalamualaikum.

Saya terpanggil untuk mengetengahkan pendapat atau pandangan saya tentang kenyataan seorang ahli akademik yang mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah sebaliknya bernaung di bawah British. Saya sangat ragu dan musykil. Persoalan yang timbul di benak fikiran saya ialah apakah erti laungan merdeka dan sambutan Hari Kemerdekaan yang telah sampai kali ke 54 pada tahun ini?

Saya juga menimbulkan persoalan ini di ruangan wall facebook milik saya dan pelbagai pandangan telah dilontarkan oleh kawan-kawan yang datang dari pelbagai bidang dan taraf pendidikan. Saya harap saya akan ketemu dengan jawapannya.

Di sini saya ingin mengajak anda semua untuk menghadam info yang saya salin dari laman Wikipedia ini. Moga kita semua akan ketemu dengan jawapannya.

Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).

Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini.

Tarikh keahlian (dalam kurungan).


Eropah
United Kingdom (1931) (Alam Komanwel)
Cyprus (1961)
Malta (1964)


Amerika Utara
Kanada (1931) (Alam Komanwel)
Jamaika (1962) (Alam Komanwel)
Trinidad dan Tobago (1962)
Barbados (1966) (Alam Komanwel)
Bahamas (1973) (Alam Komanwel)
Grenada (1974) (Alam Komanwel)
Dominica (1978)
St Lucia (1979) (Alam Komanwel)
Saint Vincent dan the Grenadines (1979) (Alam Komanwel)
Antigua dan Barbuda (1981) (Alam Komanwel)
Belize (1981) (Alam Komanwel)
St Kitts and Nevis (1983) (Alam Komanwel)


Amerika Selatan
Guyana (1966)


Afrika
Afrika Selatan (1931) (meninggalkan Komanwel antara 1961 - 1994)
Ghana (1957)
Nigeria (1960) (digantung antara 1995 - 1999)
Sierra Leone (1961)
Tanzania (1961)
Uganda (1962)
Kenya (1963)
Malawi (1964)
Zambia (1964)
Gambia (1965)
Botswana (1966)
Lesotho (1966)
Mauritius (1968)
Swaziland (1968)
Seychelles (1976)
Namibia (1990)
Mozambique (1995) (negara pertama bukan jajahan British)
Cameroon (1995)
Rwanda (2009) (negara kedua bukan jajahan British)


Asia
India (1947)
Pakistan (1947) (meninggalkan Komanwel antara 1972 - 1989, digantung 1999 - 2004 dan 2007 - 2008)
Sri Lanka (1948)
Malaysia (1957)
Singapura (1965)
Bangladesh (1972)
Maldives (1982)
Brunei (1984)
Australia dan Oceania
Australia (1931) (Alam Komanwel)
New Zealand (1931) (Alam Komanwel)
Samoa (1970)
Tonga (1970)
Papua New Guinea (1975) (Alam Komanwel)
Kepulauan Solomon (1978) (Alam Komanwel)
Vanuatu (1980)
Tuvalu (1978) (Alam Komanwel)
Kiribati (1979)
Nauru (1999)

Ahli yang kini digantung:
Fiji (1970) (meninggalkan Komanwel antara 1987 - 1997, digantung 2000 - 2001, digantung semula September 2009)[1]

Bekas ahli:
Ireland meninggalkan Komanwel pada 1949
Newfoundland dijadikan wilayah di Kanada pada 1949
Zimbabwe meninggalkan Komanwel pada 2003.

P/s: Bagaimana dengan pembacaan anda semua? Saya harap telah ketemu jawapan pada persoalan "adakah Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British".

2 comments:

Al-Yasar said...

Khoo Kay Kim mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah oleh Inggeris berdasarkan perspektif undang-undang.
Akan tetapi, dari segi politik dan ekonomi jelas sekali Malaysia dijajah oleh Inggeris dan menjadi tanah jajahan Inggeris. Lihat tulisan Ibnu Hajar dalam blog 'Jiwa yang Tenang".

indera segara said...

Terima kasih atas komen saudara. Saya sudah membaca tulisan di blog yang dinyatakan. Info yang bai kepada saya. Marilah kita mencari kemerdekaan yang sebenar. Malaysia menganggotai Negara-negara Komanwel juga ibarat dijajah kerana masih bernaung di bawah kuasa Ratu Elizabeth yang merupakan ketua Komanwel.