Helaian muka

Saturday, April 18, 2009

NC UUM Kekal


Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melantik semula Tan sri Dr. Nordin Kardi sebagai Naib Canselor UUM yang keenam sehingga 15 Jun 2010. Sebesar-sebesar tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga dapat terus memandu UUM ke arah kecemerlangan iaitu menjadi sebuah universiti pilihan pertama atau first choice university di Malaysia atau mungkin di persada dunia.


Sedikit kisah mengenai beliau. Tan Sri Dr. Nordin Kardi juga merupakan presiden Persatuan Universiti Malaysia (AMU) yang dilantik sejak tahun 2005 menggantikan Allahyarham Datuk Prof Dr. Ahmad Fawzi Basri. Beliau juga bekas Ketua Pengarah Biro Tatanegara di Jabatan Perdana Menteri. Baru-baru ini beliau juga telah dilantik sebagai anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

2 comments:

Anonymous said...

"Prof paling kelakar semasa perdebatan DSAI vs Dato' Sabri chik..."

inderasegara said...

sekurang2nya beliau berjaya mencipta nama..
berani bersuara dan mencipta dasar2 yang baik dan boleh digunapakai..
mungkin beliau agak pro kepada UMNO tetapi kenapa beliau tidak bertanding dalam mana2 pilihan raya?
sedangkan jika beliau bertanding, mungkin boleh menang dengan begitu mudah..
beliau juga tidak menyeleweng dengan ilmu yang beliau ada..
dari seorang budak kampung biasa kepada seorang yang berpangkat tinggi dan dihormati dalam negara..
tidakkah ini sepatutnya menjadi contoh??
beliau tidak mencapai semua ini dengan menjaja retorik di tepian jalan atau pejumpaan..
tidak juga melalui demonstrasi..
tidak juga melalui taburan janji lidah yang tidak bertulang..
fikirlah sejenak..
mungkin kita sendiri akan rasa diri kita lebih kelakar apabila berdiri di hadapan cermin..