Helaian muka

Wednesday, May 4, 2011

Rompin, Pahang

Penat tidur dan menonton tayangan DVD di dalam bas, akhirnya tepat jam 11.55 pagi, bas yang saya naiki telah memasuki daerah Rompin, Pahang. Sebuah daerah yang agak terkenal di Rompin kerana terdapat Pulau Tioman di pantainya dan Taman Negara Endau-Rompin.

Saya merupakan seorang anak Pahang yang lahir di Kuantan dan membesar di Bera. Selepas 25 tahun saya lahir ke muka bumi ini, baru pertama kali saya sampai ke daerah Rompin ini.

Sebenarnya daerah ini tidaklah jauh dari kampung halaman saya, tetapi atas sebab masa dan tujuan, sukar untuk saya pergi ke sini. Kebetulan terdapat kursus anjuran unit latihan organisasi tempat saya bekerja ini diadakan di Rompin, saya terus memohon. Tidak sangka rupanya jodoh saya dengan Rompin menjadi kenyataan.

Laluan bas yang saya naiki ini menggunakan jalan Muadzam. Selain jalan ini, untuk ke Rompin juga boleh melalui Kuantan. Jalan Muadzam ini lalu di tengah-tengah kawasan Felda seperti Felda Palong dan banyak lagi. Kiri dan kanan kelihatan ladang sawit dan getah. Begitulah pemandangan sekeliling di sepanjang laluan jalan Muadzam menuju ke Rompin.

Sampai di sini dulu buat masa ini.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: