Helaian muka

Friday, May 13, 2011

13 Mei - Sebuah Tragedi Hitam

Assalamualaikum.

Hari ini adalah hari Jumaat. Semuanya kelihatan biasa. Keadaan negara walau agak huru hara dengan organisasi-organisasi yang berlatarbelakang perkauman, tetapi masih lagi terkawal. Cuma bagi yang cintakan perpaduan dan memusuhi perkauman, agenda organisasi perkauman ini kelihatan sungguh jelik. Saya ulang "sungguh jelik"!

Rusuhan perkauman yang bertarikh 13 Mei 1969 menjadi sejarah hitam buat negara Malaysia. Ulangtahunnya adalah pada hari saya menulis untuk post ini. Ada yang mahu melupakan tarikh ini dan ada yang mahu mengingatinya. Pada saya, saya mahu mengingatinya dalam bentuk sambutan tertentu. Bentuk yang mungkin kontra dengan kisah di sebalik tarikh 13 Mei ini. Kisah rusuhan kaum disambut dengan majlis perpaduan. Bagi saya tentu sangat menarik dan berguna kepada negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Pada tarikh 13 Mei ini, saya masih lagi belum dilahirkan. Pelbagai cerita yang sedang dengar mengenai tragedi 13 Mei. Semuanya kisah yang bagi saya tidak sepatutnya berlaku. Kita manusia sama sahaja. Tidak kira dari apa jenis kaum, kepercayaan dan tuhan yang disembah, kita berasal dari tanah dan akan kembali kepada tanah.

Kepada semua kaum di Malaysia, hari adalah hari perpaduan. Kita mesti menyambutnya dengan hati yang gembira dan terbuka. Mereka yang dulu melakukan kesilapan pada tarikh ini, biarkanlah bersemadi dengan aman. Anggaplah itu zaman mereka. Kita ada zaman kita yang perlukan perpaduan dan cintakan keharmonian. Kita adalah Malaysia.

Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: