Helaian muka

Wednesday, May 4, 2011

Mari Melayu Tepati Masa (MMTM)

Sedang saya menaip untuk post ini, saya sedang menanti sebilangan orang-orang Melayu yang lewat. Mereka ini tidak menepati masa. Hadir lewat tetapi tidak menunjukkan rasa bersalah dan malu atas kelewatan yang berlaku. Inikah sikap dan budaya Melayu?

Bas sepatutnya bertolak jam 8 tetapi ketika saya menaip post ini, jam sudah 8.33 pagi. Sudah lebih setengah jam lewat. Ada kawan yang mengatakan mesti jam 9 baru bas akan bertolak. Saya mula tidak percaya, tetapi kini saya sudah mula percaya.

Ada juga yang sudah sampai tetapi merokok dan bersembang di luar bas. Sepatutnya sekarang adalah masa bersedia untuk bertolak. Jadi setiap peserta hendaklah berada di dalam bas.

Kadang-kadang saya terfikir, mengapa tidak bas terus bertolak? Tinggalkan sahaja sesiapa yang lewat. Jadikan ini satu pengajaran. Jika kita terus melayan kerenah begini, sampai bila orang-orang Melayu yang bersikap tidak tepati masa ini akan berubah dan insaf.

Moga orang-orang Melayu akan lebih menepati masa di masa akan datang. Menjadi bangsa yang bertamadun tinggi.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: