Helaian muka

Thursday, May 5, 2011

Penat & Puas Di Taman Negeri Endau-Rompin

Bagi yang meminati pemandangan alam semulajadi, Taman Negeri Endau-Rompin merupakan lokasi pelancongan yang terkenal dan wajib dikunjungi jika melancong ke Rompin. Kurang lebih 1 jam perjalanan dari tempat saya menginap, sesiapa yang berkunjung ke sini pasti akan berasa puas walaupun penat.

Jalan untuk sampai ke puncak bukit sangat mencabar. Perjalanan turun dan naik untuk sampai ke puncak bukit sambil melihat alam sekitar yang menhijau, sesiapa yang datang ke sini pasti terpikat.

4 jam 45 minit merupakan tempoh masa yang di ambil oleh saya untuk menaiki dan menuruni bukit. Alhamdulillah, walaupun penat tetapi berbaloi. Saya percaya bukan senang untuk saya dapat menjejakkan kaki ke sini. Peluang yang ada ini saya tidak akan sia-siakan dengan melayan kepenatan.

Dalam keseronokkan menempuh halangan untuk naik dan menuruni bukit, dalam asyik melihat hutan yang menghijau, walaupun saya sudah khayal dengan keindahan, namun saya tetap melihat serba sedikit kekurangan yang terdapat di sini iaitu salah satu di antaranya ialah kemudahan untuk mendaki.

Ada tangga yang disediakan tetapi ia menjadi kemudahan yang merbahaya kerana tidak diselenggara dengan baik. Tidak kurang juga tangga papan yang telah reput lalu dibuang papannya dan meninggalkan besi-besi tiang anak tangga yang berceracak. Pada saya ini sangat berbahaya kepada para pendaki. Mungkin pihak yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan supaya masalah ini dapat diselesaikan.

Terima kasih kepada Razak, Samad dan seorang lagi pemandu yang saya lupa namanya kerana sangat mesra dengan para peserta bengkel fotografi ini.

Saya berhenti di sini dulu. Ketika ini saya dalam perjalanan pulang ke tempat saya menginap. Kepenatan dengan rasa puas akan membuatkan saya tidur di dalam bas.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: