
Jika aku menjadi Raja,
aku mahu menjadi Raja yang berjuang;
berdiri teguh di barisan hadapan tanpa kecut dan gentar;
biar runtuh istana;
biar tergadai segala harta;
biar aku mangkat meninggalkan takhta;
namun tidak sekali hidup menjadi boneka.
Jika aku menjadi rakyat,
aku mahu menjadi rakyat yang berjuang,
biarpun tiada upaya;
pena juga akan aku jadikan senjata;
biar kering dakwat darah menjadi ganti;
demi jiwa yang merdeka;
sesungguhnya aku tidak rela;
bernaung di bawah bendera mereka.
Aku mahu jadi pejuang,
biarpun hidup sampai terbuang.
2 comments:
salam.mohon disedut utk dikongsi du dlm FB.puisi ini mengingatkan saya kpd karya2 chairil anuar
salam..silakan.
Post a Comment