Helaian muka

Tuesday, September 21, 2010

Jamuan Hari Raya Anjuran GB4B Caw Mengkarak & Sambutan Hari Malaysia

Ucapan tahniah kepada semua ahli Gerakan Belia 4B (GB4B) Caw Mengkarak kerana telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya berserta Sambutan Hari Malaysia. Kejayaan ini dapat dikecapi kerana semua belia bekerjasama dan bantu-membantu dalam menjayakan majlis yang setahun sekali diadakan ini.


Majlis yang berlangsung secara bersederhana tetapi sangat bermakna bagi barisan belia. Ini kerana majlis jamuan yang diadakan ini telah dihadiri oleh tetamu istimewa yang dijemput khas iaitu YB ADUN GUAI, saudara Norol Azali Bin Sulaiman dan juga Pengerusi GB4B Negeri Pahang iaitu saudara Ahmad Daniar Bin Ismail bersama dengan dua orang lagi rakannya yang datang dari Kuala Lipis, Pahang. Majlis juga turut dihadiri oleh ahli JKKK Kampung Mengkarak.


Majlis dipengerusikan oleh saudara Muhayudin Bin Salleh iaitu Pengerusi GB4B Caw Mengkarak. Majlis yang juga diselitkan dengan ucapan daripada YB ADUN GUAI menmabah lagi tarikan kepada majlis ini. Ucapan beliau yang menyentuh mengenai Sambutan Hari Malaysia dan juga nasihat-nasihat yang berguna kepada belia sangat bermakna kepada hadirin yang hadir.


Setelah selesai ucapan YB ADUN GUAI, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Tok Imam Masjid Kampung Mengkarak dan seterusnya sesi menjamu selera pun bermula. Hidangan yang disediakan seperti lemang, rendang ayam, sate dan nasi impit sangat menyelerakan tetamu yang hadir.


Tepat jam 3 petang, YB ADUN GUAI terpaksa meninggalkan majlis kerana mempunyai urusan di Kuala Lumpur. Dalam tergesa-gesa beliau pergi kerana majlis anjuran ANSARA itu telah bermula pada jam 2 dan habis jam 5 petang. Beliau telah lewat 1 jam. Namun beliau tetap pergi kerana ingin memenuhi jemputan tersebut.


Kemudian majlis diteruskan lagi dengan sesi penerangan mengenai GB4B yang diberikan oleh saudara Ahmad Daniar. Banyak info yang beliau sampaikan kepada belia mengenai bagaimana sikap dan cara untuk hidup dalam persatuan. Rakan beliau yang merupakan setiausaha GB4B Negeri Pahang juga turut memberikan sedikit penerangan. Secara mudahnya, harapan mereka agar GB4B di daerah Bera akan berjaya menubuhkan GB4B kawasan Bera pada masa akan datang.


Setelah selesai sesi penerangan, majlis telah sampai kepada penutup. Lebih kurang jam 4 petang, majlis telah bersurai. Belia-belia bergotong-royong untuk membersihkan Dewan Serbaguna Kampung Mengkarak yang digunakan. Sekali lagi ucapan tahniah kepada semua belia dan juga Pengerusi JKKK yang juga merangkap Ketua Kampung iaitu Rosli Bin Mohd Yunan yang banyak memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Semoga Syawal akan datang GB4B Caw Mengkarak akan dapat mengdakan majlis yang sebegini bagi marapatkan lagi hubungan antara barisan belia dan pihak lain.

Sekian, wassalam.

4 comments:

Jejaka Desa said...

Berjamu sakan deme yek...

Indera Segara said...

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan dia makan,
suruh mengaji dia tak mahu.

p/s: bab2 mkn memang sakan la..hehe

Hisyam Muhibah said...

Tahniah 4B Mengkarak. Sekali sekala buat program khidmat masyarakat, bolej jemput YB Norol tu sekali.. Siap masuk SInar lagi gambo oakme hari semala..

indera segara said...

Same2..InsyaAllah..ada juga merancang mengenai program khidmat masyarakat..tetapi belum tahu lagi bentuk dan objektifnya..mungkin kita boleh bekerjasama suatu hari nanti..time kasih kat akhbar sinar dan wartawan yang bertugas atas berita yang dipaparkan..=)