Helaian muka

Wednesday, August 31, 2011

Merdeka

Assalamualaikum.

Tarikh 31 Ogos setiap tahun adalah hari memperingati kemerdekaan Tanah Melayu. Namun, sejauhmanakah kemerdekaan ini mempunyai rohnya yang akan dihayati oleh anak-anak muda masa kini dan masyarakat secara keseluruhannya.

Di kaca mata saya sendiri, melihat kemerdekaan dari pihak kanan dan kiri akan menjadikan saya kurang menghayati kemerdekaan ini kerana kemerdekaan yang ada sekarang adalah dalam bentuk acuan pihak kanan sahaja sedangkan pihak kiri juga memberi sumbangan yang besar dalam mendapatkan kemerdekaan.

Saya tidak mahu mencoret panjang. Sampai di sini sahaja post saya buat Hari Merdeka kali ini. Saya ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54. Merdeka!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: