Helaian muka

Thursday, August 25, 2011

Kad Ucapan Hari Raya Dari Pejabat MB Selangor

Assalamualaikum.

Budaya yang kian kurang diamalkan apabila Hari Raya Aidilfitri ialah memberi kad ucapan Hari Raya kepada sesiapa pun seperti ahli keluarga dan kenalan rapat.

Saya bukan hendak bercerita mengenai sejarah kad ucapan Hari Raya, tetapi saya hendak bercerita bahawa saya telah menerima kad ucapan Hari Raya melalui pos yang dikirim oleh Pejabat Menteri Besar Selangor yang dialamatkan atas nama saya dan alamat rumah tempat saya menyewa ini.

Terkejut juga saya kerana memikirkan bagaimana pihak Pejabat MB Selangor boleh mempunyai nama dan alamat tempat tinggal saya ini. Saya mengambil keputusan untuk mengabaikannya.

Saya agak tertarik dengan kad ucapan ini kerana ia tiada gambar bendera atau logo parti yang menerajui kerajaan Selangor sekarang. Hanya jata negeri Selangor sahaja yang menghiasi kad ucapan ini. Kesimpulan yang mudah, kad ucapan ini tiada agenda politik kepartian.

Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Pejabat MB Selangor kerana mengirim kad ucapan Hari Raya ini kepada saya. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kembali.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: