Helaian muka

Monday, June 14, 2010

WACANA ANAK MUDA: BELIA MENGGENGGAM MASA DEPAN NEGARA

 SEMUA MASYARAKAT TERUTAMA GOLONGAN BELIA DIJEMPUT HADIR


Zaman masa kini, pelbagai gejala sosial yang melanda golongan belia seperti samseng jalanan, pergaulan bebas, pengambilan dadah, minum arak dan judi serta pembuangan bayi dapat dilihat di sekeliling kita. Ia tidak juga kurangnya disiarkan oleh media cetak dan elektronik negara.


Kelangsungan daripada pelbagai gejala sosial ini, semangat dan keberanian dipamerkan di sudut dan perbuatan yang salah.


Selain itu, kesedaran tentang peranan golongan belia dalam membina dan memacu negara untuk lebih gemilang di masa akan datang juga sudah luntur.


Golongan belia kini juga kelihatan seperti sudah hilang jati diri hingga sanggup melakukan pelbagai perbuatan yang buruk yang tentu sahaja akan memberi kesan terhadap masa depan negara Malaysia yang tercinta ini.


Kesedaran atas permasalahan dan fenomena ini, forum yang dianjurkan oleh JKKK Kampung Mengkarak ini sangatlah baik dalam memberi kesedaran dan serba sedikit dapat memulihkan semangat dan jati diri golongan belia agar lebih trampil serta kritis dalam menghadapi isu-isu semasa dalam dunia globalisasi kini.


Diharapkan forum belia yang buat julung kalinya diadakan ini akan dapat merubah mentaliti belia ke arah yang lebih positif. Semoga sokongan daripada pihak JKKK Kampung Mengkarak ini akan berterusan agar dapat diadakan pelbagai jenis aktiviti yang baik dan berguna untuk belia dan masyarakat di masa-masa yang akan datang.

4 comments:

Hisyam Muhibah said...

Tahniah, program yang bagus...

Indera Segara said...

Silalah hadir jika berkemampuan...

Hisyam Muhibah said...

Tak dapat hadir. dah ada program tarikh itu.. blog panelis ke2 http://faisalabdaziz.blogspot.com/

indera segara said...

oh ya..tak mengapalah..mungkin lain kali..