Helaian muka

Tuesday, March 2, 2010

Korban Jalan Raya Di Lebak

































Petang Isnin, 1hb Mac 2010 aku meninggalkan kamgpungku untuk pulang ke Bangi. Seperti biasa pesan ibuku supaya aku berhati-hati memandu kereta dan setibanya aku di sana segera menghantar pesanan ringkas (SMS) kepadanya.

Dalam perjalanan sewaktu mengahala ke Temerloh iaitu di kawasan Kampung Lebak, tiba-tiba aku lihat dari jauh kereta beratur panjang. Aku pun terpaksa menghentikan kereta dan turut sama dalam aturan kereta yang panjang itu.

Aku rasa pelik kerana tidak pernah kejadian seperti itu berlaku di kawasan tersebut. Lalu terlintas difikiranku mungkinkah ada kemalangan yang berlaku? Setelah lama menunggu akhirnya aturan kereta yang panjang sudah pun boleh bergerak. Aku lihat ada sebilangan anggota bomba dan polis di tengah jalan. Rupanya benar apa yang terlintas difikiranku.

Setelah melalui kawasan kemalangan tersebut, aku memberhentikan kereta di tepi jalan untuk melihat dengan lebih dekat dan juga ingin bertanya kepada orang ramai disitu mengenai kemalangan tersebut. Aku lihat terdapat sebilangan orang di situ merupakan penduduk di kampung sekitar kampungku juga.

Setelah aku tanya kepada seseorang di situ, terkejutnya aku rupanya mangsa kemalangan telah meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan yang parah di bahagian kepala. Lebih mengejutkan mangsa merupakan budak yang tinggal di Kerayong yang tidak jauh dari kampungku. Diam aku seketika apabila mengetahui bahawa mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Teknik Temerloh (SMTT)yang mungkin saja berumur 16 atau 17 tahun.

Mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z telah berlanggar dengan sebuah van Risda. Aku tidak mengetahui bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku dan pihak manakah yang bersalah. Setelah aku mengambil beberapa keping gambar seperti yang dipamerkan, aku terus menyambung perjalanan untuk pulang ke Bangi.

Begitulah nasib seorang remaja yang di bawah umur yang telah menjadi korban jalan raya. Aku sedih kerana aku pasti ini merupakan kesan negatif gejala sosial samseng jalanan (Mat Rempit) yang telah banyak merosakkan akhlak dan akidah kaum yang seagama denganku. Bilakah fenomena ini akan berubah kepada keadaan yang lebih baik? Marilah kita memuhasabahkan diri dan kembali ke pangkal jalan. Sesungguhnya dunia ini hanya satu persinggahan dan tidak lama tempohnya. Marilah kita melakukan amal kebaikan agar kita mendapat balasan yang baik di akhirat sana.

Sekian,
Indera Segara

1 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Malang tak berkabor.Kite kene la berhati2 sokmo.