Helaian muka

Tuesday, March 2, 2010

Pagi Ahad Di Temerloh





Riuh rendah dan hingar bingar dengan pelbagai bunyi dan juga kesibukan jalan raya sudah biasa berlaku di waktu pagi setiap hari Ahad di bandar Temerloh ini. Parkir yang tidak cukup membuatkan jalan menjadi agak sesak dan orang ramai sanggup untuk meletakkan kereta mereka di jarak yang agak jauh untuk bertandang ke Pekan Sehari Ahad di bandar Temerloh ini.

Pelbagai jenis barang keperluan boleh didapati di sini seperti keperluan barang dapur dan juga pelbagai jenis makanan tidak kira yang moden atau tradisonal. Pekan Sehari ini juga menjadi salah sebuah tempat kegiatan ekonomi setempat masyarakat di Temerloh dan juga masyarakat di daerah sekitarnya. Pelbagai jenis ikan sungai dan sayur kampung boleh didapati di sini dengan harga yang agak berpatutan mengikut keadaan semasa.

Bermula dari belakang Masjid Abu BAkar, Temerloh iaitu di sekitar Waterfront Temerloh hinggalah ke simpang di stadium bandar Temerloh. Jarak Pekan Sehari ini mungkin dalam lebih kurang 1KM panjangnya dan mungkin saja juga akan memenatkan kaki sesiapa saja yang mengunjunginya.

Kepada yang berminat untuk mengunjungi pekan sehari ini, silalah berkunjung ke Temerloh. Pasti akan menjadi satu pengalaman yang menarik. Buat pengetahuan, pekansehari ini sudah beberapa kali disiarkan di dalam rancangan Majalah 3 terbitan TV3. Inilah saja coretan saya mengenai Pekan Sehari Ahad di bandar Temerloh ini. Jauh berjalan Luas pemandangan dan banyak pengalaman.

Sekian,
Indera Segara

0 comments: