Helaian muka

Tuesday, July 5, 2011

Salahkah Aku Menyokong BERSIH?

Assalamualaikum.

Semakin hampir dengan tarikh 9 Julai, semakin hebat tekanan media perdana Malaysia terhadap gabungan BERSIH. Sebuah gabungan yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam pilihan raya.

Himpunan 9 Julai 2011 terus dilabel haram walaupun sudah jelas dan terang mengenai tuntutannya sangat baik bagi mengubah sistem negara ke arah yang lebih bagus. Tetapi mengapa ada pihak yang terus menerus menentang? Mereka seolah tidak mahu akan terjadinya perubahan dalam sistempilihan raya yang sangat diragui ketelusannya.

Warna kuning menjadi tema BERSIH dan hampir setiap hari ada tangkapan terhadap sesiapa yang memakai baju yang bercetak tulisan BERSIH dan mengedarnya. Tidak kurang juga yang hanya melilit kain kuning dilengan dan sudah agak lanjut umurnya tidak terkecuali ditangkap. Tegas saya katakan, ini adalah gertakan! Ugutan! Ia hanya sebagai salah satu cara untuk menggagalkan himpunan BERSIH.

Setelah hari-hari melihat dan membaca berita mengenai BERSIH, saya bertanya pada diri, "salahkah saya menyokong BERSIH?". Jawapannya saya jawab "tidak". Walaubagaimanapun, saya akan tetap menyokong dalam apa jua cara yang saya mampu.

Era perubahan negara sedang menjelang dan saya tidak akan berdiri sahaja membatu melihat. Mari kita berlari bersama untuk merangkul sebuah perubahan yang akan menjadi sebuah titik perubahan bagi negara.

Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: