Helaian muka

Tuesday, July 19, 2011

Mahasiswa Siap Sedia

Assalamualaikum.

Saya membaca sebuah blog di internet yang mengatakan bahawa 500 pelajar universiti dibuang kerana perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 baru ini. Namun, saya anggap ini khabar angin kerana ia belum sahih. Tetapi persoalan saya, perlukan tindakan membuang pelajar itu dilakukan dan adakah ia akan menyelesaikan masalah?

Pada pendapat saya tidak sama sekali. Ia hanya akan membangkitkan sentimen mahasiswa atau anak muda anti kepada kerajaan sahaja. Mereka hanya bersama dalam sebuah perhimpunan aman atas rasa tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi. Mereka bukan lagi pelajar sekolah rendah yang boleh diarah dan ditentukan haluan oleh sesiapa pun. Mereka telah dewasa dan proses matang terus berlaku. Tiada siapa yang dapat menghalang proses ini dan jika halangan dibuat maka hanya akan merencatkan atau membantutkan pertumbuhan proses kematangan itu.

Semua ini seolah-olah sudah diajar bercakap tetapi tidak dibenarkan untuk bercakap. Sudah diajar berjalan tetapi tidak dibenarkan untuk berlari. Mahasiswa dan anak-anak muda perlu dibiarkan bebas. Saya pasti mereka akan belajar untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Berbalik kepada isu 500 pelajar dibuang universiti, saya fikir mahasiswa terutama seluruh anak muda perlu bersedia untuk bergerak membela mereka ini. Gerakan melalui apa cara sekalipun perlu dilakukan bagi melawan regim yang mahu mengongkong dan membodohkan mahasiswa dan anak muda. Media hybrid dan elektronik mesti digerakkan dan pasti jalan raya akan memberi ruang yang luas untuk kita. Ayuh bangkit mahasiswa dan anak muda!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: