Helaian muka

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Setiap anak-anak yang punya bapa, sayangilah bapa anda. Ada anak-anak yang mengatakan bapa mereka garang, tetapi itulah sifat si bapa yang perlu ada, menjadi bapa yang tegas. Membina rasa hormat dan tinggi bahasa dalam diri setiap anak-anak.

Namun, anak-anak masih ramai yang degil. Bila ayah tegur atau marah, dikatakan bapa itu jahat. Bagaimana seorang bapa itu jahat jika keluarnya pagi dan baliknya petang? Ada juga yang balik malam hanya kerana mahu memberi anak-anaknya makan dengan sempurna dan punya pendidikan serta pakaian.

Wahai anak-anak yang punya bapa, sayangilah bapa anda. Syukurilah kerana anda masih dapat melihat susuk tubuh, rupa dan mengucup pipi bapa anda. Kasih sayang bapa juga tiada hingga. Cuma syurga kita sahaja bukan di tapak kakinya. Namun begitu, restunya tetap menjadi tiket untuk ke syurga.

Wahai bapa-bapa, tanggungjawabmu cukup besar. Memikul amanah memelihara dan mendidik anak-anak supaya menjadi insan berguna. Setialah pada tanggungjawab ini. Jika ingkar, nasib anak-anak menjadi taruhan. Kita hamba di dunia mencari keredhaan Tuhan.

Kepada bapa-bapa yang sudah tiada, ku kirimkan doa moga kalian sejahtera dan sentiasa berada dalam rahmat Tuhan. Doakan anak-anak yang masih di dunia agar berdiri di jalan yang benar dan menjadi insan berguna. Anak-anak sayang bapa.

Selamat Hari Bapa :-)

Indera Segara


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: