Helaian muka

Thursday, March 10, 2011

Pilihan Raya Kecil N28 Kerdau (PRK N28 Kerdau)

6 Mac 2011 merupakan hari membuang undi bagi masyarakat yang mendaftar di N28 DUN Kerdau yang terletak di daerah Temerloh. Parti yang bertanding untuk PRK ini ialah Parti Islam Semalaysia (PAS-Pakatan Rakyat) dan Barisan Nasional yang diwakili oleh Parti Umno. 

Dua calon yang bertanding PRK ini ialah Hasanuddin Salim (PAS-PR) dan Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN-Umno). Kedua-dua calon ini bersaing hebat kerana kedua-duanya orang tempatan.


Kempen

Dari segi kempen, saya melihat ia berat kepada BN. Ini kerana setibanya saya di sana, terus terucap dibibir saya yang menyatakan Bn sudah menang dalam pertandingan 'perang poster'. Sepanjang jalan seolah-olah dibanjiri dengan bendera BN yang bewarna biru lambang dacing. Tambah lagi dengan sebilangan banner dari NGO-NGO dan kempen dari jabatan-jabatan kerajaan serta Felda, saya melihat PAS seperti tiada harapan.

Sukarelawan PAS dari Terengganu sedang menggantung poster gambar calon PAS Hasanuddin Salim

Bendera BN mencemari Jata Negeri Pahang


Kanak-kanak juga turut bersemangat

Jengka 22

Saya menghadiri ceramah anjuran PR di Felda Jengka 22 ini. Sesampainya saya di sana, hujan baru sahaja berhenti namun saya lihat hadirin yang hadir sangat memberangsangkan tidak kira golongan tua atau muda. Penceramah yang hadir juga tidak kurang hebatnya dan di antaranya ialah Ketua Cabang PKR Temerloh iaitu sdr. Ahmad Nizam Hamid dan Ketua Cabang PKR Rembau iaitu sdr. Badrul Hisyam (Chegu Bad).

Saya mendapat tahu bahawa kurang 50m dari lokasi ceramah anjuran PR merupakan tempat operasi BN. Saya dimaklumkan oleh orang sekitar yang mereka (ahli-ahli Umno) telah berkaraoke dengan kuat sewaktu awal ceramah PR. Ini pastilah dengan tujuan untuk mengganggu majlis ceramah PR tersebut. Atas aduan kepada pihak polis yang berkawal di situ, ahli-ahli Umno telah berhenti berkaraoke selepas ditegur oleh pihak polis.

Sdr. Man Kadir @ Pak Jabit sebagai pengerusi majlis

Ustaz Shamsul Amri

Sdr. Ahmad NIzam Hamid (Ketua Cabang PKR Temerloh)

Sdr. Chegu Bad (Ketua Cabang PKR Rembau)


Penduduk Felda Jengka 22 yang hadir

Majlis ceramah itu berakhir pada jam 12 dengan bacaan doa oleh ustaz Shamsul Amri yang merupakan penceramah jemputan di malam itu.

PRK N28 DUN Kerdau ini diadakan atas sebab kematian Adun Kerdau ini iaitu Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Keputusan

Calon BN iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad telah menewaskan calon PAS, Hasanuddin Salim dengan majoriti 2,624 undi iaitu BN (4,960) manakala PAS (2,336).

Tarikh yang sama juga menyaksikan PRK di DUN Merlimau, Melaka yang kemenangan juga memihak kepada calon BN yang menewaskan lawannya dari Parti PAS.

Bagaimanapun keputusan PRK ini, saya berharap calon yang menang akan menjadi wakil rakyat yang umum iaitu bukan wakil rakyat kepada parti yang menang.

Sekian

0 comments: