Helaian muka

Thursday, July 22, 2010

Perubahan Barisan Kepimpinan Belia Mengkarak

Persatuan Belia 4B Mengkarak kini telah berubah kepimpinan dalam Ahli Jawatankuasa yang baru. Pelbagai sebab mendorong keadaan ini berlaku dan salah satu di antaranya ialah Pengerusi telah sampai kepada had umur sebagai seorang belia. Rasa mahukan sebuah perubahan juga menjadi faktor yang tidak kurang pentingnya dalam proses perubahan ini.

 Sidang ucapan Mantan Pengerusi Belia 4B Mengkarak


Pada 3hb Jun 2010, jam 9 mlm, mesyuarat yang dihadiri oleh lebih kurang 30 orang ahli belia dan dipengerusikan oleh sdr. Muhamad Fadzli Abd Manaf berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau kejadian yang tidak diingini. Mesyuarat juga dihadiri oleh Mantan Pengerusi Persatuan Belia 4B Mengkarak bagi menyampaikan sedikit ucapan kata-kata semangat sebelum melepaskan jawatan beliau serta menyerahkan semua dokumen kepada kepimpinan baru.

 Sdr. Rosli b. Mohd Yunan selaku Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK

Selaku Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK iaitu sdr. Rosli b. Mohd Yunan juga memberi sokongan yang baik kepada belia untuk melakukan perubahan. Ucapan beliau sewaktu mesyuarat berlangsung sedikit sebanyak memberi semangat dan motivasi kepada belia untuk terus maju dan berubah.

Pengerusi baru yang dilantik berharap semoga ahli-ahli belia akan terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan baru dan seterusnya menyokong penuh kepada perubahan yang ingin dilakukan.

Dalam ucapan Pengerusi, beliau ada memetik pepatah Melayu Mengkasar oleh Prof. Hamka yang berbunyi...

" Anak laki-laki tidak boleh dihirau panjang, hidupnta ialah buat berjuang, kalau perahunya telah dikayuhkan ke tengah, dia tidak boleh surut palang, biarpun bagaimana besar gelombang. Biarkan kemudi patah, biarkan layar robek, itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang".

Beliau berharap belia Kg Mengkarak akan lebih berani dalam mendepani zaman kini dan akan datang serta mesti juga berani untuk melakukan perubahan. Perubahan yang dimaksudkan ialah dari segi sikap dan juga mentaliti. Keluar daripada pemikiran Melayu lama dan feudal.

 Penyerahan tugas dan dokumen kepada Pengerusi baru

Semoga Persatuan Belia 4B Mengkarak akan berjaya hingga ke peringkat yang membanggakan agama, masyarakat dan negara. Hidup belia! Berani berubah! 1 revolusi!

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada barisan kepimpinan baru.. teruskan kegiatan yang memberikan faedah kepada belia di sana

NOA said...

harap kepimpinan baru lebih aktif...

Indera Segara said...

HM: Terima kasih..
Ayed: InsyaAllah..jika belia bersatu dan berani utk berubah, pasti tiada jalan mati utk berjaya..