Helaian muka

Tuesday, June 16, 2009




Inilah gambar yang bersejarah tetapi tidak diketengahkan mengenainya. Gambar ini diambil di Istana Kuala Kangsar, Perak sewaktu Perjanjian Durbar yang menjadi asas kepada Majlis Raja-raja yang ada sekarang. Maaf kerana gambar yang di ambil ini tidak begitu jelas kerana diambil dalam keadaan yang tergesa-gesa. Gambar ini diambil di rumah waris kepada Datuk Orang Kaya Indera Segara Temerloh Haji Tahir Bin Nakhoda Jelai iaitu salah seorang pembesar berempat negeri Pahang yang mentadbir daerah Temerloh. Gambar Allahyarham yang bernombor 12. Selain itu, gambar pejuang negeri Pahang seperti Datuk Setia Jaya Semantan Tok Bahaman (15), Datuk Stia Raja Tok Gajah (16), Mat Kilau (17) dan Mat Lela (18).

8 comments:

Sarip Dol Jenderak said...

Sedih juga kerana perjuangan Dato Indera Segara Temerloh tidak ramai yg mengetahuinya..sedangkan beliau turut berjuang bersama2 Dato Bahaman utk menentang Inggeris..
p/s-Gambar ni cam pernah nampak ye.Tapi di mana?macam di rumah Pakteh koi kt Gombak je..hehe.

indera segara said...

tu la..
sedih sgt2..
ramai org x tau..
memang gambo tu amik kat umah pak teh pun..
umah pak teh zali kat gombak..
sedara r ni..;-)

Waris Tok Kaya Temerloh said...

ye la wei..sedara la wei...awok anok sape?

indera segara said...

koi anak mak teh izah..
dok kat kg tok langit, mengkarak..
tau sgt psl ade sedara yg dok kat jenderak..
dlu prnh gi tp mse tu kecik lgi..

Pahlawan Bukit Naga-Jenderak said...

o yeke..koi ank embong esoh..skang keje kt mane?dh lame koi x balik rumoh aki koi kt mengkarak tu..entah camne ler..pak ngah din koi pun dh x larat nk ulang alik..dulu die slalu gak balik...

inderasegara said...

koi dah ingat..
a'ah..embong esah..mak koi ade cite kat koi..
koi keje kat bangi..
umah toki andak adam kat mengkarak tu dah semak lalu..
ade jgk koi masuk tgk2 ari tu..
dlu mase pak ngah din slalu blk tanah tu elok terang je..
aok keje kat mana?
senang2 jln r ke umah..
bwk embong skali..

Anonymous said...

"Betul ke mereka berjuang kerana agama,bangsa melayu atau kerana berjuang mempertahankan pangkat, kuasa dan punca ekonomi(pungut cukai) yang telah diambil oleh Inggeris(majlis negeri dipengerusi oleh Residen)...!!

inderasegara said...

sekurang2nye mereka tetap berjuang..
jika mereka ini hanya berjuang demi kepentingan pangkat, kuasa dan punca ekonomi, masakan mereka begitu ramai pengikut di kalangan rakyat sendiri..
mereka pejuang yg berani..
duduk di barisan hadapan untuk berjuang dan bukan berlindung di belakang rakyat yang berjuang..
jika kerana sebab pungutan cukai itu..
hasil cukai diserah kpd raja..
nilai cukai juga ditetapkan oleh raja..
mereka ini hanya menjalankan tugas..
tidak pernah sedikit pun kedengaran kisah mereka ini menindas rakyat..
sebaliknya rakyat blh hidup aman dan damai..
mengikut sedikit kisah yang saya dapat..
Haji Tahir dan askar2nya juga terlibat dalam perang di Selangor dan Negeri Sembilan..
beliau dan bala tenteranya telah membantu dalam mencapai kemenangan dalam dua perang ini..