Helaian muka

Sunday, October 30, 2011

Aziz Bari Atau Dr. M Yang Kurang Ajar?

Assalamualaikum.

Ini merupakan gambar keratan akhbar dari sebuah media perdana jenis cetak dalam negara. Ia adalah berita mengenai kenyataan Dr. M yang mengatakan Aziz Bari kurang ajar kerana enggan mohon maaf kepada Sultan Selangor.

Aziz Bari telah mengkritik secara akademik iaitu dalam bidangnya sebagai seorang pensyarah di UIAM dan juga pakar perlembagaan Malaysia. Ulasannya mengenai titah Sultan Selangor itu bukan berdasarkan emosi atau politik, tetapi berdasarkan ilmu dan kajian yang dilakukannya.

Aziz Bari telah diserang oleh media perdana cetak dan elektronik. Tidak kurang dari itu, laporan polis juga banyak dibuat.

Pada pendapat saya, Malaysia perlu ada kebebasan berakademik bagi golongan pengajar. Golongan akademik berhak melontarkan perndapat dan pandangan serta kritikan berdasarkan bidang ilmu yang mereka ada. Jika ada yang tidak bersetuju, maka ilmu hendaklah dijawab atau dibalas dengan ilmu.

Moga kebenaran akan terserlah dan Malaysia menjadi negara yang lebih baik di masa akan datang.

Sekian.

0 comments: