Helaian muka

Friday, December 10, 2010

Kembalikan Hak Air Rakyat

Air merupakan nikmat yang diberikan oleh Allah kepada manusia tanpa perlu dibayar. Bagi umat Islam, hanya perlu menyatakan syukur dengan melakukan perintah dan meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah.

Oleh itu, air yang diperolehi secara percuma ini telah diberi kuasa kepada manusia di bumi ini untuk menguruskannya. Sudah tentulah manusia itu adalah kahlifah. Khalifah yang diangkat oleh Allah untuk menjadi pemimpin.

Jadi seharusnya isu air ini tidak timbul. Ia merupakan isu kemanusiaan. Sangat tidak berperikemanusiaan jika sumber utama kehidupan ini hendak dikenakan bayaran yang tinggi kepada penggunanya. Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab memikirkan cara lebih efektif untuk mengatasi masalah air tanpa perlu menaikkan tarif air.

Jika dilihat dari segi pendapatan, majoriti rakyat Malaysia masih berpendapatan rendah. Rakyat masih kurang mampu untuk menanggung kos kehidupan yang semakin hari semakin tinggi. SYABAS ingin menaikkan tarif air sebanyak 37% dan ini sangat tidak rasional kepada majoriti besar masyarakat Malaysia. Dalam keadaan negara mengalami gelombang bantahan daripada rakyat, masih sempat kerajaan menaikkan harga petrol RON 95, diesel, dan gula.

Saya sebagai rakyat biasa membantah apa yang dilakukan oleh kerajaan ini. Oleh itu, saya tidak akan menyalahkan masyarakat yang mengadakan demonstrasi aman untuk menyatakan bantahan. Walaupun aman, tetapi tetap perlu melayani kerenah polis yang memang tidak suka melihat keamanan dengan melakukan huru hara seperti menembak gas pemedih mata dan menyembur cecair kimia kepada demonstrator.

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!!! Berpeganglah pada slogan ini supaya kita sentiasa ingat apa yang mereka patut buat untuk rakyat. Oleh itu, kepada masyarakat di luar sana, fikir dan telitilah baik-baik terhadap keadaan yang berlaku sekarang. Mungkin sudah tiba masa kita berubah. Revolusi atau reformasi, rakyat yang tentukan.

Salam Maal Hijrah. Wassalam.

Berikut adalah gambar sekitar demonstrasi membantah kenaikan tarif air dan mengiring Menteri Besar Selangor untuk menyampaikan memorandom kepada Yang Dipertuan Agong ke Istana Negara yang berlangsung di hadapan Masjid Negara pada 5hb Disember 2010.


 Kebangkitan Mahasiswa



 Kanak-kanak juga tidak ketinggalan. Syabas!





 Ketika ucapan Menteri Besar Selangor



 Seorang Ayah yang tidak terlepas menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dalam menyuarakan bantahan










Polis menyembur cecair kimia kepada demonstrator

Sekian

3 comments:

Anonymous said...

rakyat terus berusaha agar suaranya didengari. anda sertai jugak ke?


Jemput baca : Memanfaatkan Masa Berkualiti

Indera Segara said...

yaa..suara rakyat wajib didengari..tanpa rakyat, kerajaan tidak bermakna apa2..sudah tentulah saya menyertai..kerana saya adalah rakyat malaysia yang sah!!!

Indera Segara said...

oh ya..anda juga menyertainya?