Helaian muka

Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Video: Senandung Buruh Kasar - Kembara

Sebuah lagu yang sangat bermakna bagi golongan pekerja. Selamat menghayati irama dan mesejnya. Tanpa pekerja dan rakyat, mana mungkin wujud sebuah negara dan mana mungkin ekonomi sesebuah negara dapat dijana. Hidup rakyat! Hidup kaum pekerja!


Tuesday, November 8, 2011

Gerakan Mansuh PPSMI (GMP)

Saya mohon kepada anda semua untuk klik "like" di page ini. Demi kelangsungan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara.

https://www.facebook.com/pages/Gerakan-Mansuh-PPSMI-GMP/286433051379272?sk=wall




Friday, October 21, 2011

Sembang Santai Bersama Facebookers & Bloggers

Assalamualaikum.

Di sini ada satu hebahan. Maklumat hebahan ini adalah seperti dalam gambar.

Kepada yang berkelapangan dan berminat, sila hadirkan diri.


Demo Solidariti Untuk Aziz Bari

Jumaat, 21 Oktober 2011, Selepas solat Jumaat telah berhimpun mahasiswa/, anak-anak muda dan masyarakat yang menyokong Aziz Bari. Sokongan ini bagi membantah penggantungan Aziz Bari oleh pihak UIAM.

Mengikut info dari media atas talian, sekitar 1000 hingga 1500 orang menghadiri demontrasi aman itu. Dilaporkan juga terdapat kekecohan yang berlaku di antara demonstrator dengan pihak berkuasa tetapi akhirnya demo tamat dengan aman.

Prof. Aziz Bari merupakan pakar perlembagaan Malaysia dan pensyarah di UIAM. Beliau dikenakan tindakan ini atas kenyataan beliau terhadap kes serbuan JAIS di sebuah gereja di Selangor dan isu murtad.


Thursday, October 20, 2011

10 Ketua Kerajaan Menerima Bayaran Gaji Paling Tinggi

1. Lee Hsien Loong (Singapore): $2,183,516
2. Donald Tsang (Hong Kong): $513,245
3. Raila Odinga (Kenya): $427,886
4. Barack Obama (United States): $400,000
5. Nicolas Sarkozy (France): $302,435
6. Stephen Harper (Canada): $296,400 
7. Mary McAleese (Ireland): $287,900
8. Julia Gillard (Australia): $286,752
9. Angela Merkel (Germany): $283,608

10. Yoshihiko Noda (Japan): $273,676

Sumber info ini saya dapati di laman sesawang www.yahoo.com pada hari ini. Saya terkejut kerana PM Malaysia tidak tersenarai. Ini adalah kerana gaya hidupnya yang mewah bersama isterinya itu membuat saya berfikir bahawa PM Malaysia ini dibayar gaji yang tinggi. Namun info ini membuatkan sangkaan saya meleset sama sekali. Moga ketua kerajaan yang tersenarai sebagai 10 ketua kerajaan yang menerima bayaran gaji paling tinggi akan menjalankan tugas dengan baik agar gaji yang tinggi itu tida sia-sia dibayar menggunakan wang cukai yang dikenakan kepada rakyat terutama kepada ketua kerajaan Malaysia.


Sumber: http://sg.finance.yahoo.com/news/Top-10-Highest-Paid-investopedia-1388928230.html?x=0

Tuesday, October 11, 2011

Kenapa Nama DS Anwar Ibrahim Bertukar Ejaan Kepada "Anuwar"?

Assalamualaikum.

Inilah sikap yang tidak beretika, tidak profesional dan tidak matang dalam berpolitik. Nama orang boleh dibuat main atau dijadikan modal politik untuk memburukkan ahli politik lain. Saya tidak mahu bercoret panjang mengenai isu ini. Anda semua boleh melihat sendiri dalam gambar (bawah).


Sekian.

Friday, September 23, 2011

Dokumentari 'Edisi Siasat' Papar Kemiskinan Di Sabah Dilarang Siar





Ketika Perdana Menteri Najib Razak menjanjikan ruang kebebasan bersuara sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini, satu dokumentari yang mengisahkan jurang kemiskinan rakyat Sabah telah "dipancung", dilarang ke ruang udara sebagaimana yang dijadualkan, semalam.

Dokumentari bertajuk "Saya nak ke sekolah" (I want to go to school) ini dijadualkan untuk disiarkan dalam rancangan Edisi Siasat di stesen televisyen ntv 7, jam 11.30 malam, pada 22 September 2011.


Menurut sumber, dokumentari ini telah dihantar untuk semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada awal minggu ini, dibenarkan dengan "nasihat" agar sedikit "suntingan" (tapisan) dibuat sebelum disiarkan.

Bagaimanapun, LPF memaklumkan secara lisan kepada pihak Edisi Siasat, sehari sebelum dokumentari ini ke udara, bahawa ianya perlu "ditarik", kata sumber kepada MerdekaReview.

Maka pihak ntv 7 terpaksa menyiarkan dokumentari yang telah disiarkan sebelum ini, untuk menggantikan kekosongan yang wujud ekoran daripada keputusan tersebut.




Menurut maklumat yang diperolehi MerdekaReview, tiada notis rasmi daripada LPF kepada ntv 7 berhubung keputusan tersebut, tetapi hanya alasan yang tidak rasmi, seperti "khuatir menjejaskan imej negeri Sabah".

Menurut Editor Eksekutif Buletin dan Isu Semasa (Mandarin) ntv7, Tan Boon Kooi, yang sempat dihubungi MerdekaReview pada kira-kira jam 2 petang, dirinya pun "teringin nak tahu apakah yang telah berlaku sebenarnya" (yang menjurus kepada keputusan tersebut).

Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan penerbit telah menyempurnakan tugas mereka, sebaik rancangan dokumentari itu siap dibikin.

"Sama ada ia dibenarkan untuk disiarkan atau tidak, itu di luar kawalan kami. Bukan sesuatu yang boleh kami putuskan," katanya kepada MerdekaReview.

Menurut "promo" rancangan yang disiarkan pada minggu lalu, dan pengenalan di laman sosial rasmi Edisi Siasat, dokumentari ini mengisahkan jurang kemiskinan yang ketara di negeri Sabah.

"Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak mengumumkan untuk bergabung dengan Semenanjung Tanah Malaya, membentuk Malaysia. 48 tahun kemudian, meskipun memiliki sumber semulajadi yang lumayan, namun Sabah dan Sarawak tetap ketinggalan secara perbandingan, dari segi pembangunan sosial ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya."







Untuk 10 tahun ini, Sabah adalah negeri yang termiskin. Dari segi pendidikan, 21% daripada penduduk Sabah tidak berpendidikan. Apa masa depan anak-anak ini? Mengapa pula jurang kemiskinan antara desa dan bandar di Sabah begitu ketara? Sempena kita menyambut Hari Malaysia, marilah kita merenung masalah ini."

Ini bukan kali pertama rancangan Edisi Siasat "dipancung". Pada Oktober 2008, rancangan dokumentari berjudul "Kuasa Masyarakat Sivil" dilarang ke udara.

Sebagaimana yang difahamkan MerdekaReview, rancangan tersebut mengandungi adegan-adegan demonstrasi dan keganasan polis. Malah sebelum ini, pada September 2008, satu rancangan dokumentari yang bertemakan pertikaian agama turut dilarang ke udara.



Sekian.

Lawatan Rasmi TPM @ Lawatan Rasmi Timb. Presiden Umno?

Assalamualaikum.

Jumaat, 23hb September 2011, Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin telah melakukan lawatan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ramai kakitangan UKM terutama golongan profesional diminta untuk hadir bagi menyambut kehadiran TPM Malaysia ini.

Seperti mana khabar angin yang agak kencang mengenai PRU 13 yang semakin hampir ini, begitulah tersiratnya lawatan TPM ini ke UKM.

Buktinya anda semua boleh lihat sendiri (seperti dalam gambar) bahawa bendera Barisan Nasional dan Umno berkibar di pintu masuk UKM.

Saya lebih setuju jika bendera yang berkibar itu adalah bendera negara kita iaitu bendera Malaysia. Ini kerana lawatan rasminya adalah atas tiket seorang TPM dan bukan seorang Timbalan Presiden Umno.

Anda semua fikir-fikirkanlah.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 22, 2011

Benarkah Regimen Ke-10 Tolak Agama?

Harakah - 12 - 15 September 2011


Jawapannya: TIDAK!

Kempen: Mari meletakkan gambar profil fb dengan gambar wira kemerdekaan negara yang tidak didendang. Inilah wira sebenar kemerdekaan. Ayuh!

Wednesday, September 21, 2011

Hikayat Penyakit Kuning


Sedang melayari laman Facebook milik saya, hendak dijadikan cerita telah terpamer di wall Facebook saya video yang menarik ini. Terus saya layan dan saya juga membuat keputusan untuk dikongsikan di blog.

Mari Layan. :)

Kempen: Mari meletakkan gambar profil fb dengan gambar wira kemerdekaan negara yang tidak didendang. Inilah wira sebenar kemerdekaan. Ayuh!

Monday, September 19, 2011

Protokol Lwn Adab

Assalamualaikum.

Hari saya mengikuti sebuah bengkel anjuran tempat kerja saya yang diadakan di Hotel Nouvelle di Sungai Besi (berhampiran Tol PLUS Sungai Besi). Saya agak pasif dan terus terang rasa mengantuk sangat tinggi. Jadi, saya kurang tumpuan.

Waktu makan tengahari mata saya kembali cergas. Kali pertama makan di sebuah hotel dengan layanan protokol. Kain diletakkan di atas paha dan boleh dikatakan saya dan rakan kerja yang lain menerima layanan penuh protokol.

Saya terasa sangat janggal dan kurang selesa dengan layanan protokol sebegini. Kelihatan sangat leceh. Mungkin apa yang saya rasa ini kerana latar belakang saya yang dibesarkan di kampung. Saya hanya dibesarkan oleh saya dengan adab-adab tetapi bukan protokol. Secara mudahnya, saya lihat seperti telah wujud perbezaan kelas yang sangat jauh. Benar, perlu melayan pelanggan dengan baik tetapi tidak perlu protokol layanan ibarat hamba melayan raja.

Saya melihat raut wajah pelayan itu sangat menyentuh hati. Untuk mendapatkan upah atau sedikit rezeki, perlu bekerja dengan sebegitu rupa. Saya tidak salahkan pelayan itu dan saya pasti rezekinya adalah halal. Jadi, pada dirinya tiada apa kesalahan.

Soal saya, apa guna kemerdekaan jika layanan bagai menjadi hamba ini masih berlaku? Sepatutnya layanan adalah berdasarkan adab tuan rumah melayan tetamu, saya pasti ini sangat cantik.

Kesimpulannya, saya benci protokol sebegini! Kita hanya perlukan adab dan ini jelas dalam ajaran Islam.

Sekian.

Kempen: Mari meletakkan gambar profil fb dengan gambar wira kemerdekaan negara yang tidak didendang. Inilah wira sebenar kemerdekaan. Ayuh!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, September 6, 2011

Benarkah Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah Oleh British?

Assalamualaikum.

Saya terpanggil untuk mengetengahkan pendapat atau pandangan saya tentang kenyataan seorang ahli akademik yang mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah sebaliknya bernaung di bawah British. Saya sangat ragu dan musykil. Persoalan yang timbul di benak fikiran saya ialah apakah erti laungan merdeka dan sambutan Hari Kemerdekaan yang telah sampai kali ke 54 pada tahun ini?

Saya juga menimbulkan persoalan ini di ruangan wall facebook milik saya dan pelbagai pandangan telah dilontarkan oleh kawan-kawan yang datang dari pelbagai bidang dan taraf pendidikan. Saya harap saya akan ketemu dengan jawapannya.

Di sini saya ingin mengajak anda semua untuk menghadam info yang saya salin dari laman Wikipedia ini. Moga kita semua akan ketemu dengan jawapannya.

Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).

Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini.

Tarikh keahlian (dalam kurungan).


Eropah
United Kingdom (1931) (Alam Komanwel)
Cyprus (1961)
Malta (1964)


Amerika Utara
Kanada (1931) (Alam Komanwel)
Jamaika (1962) (Alam Komanwel)
Trinidad dan Tobago (1962)
Barbados (1966) (Alam Komanwel)
Bahamas (1973) (Alam Komanwel)
Grenada (1974) (Alam Komanwel)
Dominica (1978)
St Lucia (1979) (Alam Komanwel)
Saint Vincent dan the Grenadines (1979) (Alam Komanwel)
Antigua dan Barbuda (1981) (Alam Komanwel)
Belize (1981) (Alam Komanwel)
St Kitts and Nevis (1983) (Alam Komanwel)


Amerika Selatan
Guyana (1966)


Afrika
Afrika Selatan (1931) (meninggalkan Komanwel antara 1961 - 1994)
Ghana (1957)
Nigeria (1960) (digantung antara 1995 - 1999)
Sierra Leone (1961)
Tanzania (1961)
Uganda (1962)
Kenya (1963)
Malawi (1964)
Zambia (1964)
Gambia (1965)
Botswana (1966)
Lesotho (1966)
Mauritius (1968)
Swaziland (1968)
Seychelles (1976)
Namibia (1990)
Mozambique (1995) (negara pertama bukan jajahan British)
Cameroon (1995)
Rwanda (2009) (negara kedua bukan jajahan British)


Asia
India (1947)
Pakistan (1947) (meninggalkan Komanwel antara 1972 - 1989, digantung 1999 - 2004 dan 2007 - 2008)
Sri Lanka (1948)
Malaysia (1957)
Singapura (1965)
Bangladesh (1972)
Maldives (1982)
Brunei (1984)
Australia dan Oceania
Australia (1931) (Alam Komanwel)
New Zealand (1931) (Alam Komanwel)
Samoa (1970)
Tonga (1970)
Papua New Guinea (1975) (Alam Komanwel)
Kepulauan Solomon (1978) (Alam Komanwel)
Vanuatu (1980)
Tuvalu (1978) (Alam Komanwel)
Kiribati (1979)
Nauru (1999)

Ahli yang kini digantung:
Fiji (1970) (meninggalkan Komanwel antara 1987 - 1997, digantung 2000 - 2001, digantung semula September 2009)[1]

Bekas ahli:
Ireland meninggalkan Komanwel pada 1949
Newfoundland dijadikan wilayah di Kanada pada 1949
Zimbabwe meninggalkan Komanwel pada 2003.

P/s: Bagaimana dengan pembacaan anda semua? Saya harap telah ketemu jawapan pada persoalan "adakah Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British".

Sunday, September 4, 2011

Info Mengenai Mat Indera (Muhammad Indera)

Assalamualaikum.

Bagi yang tertanya-tanya siapakah Mat Indera yang sedang hangat diperkatakan selepas namanya disebut oleh Mat Sabu di sebuah ceramahnya, inilah info yang saya perolehi dari akhbar Sinar Harian yang bertarikh 3 September 2011. Moga akan ada pencerahan terhadap tokoh pejuang kemerdekaan yang tidak didendang ini.


Thursday, September 2, 2010

Islam Melayu, Melayu Islam?

Salam Ramadhan kepada semua. Rasanya masih belum terlambat untuk diri ini mengucapkannya. Keadaan diri yang agak sibuk sejak awal Ramadhan membataskan diri untuk mengaktifkan diri dengan blog ini. Kini kesibukan itu telah pun pergi meninggalkan diri ini dan sudah pun mempunyai masa untuk menaip dan menyampaikan rasa hati ini.

Seperti biasa apabila menghampiri sahaja bulan Ramadhan, maka akan banyak kelihatan kain rentang yang berbentuk ucapan menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada sekalian umat Islam di negara kita ini. Kain rentang ini kebiasaannya adalah daripada Yang Berhormat Wakil Rakyat dan juga NGO.

Namun berlainan pula di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, kain rentang yang aku lihat ini seperti menarik minat untuk aku berfikir mengenainya iaitu mengenai mesej sebenar yang hendak disampaikan oleh tulisan yang terpamer di dada kain rentang itu. Kain rentang tersebut adalah seperti yang terpamer di bawah.


Beginilah rupa kain rentang tersebut. Ia seperti tidak fokus kepada mesej yang utama iaitu ucapan " Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak" yang berada di bahagian atas kain rentang. Ini kerana saiz tulisan itu adalah agak kecil berbanding dengan slogan yang berada baris ketiga tulisan kain rentang itu yang tertera " Islam Melayu, Melayu Islam'. Kain rentang ini seolah-olah mengfokuskan kepada slogan di baris ketiga itu. Persoalannya apakah niat sebenar kain rentang ini dibuat dan digantung untuk tatapan umum? Adakah slogan " Islam Melayu, Melayu Islam " ini menunjukkan bahawa Islam dan Melayu itu sinonim?

Walaubagaimanapun tafsiran anda, sepatutnya kain rentang yang mengadungi ucapan untuk menyambut Ramadhan ini tidak perlu diselitkan slogan seperti itu. Fokus kepada bulan Ramadhan dan ketepikan agenda tersirat yang lain. Biarlah kita ikhlas dalam menyampaikan apa jua mesej atau maklumat kerana golongan penerima akan membentuk pelbagai persepsi seperti positif atau negatif.

Sekian.

Monday, May 10, 2010

"Tongkat"

Sudah kebiasaan bagi sesetengah orang yang mempunyai kesulitan atau tiada upaya untuk berdiri atau berjalan dengan normal pasti akan menggunakan tongkat. Kita tentu pernah melihat orang yang patah kaki akan berjalan terhincut-hincut dengan menggunakan tongkat. Begitu juga bagi orang yang sudah berumur yang kakinya sudah tidak kuat tentu sahaja akan menggunakan alat bantuan untuk berdiri atau berjalan itu. Itulah namanya tongkat. Alat bantuan atau tempat kebergantungan bagi sesiapa yang tiada keupayaan.

Namun kali ini saya bukan hendak bercerita tentang kegunaan dan kepentingan tongkat. Saya sebenarnya amat tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh seorang fasilitator kursus BTN yang saya telah hadiri bulan Mac lepas. Beliau menyatakan dengan penuh semangat yang berbunyi "orang Melayu masih memerlukan tongkat!". Barisan peserta kursus yang seramai 101 orang itu terpegun dan seperti begitu semangat untuk menyokong.

Ketika itu saya juga terpegun tetapi kehairanan yang timbul lebih tinggi. Sebagai seorang anak muda Melayu yang berjiwa besar dan masih kuat, kenapa saya memerlukan tongkat? Terselit sebuah persoalan yang mungkin akan terus melahirkan persoalan-persoalan yang lain. Jelas sebenarnya ketika waktu itu saya berasa kesal dengan kenyataan fasilitator tersebut. Begitu cetek dan lemah pemikiran dan semangatnya. Jika waktu itu merupakan sesi forum atau dialog umum, tentu sahaja saya akan menanyakan berbagai soalan kepadanya dan lantas pasti akan menolak sekeras-sekerasnya kenyataan tersebut. Sungguh memalukan bangsa Melayu yang suatu masa dahulu merupakan satu bangsa dagang yang cekal dan mempunyai semangat yang tinggi.

 Gambar Hiasan - Inikah gambaran orang Melayu yang masih memerlukan "tongkat"?
Bagiku pula begitu rugi jika seorang anak muda khususnya anak muda Melayu yang masih memerlukan tongkat untuk hidup. Tidak terlalu keras jika saya mengatakan lebih baik mati sahaja jika anak muda yang sihat dan kuat tetapi perlukan tongkat untuk hidup. Daif sangatkah orang Melayu? Lemah sangatkah kaki orang Melayu? Ke mana perginya kekuatan orang Melayu? Adakah orang Melayu semuanya cacat kakinya? Adakah orang Melayu semuanya tidak pandai berjalan dan memerlukan tongkat sebagai bantuan? Lontaran persoalan kepada sekalian pembaca. Tepuk dada dan tanya selera. Jawapannya pasti ada di dalam diri anda.

Sekali lagi saya ingin mengetengahkan mengenai tongkat yang tersuratnya merupakan alat bantuan untuk berjalan atau berdiri bagi yang tiada upaya. Apakah maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh fasilitator mengenai tongkat tersebut? Mungkinkah dia memaksudkan bahawa tongkat itu ialah pembela bagi orang Melayu. Pembela yang akan membantu orang-orang Melayu untuk terus maju dan terus keluar dari kepompong kemiskinan. Begitukah maksudnya? Siapa pula pembela yang dimaksudkan itu?

Jika berkaitan dengan orang Melayu, rasanya tidaklah susah untuk merungkai persoalan ini. Tentulah Umno yang sejak dari mula penubuhannya yang memperjuangkan nasib orang Melayu dengan slogan “Hidup Melayu!” atau ia mungkin juga sebuah badan bukan kerajaan Melayu yang baru ditubuhkan iaitu Pribumi Perkasa Negara yang diterajui oleh Ibrahim Ali yang kini sedang giat kononnya memperjuangkan institusi Raja Melayu.

Namun, saya pasti ia tentu sekali fokus kepada Umno kerana parti ini merupakan sebuah badan yang berkuasa dalam kerajaan Malaysia. Tetapi kuasanya kini kian goyah dengan pelbagai isu yang menghilangkan kepercayaan orang Melayu dan masyarakat Malaysia secara umumnya. Kenyataan "orang Melayu masih memerlukan tongkat!" ini hanyalah sebuah propaganda yang mahu mengekalkan atau meningkatkan kebergantungan orang melayu terhadap Umno. 

Boleh di sini saya simpulkan bahawa “tongkat” orang Melayu ini kian reput dan mungkin sahaja tidak berguna lagi. Itu tidak bermakna orang Melayu akan menjadi lemah atau hilang upaya, tetapi orang Melayu kini sudah hebat dan boleh untuk berdiri sendiri. Inilah percubaan besar bagi orang Melayu iaitu berani untuk berdiri dan berjalan tanpa menggunakan “tongkat”. Inilah masanya untuk melangkah keseluruh pelusuk dunia. Melangkah dengan berani dan bersemangat. Campakkkan tongkat dan teruskan perjalanan dengan penuh gaya dan segak. Itulah dia anak muda Melayu yang sebenar.

Saya menyeru kepada semua anak muda terutama anak muda Melayu agar tampil lebih berani dan melakukan perubahan di dalam diri dan pemikiran. Sudah tiba masanya kita berubah. Anak muda tidak boleh ketinggalan kerana kita adalah pewaris negara. Oleh itu kita perlu lebih kuat dan hebat daripada orang-orang sebelumnya. Kita sudah tidak memerlukan “tongkat”. Keberanian dan semangat itu yang sepatutnya dijadikan azimat dan pegangan keramat.

Sebagai penutup coretan saya ini, ingin saya kongsikan pepatah Melayu Mengkasar yang dipetik oleh Prof. Hamka yang berbunyi, “Anak laki-laki tidak boleh dihirau panjang, hidupnya ialah buat berjuang, kalau perahunya telah dikayuhnya ke tengah, dia tak boleh disurut palang, meski bagaimana besar gelombang. Biar kemudi patah, biarkan layar robek, itu lebih mulia daripada berbalik haluan pulang”. Marilah bersama kita renung-renung dan fikirkan.

Tuesday, May 4, 2010

ABE
















Dari selatan ke selatan,
dari Patani ke serata pelusuk Malaya;
berbekalkan jiwa yang cekal;
hijrah untuk mencari rezeki;
hijrah mencari sesuap nasi.

Sana sini kelihatan,
rata-ratanya di kedai makan;
ada yang datang haram;
dan ada yang datang halal;
masakan tomyam menjadi modal.

Mereka kelihatan gembira,
Malaya bagai syurga;
di sana mereka derita;
tanah air bagai neraka;
menyaksikan kematian sanak saudara.

Bunyi tembakan dan pengeboman,
sudah lagi tidak asing;
kanak-kanak ramai yang menjadi yatim;
moga suatu hari lahir ramai pembela;
Patani merdeka lebur segala derita.

Thursday, December 10, 2009

Nasib Seorang Pahlawan



Sewaktu melayari internet, aku tidak sengaja telah terjumpa gambar-gambar ini di blog hazis.wordpress.com/salasilah-sultan-pahang. mengikut maklumat yang didapati di dalam blog tersebut, penulis menyatakan bahawa gambar ini merupakan gambar seorang pejuang Melayu yang menentang penjajah yang namanya juga tersohor di negeri Kelantan iaitu Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan.

Sedih aku melihat bagaimana seorang pejuang Melayu yang telah diperlakukan dengan sebegini zalim. Aku terfikir sejenak. Di manakah tempat bagi pejuang yang terkorban kerana mempertahankan agama, bangsa dan tanah airnya ini? Jasanya seolah-olah telah larut ditelan zaman. Aku pasti anak-anak muda zaman sekarang langsung tidak mengenali beliau dan tahu mengenai sejarah perjuangan beliau menentang penjajah.

Marilah kita merenung kembali bagaimana perit, lelah dan seksaan yang insan-insan berjuang ini telah lalui demi membela agama, bangsa dan negara. Semoga kita akan lebih sedar dan insaf dan kembali ke jalan perjuangan yang sebenar.

Patani - Bangunlah! Bangkitlah!

Hari ini Khamis, 10hb Disember 2009 aku seolah-olah terpanggil untuk mencari video klip mengenai Patani di laman sesawang youtube. Apa yang aku dapat adalah video ini. Menyaksikan satu bentuk penindasan dan kekejaman ke atas segolongan manusia yang menuntut kemerdekaan tanah air tempat mereka lahir dan membesar.

Bila aku renung kembali, aku rasa alpa. Aku merupakan seorang anak muda yang lahir setelah tanah airku merdeka. Aku tidak merasakan apa yang dirasa oleh insan-insan yang berjuang dan tertindas seperti yang boleh dilihat di dalam video tersebut. Berjuang demi agama, bangsa dan negara. Ini bukannya hanya satu slogan sebuah propaganda tetapi sebuah realiti insan-insan yang berjuang.

Di sini aku coretkan harapan semoga seluruh rakyat terutama anak-anak muda di tanah airku mempunyai jati diri untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Bukannya hanyut dibawa arus deras globalisasi dan lemas dalam lautan gejala sosial. Agama sepatutnya didukung bagai menatang minyak yang penuh. Bangsa dan negara dipertahankan sebagai warisan berzaman.

Tuesday, June 16, 2009




Inilah gambar yang bersejarah tetapi tidak diketengahkan mengenainya. Gambar ini diambil di Istana Kuala Kangsar, Perak sewaktu Perjanjian Durbar yang menjadi asas kepada Majlis Raja-raja yang ada sekarang. Maaf kerana gambar yang di ambil ini tidak begitu jelas kerana diambil dalam keadaan yang tergesa-gesa. Gambar ini diambil di rumah waris kepada Datuk Orang Kaya Indera Segara Temerloh Haji Tahir Bin Nakhoda Jelai iaitu salah seorang pembesar berempat negeri Pahang yang mentadbir daerah Temerloh. Gambar Allahyarham yang bernombor 12. Selain itu, gambar pejuang negeri Pahang seperti Datuk Setia Jaya Semantan Tok Bahaman (15), Datuk Stia Raja Tok Gajah (16), Mat Kilau (17) dan Mat Lela (18).

Thursday, June 4, 2009

WARISAN

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara