Helaian muka

Showing posts with label Jelajah. Show all posts
Showing posts with label Jelajah. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Dokumentari 'Edisi Siasat' Papar Kemiskinan Di Sabah Dilarang Siar





Ketika Perdana Menteri Najib Razak menjanjikan ruang kebebasan bersuara sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini, satu dokumentari yang mengisahkan jurang kemiskinan rakyat Sabah telah "dipancung", dilarang ke ruang udara sebagaimana yang dijadualkan, semalam.

Dokumentari bertajuk "Saya nak ke sekolah" (I want to go to school) ini dijadualkan untuk disiarkan dalam rancangan Edisi Siasat di stesen televisyen ntv 7, jam 11.30 malam, pada 22 September 2011.


Menurut sumber, dokumentari ini telah dihantar untuk semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada awal minggu ini, dibenarkan dengan "nasihat" agar sedikit "suntingan" (tapisan) dibuat sebelum disiarkan.

Bagaimanapun, LPF memaklumkan secara lisan kepada pihak Edisi Siasat, sehari sebelum dokumentari ini ke udara, bahawa ianya perlu "ditarik", kata sumber kepada MerdekaReview.

Maka pihak ntv 7 terpaksa menyiarkan dokumentari yang telah disiarkan sebelum ini, untuk menggantikan kekosongan yang wujud ekoran daripada keputusan tersebut.




Menurut maklumat yang diperolehi MerdekaReview, tiada notis rasmi daripada LPF kepada ntv 7 berhubung keputusan tersebut, tetapi hanya alasan yang tidak rasmi, seperti "khuatir menjejaskan imej negeri Sabah".

Menurut Editor Eksekutif Buletin dan Isu Semasa (Mandarin) ntv7, Tan Boon Kooi, yang sempat dihubungi MerdekaReview pada kira-kira jam 2 petang, dirinya pun "teringin nak tahu apakah yang telah berlaku sebenarnya" (yang menjurus kepada keputusan tersebut).

Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan penerbit telah menyempurnakan tugas mereka, sebaik rancangan dokumentari itu siap dibikin.

"Sama ada ia dibenarkan untuk disiarkan atau tidak, itu di luar kawalan kami. Bukan sesuatu yang boleh kami putuskan," katanya kepada MerdekaReview.

Menurut "promo" rancangan yang disiarkan pada minggu lalu, dan pengenalan di laman sosial rasmi Edisi Siasat, dokumentari ini mengisahkan jurang kemiskinan yang ketara di negeri Sabah.

"Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak mengumumkan untuk bergabung dengan Semenanjung Tanah Malaya, membentuk Malaysia. 48 tahun kemudian, meskipun memiliki sumber semulajadi yang lumayan, namun Sabah dan Sarawak tetap ketinggalan secara perbandingan, dari segi pembangunan sosial ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya."







Untuk 10 tahun ini, Sabah adalah negeri yang termiskin. Dari segi pendidikan, 21% daripada penduduk Sabah tidak berpendidikan. Apa masa depan anak-anak ini? Mengapa pula jurang kemiskinan antara desa dan bandar di Sabah begitu ketara? Sempena kita menyambut Hari Malaysia, marilah kita merenung masalah ini."

Ini bukan kali pertama rancangan Edisi Siasat "dipancung". Pada Oktober 2008, rancangan dokumentari berjudul "Kuasa Masyarakat Sivil" dilarang ke udara.

Sebagaimana yang difahamkan MerdekaReview, rancangan tersebut mengandungi adegan-adegan demonstrasi dan keganasan polis. Malah sebelum ini, pada September 2008, satu rancangan dokumentari yang bertemakan pertikaian agama turut dilarang ke udara.



Sekian.

Thursday, September 22, 2011

Benarkah Regimen Ke-10 Tolak Agama?

Harakah - 12 - 15 September 2011


Jawapannya: TIDAK!

Kempen: Mari meletakkan gambar profil fb dengan gambar wira kemerdekaan negara yang tidak didendang. Inilah wira sebenar kemerdekaan. Ayuh!

Thursday, September 8, 2011

Forum - Mat Indera Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan

Assalamualaikum.

Saya telah hadir ke forum ini dengan jayanya pada malam semalam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Sungguh di luar jangkaan kerana kehadiran yang sangat menggalakkan apabila dewan penuh hingga ada yang sanggup berdiri dan duduk bersila di atas lantai hanya kerana hendak mendengar hujah-hujah dari ketiga-tiga panel.

Saya puji pihak penganjur kerana berjaya mengadakan forum ini. Saya harap forum seperti dapat diadakan selalu agar masyarakat Malaysia dapat dididik ke arah cara pemikiran dan hujan diskusi lalu audien berhak memilih dan membuat keputusan atas hujah-hujah dalam diskusi yang diadakan.

Saya tidak dapat hendak mengulas mengenai isi-isi hujah ketiga-tiga panel yang telah hadir itu. Cuma sangat yakin bahawa Mat Indera bukanlah seorang pengkhianat atau penderhaka atau pengganas. Sebaliknya beliau adalah seorang pejuang nasionalis sejati Tanah Melayu ketika itu. Biarpun ada pendapat mengatakan beliau Komunis dan sebagainya, walau apa pun ideologinya, beliau berhak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dan bukan pengampu penjajah. Begitu juga pejuang-pejuang yang lain seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Syamsiah Fakeh, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) dan ramai lagi. Tidak kurang juga pejuang-pejuang Melayu tradisional seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong dan sudah tentu ramai lagi, mereka ini wajib diiktiraf dan diwartakan oleh kerajaan sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN!

Cukuplah sampai di coretan saya. Serba sedikit gambar yang sempat saya rakam. Silalah layari laman blog foto milik saya di http://lensamassa.wordpress.com/2011/09/07/forum-mat-indera-pejuang-atau-pengkhianat-kemerdekaan/.

Sekian.

Wednesday, September 7, 2011

Bukti Yang Menidakkan Fitnah Ke Atas Mat Sabu

Assalamualaikum.

Asalnya isu ini ditimbulkan oleh seorang mamak yang berasal dari Penang. Saya tidak pasti nama sebenar beliau tetapi yang pasti merupakan orang dalam angkatan Umno.

Isu yang ditimbulkan ialah mengenai tuntutan bayaran balik kos rawatan Mat Sabu yang cedera ketika menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 yang lalu.

Mat Sabu dikatakan telah membuat tuntutan yang lebih iaitu berjumlah RM8,434.05 tetapi bil yang ditunjukkan sebagai bukti oleh seorang mamak dari Penang ini hanya berjumlah RM5,060.55. Maknanya Mat Sabu telah melakukan penyelewengan.

Namun, kebenaran tetap berada di pihak yang benar. Rupa-rupanya seorang mamak Penang ini tidak menunjukkan 1 lagi bil yang berjumlah RM3,373.50. Jadinya ini terang-terang fitnah. Minta seorang mamak Penang ini jawablah. Ada seorang lagi mamak Penang yang lain siap minta KM Penang Lim Guan Eng letak jawatan. memang dasyat.

Anda semua lihatlah sendiri bukti ini. Saya salin dari MILOSUAM.



Sekianlah pendedahan ini. Indera Segara hanya menyampaikan maklumat dan anda semua menilailah sendiri kebenarannya.

Sumber: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/bongkar-taktik-mamak-penang-nak-fitnah.html

Monday, September 5, 2011

Mat Sabu Pertahan Kenyataan Berkaitan Ceramah Kontroversinya

Assalamualaikum.

Tahniah saya ucapkan kepada Mat Sabu kerana berani mempertahankan kenyataannya. Pada saya, yang benar tetap benar. Tindakan Mat Sabu ini secara tidak langsung telah merungkai sejarah kemerdekaan Malaysia yang selama ini lesu dan lebih pro kepada Umno.

Kini, masyarakat terutama anak-anak muda sudah mula mencari-cari dan tertanya-tanya mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia yang sebenar yang selama ini disejukbekukan oleh Umno.

Berikut adalah paparan berita akhbar Sinar Harian keluaran 3 September 2011. Saya telah scan dan kongsikan dengan sesiapa yang mahu mengetahui tentang kisah kontroversi ini.




"Mat Indera Adalah Pejuang"

Assalamualaikum.

Sekali lagi post yang berkaitan dengan kontroversi ceramah Mat Sabu yang didakwa menyokong Komunis. Apa yang lampirkan di sini ialah lampiran sidang media oleh akhbar Sinar Harian tarikh 3 September 2011 yang telah saya scan.

Tujuannya adalah sebagai info kepada anda semua dan juga saya agar kita tidak terpengaruh dengan dakyah media perdana yang begitu banyak menggunakan isu ini dalam memfitnah Mat Sabu.

Semoga bahan ini akan memberi pencerahan pada kita sebagai masyarakat Malaysia terutama golongan anak muda. Kita tidak boleh terus ditipu. Kita berhak untuk mendapatkan sesuatu yang benar. Hakikat kebenaran Malaysia adalah sebuah negara merdeka atau sebaliknya.


Sila klik gambar untuk paparan yang lebih jelas. Jika tidak, save as gambar dan buka dengan menggunakan mana-mana aplikasi paparan gambar dan anda boleh zoom untuk lebih jelas.

Sekian.

Sunday, September 4, 2011

Transkrip Ceramah Kontroversi Mat Sabu

Assalamualaikum.

Ini pula transkrip ceramah kontroversi Mat Sabu yang didakwa menyokong Komunis. Akhbar Sinar Harian keluaran 3 September 2011 telah menyiarkan transkrip ucapan Mat Sabu tersebut dan pada saya media perdana telah membuat fitnah tang terbesar bagi menutup kebenaran. Bacalah untuk pengetahuan kita semua. Moga akan ada pencerahan.


Thursday, March 10, 2011

Pilihan Raya Kecil N28 Kerdau (PRK N28 Kerdau)

6 Mac 2011 merupakan hari membuang undi bagi masyarakat yang mendaftar di N28 DUN Kerdau yang terletak di daerah Temerloh. Parti yang bertanding untuk PRK ini ialah Parti Islam Semalaysia (PAS-Pakatan Rakyat) dan Barisan Nasional yang diwakili oleh Parti Umno. 

Dua calon yang bertanding PRK ini ialah Hasanuddin Salim (PAS-PR) dan Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN-Umno). Kedua-dua calon ini bersaing hebat kerana kedua-duanya orang tempatan.


Kempen

Dari segi kempen, saya melihat ia berat kepada BN. Ini kerana setibanya saya di sana, terus terucap dibibir saya yang menyatakan Bn sudah menang dalam pertandingan 'perang poster'. Sepanjang jalan seolah-olah dibanjiri dengan bendera BN yang bewarna biru lambang dacing. Tambah lagi dengan sebilangan banner dari NGO-NGO dan kempen dari jabatan-jabatan kerajaan serta Felda, saya melihat PAS seperti tiada harapan.

Sukarelawan PAS dari Terengganu sedang menggantung poster gambar calon PAS Hasanuddin Salim

Bendera BN mencemari Jata Negeri Pahang


Kanak-kanak juga turut bersemangat

Jengka 22

Saya menghadiri ceramah anjuran PR di Felda Jengka 22 ini. Sesampainya saya di sana, hujan baru sahaja berhenti namun saya lihat hadirin yang hadir sangat memberangsangkan tidak kira golongan tua atau muda. Penceramah yang hadir juga tidak kurang hebatnya dan di antaranya ialah Ketua Cabang PKR Temerloh iaitu sdr. Ahmad Nizam Hamid dan Ketua Cabang PKR Rembau iaitu sdr. Badrul Hisyam (Chegu Bad).

Saya mendapat tahu bahawa kurang 50m dari lokasi ceramah anjuran PR merupakan tempat operasi BN. Saya dimaklumkan oleh orang sekitar yang mereka (ahli-ahli Umno) telah berkaraoke dengan kuat sewaktu awal ceramah PR. Ini pastilah dengan tujuan untuk mengganggu majlis ceramah PR tersebut. Atas aduan kepada pihak polis yang berkawal di situ, ahli-ahli Umno telah berhenti berkaraoke selepas ditegur oleh pihak polis.

Sdr. Man Kadir @ Pak Jabit sebagai pengerusi majlis

Ustaz Shamsul Amri

Sdr. Ahmad NIzam Hamid (Ketua Cabang PKR Temerloh)

Sdr. Chegu Bad (Ketua Cabang PKR Rembau)


Penduduk Felda Jengka 22 yang hadir

Majlis ceramah itu berakhir pada jam 12 dengan bacaan doa oleh ustaz Shamsul Amri yang merupakan penceramah jemputan di malam itu.

PRK N28 DUN Kerdau ini diadakan atas sebab kematian Adun Kerdau ini iaitu Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Keputusan

Calon BN iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad telah menewaskan calon PAS, Hasanuddin Salim dengan majoriti 2,624 undi iaitu BN (4,960) manakala PAS (2,336).

Tarikh yang sama juga menyaksikan PRK di DUN Merlimau, Melaka yang kemenangan juga memihak kepada calon BN yang menewaskan lawannya dari Parti PAS.

Bagaimanapun keputusan PRK ini, saya berharap calon yang menang akan menjadi wakil rakyat yang umum iaitu bukan wakil rakyat kepada parti yang menang.

Sekian

Tuesday, February 15, 2011

Air Terjun Chamang

Sabtu, 5hb Februari 2011, penulis dan keluarga telah bertandang ke Air Terjun Chamang yang terletak di Bentong, Pahang.


Ini kali kedua penulis sampai ke sini. Kali pertama bersama dengan kawan-kawan sewaktu zaman persekolahan dahulu.

Lokasi air terjun ini tidak jauh dari Bandar Bentong iaitu kurang lebih 15 kilometer. Jalan untuk menuju ke air terjun ini mungkin agak kecil dan pengunjung hendaklah berhati-hati memandu kenderaan untuk ke sana.

Persekitaran di sana agak baik walaupun kelihatan tidak diselenggara dengan elok namun masih memuaskan. Bunyi air menghempas batu kedengaran sangat jelas dan boleh memberi ketenangan kepada pengunjung.



Dalam menghayati keindahan dan merasa kesejukkan air, pengunjung juga perlu berhati-hati dengan kehadiran tiba-tiba air deras yang sanat membahayakan diri pengunjung. Pengunjung cuba perlu berjaga-jaga kerana keadaan ini tidak selalu berlaku.



Kepada raka-rakan, saya mengesyorkan anda semua untuk mengunjungi Air Terjun Chamang ini.

Sekian.