https://www.facebook.com/pages/Gerakan-Mansuh-PPSMI-GMP/286433051379272?sk=wall
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011
Gerakan Mansuh PPSMI (GMP)
Saya mohon kepada anda semua untuk klik "like" di page ini. Demi kelangsungan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara.
https://www.facebook.com/pages/Gerakan-Mansuh-PPSMI-GMP/286433051379272?sk=wall
https://www.facebook.com/pages/Gerakan-Mansuh-PPSMI-GMP/286433051379272?sk=wall
Thursday, November 3, 2011
Keputusan Soal Selidik Berita Harian Mengenai Kegiatan Politik Di Kalangan Mahasiswa
Keputusan soal selidik ini diambil sekitar jam 11 pagi pada 3 November 2011.
Seperti dalam gambar, keputusan adalah memihak kepada mahasiswa untuk bebas dalam kegiatan politik.

Lagi Gambar PM Malaysia Menunaikan Haji
Siap ada kawalan keselamatan. Inikah kesamarataan yang dikatakan dalam konsep menunaikan haji? Jika orang Islam lain boleh menunaikan haji tanpa kawalan keselamatan, mengapa PM Malaysia dan keluarga tidak boleh?
P/s: Sumber gambar dari facebook.
P/s: Sumber gambar dari facebook.
Tuesday, November 1, 2011
Gambar PM Malaysia Dan Keluarga Menunaikan Haji
Assalamualaikum.
Jika ada yang masih tidak tahu, PM Malaysia dan keluarga telah pergi menunaikan haji pada tahun 2011 ini. Gambar ini saya perolehi di facebook hasil kongsian dari rakan-rakan. Saya bukanlah peminat PM dan keluarganya, namun saya mendoakan semoga mereka ini mendapat hidayah dan rahmat dari yang Maha Esa. Amin.
P/s: Harapan saya moga gambar ini dirakam dan disebarkan di facebook tanpa ada motif politik. Maklumlah, kahbar angin mengatakan PRU-13 dah semakin hampir.

Labels:
2011,
Gambar Menarik,
Hari Raya Haji,
Kaabah,
Malaysia,
Najib,
PM Malaysia,
Qurban,
Rosmah,
Semasa,
Tawaf,
Umno
Monday, October 31, 2011
Pasal Bola
Assalamualaikum.
Nasihat saya kepada peminat-peminat sukan bola sepak di luar sana, ingatlah bahawa kita manusia yang punya akal dan fikiran. Tidak perlu kerana sukan bola sepak ini kita bertindak atau berkelakuan seperti binatang.

Bola Sepak,
Pergaduhan,
Piala Malaysia,
Selangor,
Semasa,
Shah Alam,
Video,
Youtube
Friday, October 21, 2011
Sembang Santai Bersama Facebookers & Bloggers
Assalamualaikum.
Di sini ada satu hebahan. Maklumat hebahan ini adalah seperti dalam gambar.
Kepada yang berkelapangan dan berminat, sila hadirkan diri.
Labels:
Forum Dan Diskusi,
Hebahan,
Mahasiswa,
Malaya,
Melayu,
Politik,
Revolusioner / Jejak Pejuang,
Semasa
Demo Solidariti Untuk Aziz Bari
Jumaat, 21 Oktober 2011, Selepas solat Jumaat telah berhimpun mahasiswa/, anak-anak muda dan masyarakat yang menyokong Aziz Bari. Sokongan ini bagi membantah penggantungan Aziz Bari oleh pihak UIAM.
Mengikut info dari media atas talian, sekitar 1000 hingga 1500 orang menghadiri demontrasi aman itu. Dilaporkan juga terdapat kekecohan yang berlaku di antara demonstrator dengan pihak berkuasa tetapi akhirnya demo tamat dengan aman.
Prof. Aziz Bari merupakan pakar perlembagaan Malaysia dan pensyarah di UIAM. Beliau dikenakan tindakan ini atas kenyataan beliau terhadap kes serbuan JAIS di sebuah gereja di Selangor dan isu murtad.

Demonstrasi,
Hebahan,
Mahasiswa,
Malaya,
Melayu,
Politik,
Revolusioner / Jejak Pejuang,
Semasa
Thursday, October 20, 2011
10 Ketua Kerajaan Menerima Bayaran Gaji Paling Tinggi
1. Lee Hsien Loong (Singapore): $2,183,516
2. Donald Tsang (Hong Kong): $513,245
3. Raila Odinga (Kenya): $427,886
4. Barack Obama (United States): $400,000
5. Nicolas Sarkozy (France): $302,435
6. Stephen Harper (Canada): $296,400
7. Mary McAleese (Ireland): $287,900
8. Julia Gillard (Australia): $286,752
9. Angela Merkel (Germany): $283,608
Sumber: http://sg.finance.yahoo.com/news/Top-10-Highest-Paid-investopedia-1388928230.html?x=0

10. Yoshihiko Noda (Japan): $273,676
Sumber info ini saya dapati di laman sesawang www.yahoo.com pada hari ini. Saya terkejut kerana PM Malaysia tidak tersenarai. Ini adalah kerana gaya hidupnya yang mewah bersama isterinya itu membuat saya berfikir bahawa PM Malaysia ini dibayar gaji yang tinggi. Namun info ini membuatkan sangkaan saya meleset sama sekali. Moga ketua kerajaan yang tersenarai sebagai 10 ketua kerajaan yang menerima bayaran gaji paling tinggi akan menjalankan tugas dengan baik agar gaji yang tinggi itu tida sia-sia dibayar menggunakan wang cukai yang dikenakan kepada rakyat terutama kepada ketua kerajaan Malaysia.
Sumber: http://sg.finance.yahoo.com/news/Top-10-Highest-Paid-investopedia-1388928230.html?x=0
Labels:
BERSIH 2.0,
Hebahan,
Ketua Negara,
Malaya,
Melayu,
Politik,
Semasa
Monday, October 17, 2011
20 Oktober - Hari Hartal
Khamis ini merupakan ulangtahun ke-64 aksi Hartal Se-Malaya yang pernah diadakan pada 20 Oktober 1947. Sempena 20 Oktober 2011 ini, mari kita memperingati hari perjuangan massa rakyat menuntut demokrasi dan pembebasan dari penjajahan kolonial ini dengan memberitahu kawan-kawan kita tentang sejarah perjuangan yang sudah dilupakan ini.
Jika ada yang bersetuju Hari Hartal patut diiktiraf sebagai hari yang penting dalam sejarah perjuangan rakyat negara, maka sebarkan post ini sebagai hebahan atau info kepada seluruh rakyat di luar sana terutama kepada golongan anak muda.
Anda semua juga boleh menonton filem 10 Tahun Sebelum Merdeka untuk mengetahui sejarah Hari Hartal, hari perjuangan demokrasi rakyat di http://vimeo.com/34489
Perjuangan rakyat adalah perjuangan keramat!
Labels:
20 Oktober,
BERSIH 2.0,
Hartal,
Hebahan,
Malaya,
Politik,
Revolusioner / Jejak Pejuang,
Semasa
Tuesday, October 11, 2011
Kenapa Nama DS Anwar Ibrahim Bertukar Ejaan Kepada "Anuwar"?
Assalamualaikum.
Inilah sikap yang tidak beretika, tidak profesional dan tidak matang dalam berpolitik. Nama orang boleh dibuat main atau dijadikan modal politik untuk memburukkan ahli politik lain. Saya tidak mahu bercoret panjang mengenai isu ini. Anda semua boleh melihat sendiri dalam gambar (bawah).
Sekian.
Inilah sikap yang tidak beretika, tidak profesional dan tidak matang dalam berpolitik. Nama orang boleh dibuat main atau dijadikan modal politik untuk memburukkan ahli politik lain. Saya tidak mahu bercoret panjang mengenai isu ini. Anda semua boleh melihat sendiri dalam gambar (bawah).
Sekian.
Labels:
BERSIH 2.0,
Hebahan,
Melayu,
Politik,
Satu Kisah,
Semasa,
Umno
Sunday, October 9, 2011
Angkatan Keadilan Rakyat Bertindak - AKRAB
Assalamualaikum.
Ini merupakan sebuah program sukarelawan untuk pilihanraya akan datang. Sesiapa yang berminat untuk menyertai tidak perlu menjadi ahli. Cukup sekadar mendaftar sebagai sukarelawan AKRAB.
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi petugas PKR Cabang Temerloh. Saya mohon kepada yang berminat untuk ambil perhatian dan tindakan.

Amal Dan Kebajikan,
Hebahan,
Kerja Sosial,
Politik,
Semasa
Sunday, September 25, 2011
Pelancaran Kempen Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13
Assalamualaikum.
Kepada yang mahukan Malaysia menjadi sebuah negara berubah ke arah yang lebih baik iaitu bersish dari segala bentuk kekotoran dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan, marilah hadir beramai-ramai pada 30 September ini. Maklumat seperti dalam gambar.
"BERSIH" lah untuk negara.
Sekian.
Labels:
BERSIH 2.0,
Hebahan,
Kerja Sosial,
Politik,
Semasa
Friday, September 23, 2011
Dokumentari 'Edisi Siasat' Papar Kemiskinan Di Sabah Dilarang Siar

Ketika Perdana Menteri Najib Razak menjanjikan ruang kebebasan bersuara sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini, satu dokumentari yang mengisahkan jurang kemiskinan rakyat Sabah telah "dipancung", dilarang ke ruang udara sebagaimana yang dijadualkan, semalam.
Dokumentari bertajuk "Saya nak ke sekolah" (I want to go to school) ini dijadualkan untuk disiarkan dalam rancangan Edisi Siasat di stesen televisyen ntv 7, jam 11.30 malam, pada 22 September 2011.
Menurut sumber, dokumentari ini telah dihantar untuk semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada awal minggu ini, dibenarkan dengan "nasihat" agar sedikit "suntingan" (tapisan) dibuat sebelum disiarkan.
Bagaimanapun, LPF memaklumkan secara lisan kepada pihak Edisi Siasat, sehari sebelum dokumentari ini ke udara, bahawa ianya perlu "ditarik", kata sumber kepada MerdekaReview.
Maka pihak ntv 7 terpaksa menyiarkan dokumentari yang telah disiarkan sebelum ini, untuk menggantikan kekosongan yang wujud ekoran daripada keputusan tersebut.

Menurut maklumat yang diperolehi MerdekaReview, tiada notis rasmi daripada LPF kepada ntv 7 berhubung keputusan tersebut, tetapi hanya alasan yang tidak rasmi, seperti "khuatir menjejaskan imej negeri Sabah".
Menurut Editor Eksekutif Buletin dan Isu Semasa (Mandarin) ntv7, Tan Boon Kooi, yang sempat dihubungi MerdekaReview pada kira-kira jam 2 petang, dirinya pun "teringin nak tahu apakah yang telah berlaku sebenarnya" (yang menjurus kepada keputusan tersebut).
Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan penerbit telah menyempurnakan tugas mereka, sebaik rancangan dokumentari itu siap dibikin.
"Sama ada ia dibenarkan untuk disiarkan atau tidak, itu di luar kawalan kami. Bukan sesuatu yang boleh kami putuskan," katanya kepada MerdekaReview.
Menurut "promo" rancangan yang disiarkan pada minggu lalu, dan pengenalan di laman sosial rasmi Edisi Siasat, dokumentari ini mengisahkan jurang kemiskinan yang ketara di negeri Sabah.
"Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak mengumumkan untuk bergabung dengan Semenanjung Tanah Malaya, membentuk Malaysia. 48 tahun kemudian, meskipun memiliki sumber semulajadi yang lumayan, namun Sabah dan Sarawak tetap ketinggalan secara perbandingan, dari segi pembangunan sosial ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya."

Untuk 10 tahun ini, Sabah adalah negeri yang termiskin. Dari segi pendidikan, 21% daripada penduduk Sabah tidak berpendidikan. Apa masa depan anak-anak ini? Mengapa pula jurang kemiskinan antara desa dan bandar di Sabah begitu ketara? Sempena kita menyambut Hari Malaysia, marilah kita merenung masalah ini."
Ini bukan kali pertama rancangan Edisi Siasat "dipancung". Pada Oktober 2008, rancangan dokumentari berjudul "Kuasa Masyarakat Sivil" dilarang ke udara.
Sebagaimana yang difahamkan MerdekaReview, rancangan tersebut mengandungi adegan-adegan demonstrasi dan keganasan polis. Malah sebelum ini, pada September 2008, satu rancangan dokumentari yang bertemakan pertikaian agama turut dilarang ke udara.

Sekian.
Labels:
BERSIH 2.0,
Hebahan,
Jelajah,
Melayu,
Politik,
Satu Kisah,
Semasa
Lawatan Rasmi TPM @ Lawatan Rasmi Timb. Presiden Umno?
Assalamualaikum.
Jumaat, 23hb September 2011, Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin telah melakukan lawatan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ramai kakitangan UKM terutama golongan profesional diminta untuk hadir bagi menyambut kehadiran TPM Malaysia ini.
Seperti mana khabar angin yang agak kencang mengenai PRU 13 yang semakin hampir ini, begitulah tersiratnya lawatan TPM ini ke UKM.
Buktinya anda semua boleh lihat sendiri (seperti dalam gambar) bahawa bendera Barisan Nasional dan Umno berkibar di pintu masuk UKM.
Saya lebih setuju jika bendera yang berkibar itu adalah bendera negara kita iaitu bendera Malaysia. Ini kerana lawatan rasminya adalah atas tiket seorang TPM dan bukan seorang Timbalan Presiden Umno.
Anda semua fikir-fikirkanlah.
Sekian.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 22, 2011
Benarkah Regimen Ke-10 Tolak Agama?
Harakah - 12 - 15 September 2011
Jawapannya: TIDAK!
Labels:
BERSIH 2.0,
Hebahan,
Jelajah,
Melayu,
Politik,
Revolusioner / Jejak Pejuang,
Semasa
Wednesday, September 21, 2011
Hikayat Penyakit Kuning
Sedang melayari laman Facebook milik saya, hendak dijadikan cerita telah terpamer di wall Facebook saya video yang menarik ini. Terus saya layan dan saya juga membuat keputusan untuk dikongsikan di blog.
Mari Layan. :)
Kempen: Mari meletakkan gambar profil fb dengan gambar wira kemerdekaan negara yang tidak didendang. Inilah wira sebenar kemerdekaan. Ayuh!
Monday, September 19, 2011
Protokol Lwn Adab
Assalamualaikum.
Hari saya mengikuti sebuah bengkel anjuran tempat kerja saya yang diadakan di Hotel Nouvelle di Sungai Besi (berhampiran Tol PLUS Sungai Besi). Saya agak pasif dan terus terang rasa mengantuk sangat tinggi. Jadi, saya kurang tumpuan.
Waktu makan tengahari mata saya kembali cergas. Kali pertama makan di sebuah hotel dengan layanan protokol. Kain diletakkan di atas paha dan boleh dikatakan saya dan rakan kerja yang lain menerima layanan penuh protokol.
Saya terasa sangat janggal dan kurang selesa dengan layanan protokol sebegini. Kelihatan sangat leceh. Mungkin apa yang saya rasa ini kerana latar belakang saya yang dibesarkan di kampung. Saya hanya dibesarkan oleh saya dengan adab-adab tetapi bukan protokol. Secara mudahnya, saya lihat seperti telah wujud perbezaan kelas yang sangat jauh. Benar, perlu melayan pelanggan dengan baik tetapi tidak perlu protokol layanan ibarat hamba melayan raja.
Saya melihat raut wajah pelayan itu sangat menyentuh hati. Untuk mendapatkan upah atau sedikit rezeki, perlu bekerja dengan sebegitu rupa. Saya tidak salahkan pelayan itu dan saya pasti rezekinya adalah halal. Jadi, pada dirinya tiada apa kesalahan.
Soal saya, apa guna kemerdekaan jika layanan bagai menjadi hamba ini masih berlaku? Sepatutnya layanan adalah berdasarkan adab tuan rumah melayan tetamu, saya pasti ini sangat cantik.
Kesimpulannya, saya benci protokol sebegini! Kita hanya perlukan adab dan ini jelas dalam ajaran Islam.

Monday, September 12, 2011
Kisah Cukai 6% - Wajib Baca
Assalamualaikum.
Jika teknologi internet digunakan dengan cara yang baik, inilah hasilnya. Kerajaan UmnoBN sudah tidak dapat menipu rakyat. Sedang saya melayari laman sosial facebook, saya ternampak link yang dipost oleh kawan saya. Rupa-rupanya ia link mengenai cukai 6% yang dikenakan ke atas setiap tambah nilai prabayar dan kad sim permulaan.
Jadi, info ini saya kongsikan dengan rakan, sahabat dan taulan semua. Moga kita tidak akan tertipu lagi.
Sekarang sedang kecoh pasal syarikat telekomunikasi mahu kenakan caj cukai perkhidmatan 6% untuk para pengguna talian prabayar.
Cukai perkhidmatan 6% ini bukan benda baru. Untuk pengguna telefon pascabayar memang setiap bulan bila dapat bil akan dikenakan caj tambahan sebanyak 6% ini. Inilah yang selalu aku dapat setiap kali terima bil Celcom. Tapi tidak untuk talian Maxis aku yang jenis prabayar.
Selama ini memang pengguna prabayar tidak dikenakan caj 6% ini kerana ianya diserap oleh syarikat telekomunikasi. Tetapi tidak mulai 15 September 2011 bila pengguna dikehendaki menanggung kos cukai perkhidmatan. Dan hak mengenakan caj ini ke atas pengguna memang hak mutlak syarikat telekomunikasi.
Dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975, cukai perkhidmatan ialah cukai kepenggunaan dan boleh dicaj kepada pengguna. Syarikat telekomunikasi dikehendaki melevi cukai perkhidmatan ke atas sebarang perkhidmatan telekomunikasi termasuk talian prabayar.
Jadi kesimpulannya mudah. Ada cukai perkhidmatan sebanyak 6% untuk sebarang perkhidmatan termasuklah telekomunikasi. Cukai sebanyak 6% ini boleh dicaj kepada pengguna oleh syarikat yang memberikan perkhidmatan yang kemudiannya akan dibayar pula kepada kerajaan.
Tapi siapa yang baca suratkhabar Utusan Malaysia hari ini akan diberitahu seolah-olah bahawa cukai perkhidmatan 6% ini kerja syarikat telekomunikasi bukan kerajaan. Dan siapa yang tengok Buletin Utama sebentar tadi pastinya maklum bahawa Perdana Menteri 1Malaysia tanpa rasa bersalah berkata bahawa kerajaan tidak pernah meluluskan cukai perkhidmatan 6%.
Namun pada 15 Oktober 2010 kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa:
1. Pendahuluan
YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:
(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas
semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.
(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran
Televisyen Berbayar.
Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.
2. Peruntukan Undang-Undang
2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar
Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975
[P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam
ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:
“(b) Penyediaan –
(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan
(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”
Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].
3. Pelaksanaan
3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%
Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, PeraturanPeraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.
Sila fahamkan dengan baik. Semoga menjadi panduan bersama dan faedah untuk semua dari dimomok oleh media yang tidak jujur dan berkepentingan.

P/s: Beginilah media perdana negara digunakan untuk kepentingan pihak pemerintah dalam membodohkan rakyat. Cara untuk mencegah kegiatan pemerintah begini ialah dengan menjadikan diri kita bijak dan pandai.
Sekian.
Thursday, September 8, 2011
Forum - Mat Indera Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan
Assalamualaikum.
Saya telah hadir ke forum ini dengan jayanya pada malam semalam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Sungguh di luar jangkaan kerana kehadiran yang sangat menggalakkan apabila dewan penuh hingga ada yang sanggup berdiri dan duduk bersila di atas lantai hanya kerana hendak mendengar hujah-hujah dari ketiga-tiga panel.
Saya puji pihak penganjur kerana berjaya mengadakan forum ini. Saya harap forum seperti dapat diadakan selalu agar masyarakat Malaysia dapat dididik ke arah cara pemikiran dan hujan diskusi lalu audien berhak memilih dan membuat keputusan atas hujah-hujah dalam diskusi yang diadakan.
Saya tidak dapat hendak mengulas mengenai isi-isi hujah ketiga-tiga panel yang telah hadir itu. Cuma sangat yakin bahawa Mat Indera bukanlah seorang pengkhianat atau penderhaka atau pengganas. Sebaliknya beliau adalah seorang pejuang nasionalis sejati Tanah Melayu ketika itu. Biarpun ada pendapat mengatakan beliau Komunis dan sebagainya, walau apa pun ideologinya, beliau berhak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dan bukan pengampu penjajah. Begitu juga pejuang-pejuang yang lain seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Syamsiah Fakeh, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) dan ramai lagi. Tidak kurang juga pejuang-pejuang Melayu tradisional seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong dan sudah tentu ramai lagi, mereka ini wajib diiktiraf dan diwartakan oleh kerajaan sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN!
Cukuplah sampai di coretan saya. Serba sedikit gambar yang sempat saya rakam. Silalah layari laman blog foto milik saya di http://lensamassa.wordpress.com/2011/09/07/forum-mat-indera-pejuang-atau-pengkhianat-kemerdekaan/.

Subscribe to:
Posts (Atom)