Helaian muka

Monday, April 11, 2011

Muhasabah Diri - Perhiasan Sebelum Tidur

Setiap manusia pasti akan tidur. Itulah fitrah manusia yang normal. Dalam Islam, tidur juga merupakan suatu ibadah. Tambah di bulan Ramadhan, tidur di siang hari juga diberi ganjaran pahala selagi tidur itu tidak melampau iaitu dalam tempoh yang lama.

Saya tertarik untuk membicarakan tentang apa yang kita fikir sebelum tidur. Setelah berjam-jam kita berjaga, tiba masa sebelum tidur, kita fikir kembali apa yang telah kita lakukan atau kerjakan. Adakah hidup kita hari ini telah kita lakukan sesuatu yang bermakna untuk diri kita, agama, masyarakat dan negara. Inilah yang dikatakan muhasabah diri dan ia sangat dituntut dalam Islam.

Tidur juga diistilahkan seperti mati iaitu mati seketika. Jadi eloklah kita merenung kembali amalan kita seharian sebelum kita "mati seketika" ini. Ada juga "mati seketika" yang menjadikan mati untuk selama-lamanya. Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Tuhan.

Jadi baiklah jika kita muhasabah diri dan seterusnya beristighfar. Saya pasti tidur kita akan lebih sempurna jika kita melakukan amalan ini. Kemudian kita juga boleh membaca ayat Qursi dan juga doa sebelum tidur.

Harapan semoga tidur kita akan diberkati oleh Allah dan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Moga hari esok dan hari-hari akan datang lebih baik dari hari ini.

Selamat malam saya ucapkan. Assalamualaikum penutup bicara malam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: