Helaian muka

Wednesday, May 4, 2011

Tiba-Tiba Dalam Perjalan..

Selepas puluhan tahun mengecapi kemerdekaan, banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk kegunaan rakyat. Antara kemudahan ini ialah jalan raya. Saya bersyukur kerana kerajaan menyediakan jalan raya yang bagi saya sangat penting dalam melakukan pelbagai urusan seharian. Namun inilah masalah yang wujud walaupun kerajaan begitu bangga dengan kemajuan dan pembangunan yang dijana iaitu jalan raya kurang elok atau berlubang yang merbahaya.

Masalah ini telah mengundang pelbagai jenis masalah lagi dan salah satu di antaranya ialah tayar pancit. Seperti dalam gambar, inilah keadaan tayar bas yang telah pancit setelah melanggar lubang di laluan kawasan Felda Keratong.

Di tengah-tengah kawasan yang hanya di kelilingi oleh pokok-pokok sawit, kemudahan untuk membaiki sangat sukar dilakukan. Alatan yang dibawa oleh pemandu bas mencukupi tetapi tidak mampu untuk mengeluarkan tayar yang telah pancit itu.

Pemandu bas telah menghubungi mekanik yang berhampiran. Walaupun berhampiran tetapi jaraknya tetap jauh. Tindakan yang perlu dilakukan sekarang hanyalah menunggu.

Moga perjalanan ke Rompin akan selamat sampai ke destinasi. Moga akan ada inisiatif oleh kerajaan negeri untuk menaiktaraf jalan ini supaya risiko kerosakan seperti tayar pancit ini dapat dikurangkan dan keselamatan pengguna jalan raya ini terjamin. InsyaAllah.

Sekian.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments: