Helaian muka

Thursday, July 15, 2010

Sekitar Program Wacana Anak Muda

Alhamdulillah, syukur yang teramat sangat kepada Allah kerana memberi kesempatan kepada saya untuk terus menulis dalam ruangan yang tidak seberapa ini. Syukur juga kepada Allah kerana telah memberi izin kepada Barisan Belia Kampung Mengkarak untuk menganjurkan dengan jayanya program Wacana Anak Muda yang bertajuk " Belia Menggenggam Masa Depan Negara".

 Dari kiri gambar, sdr. Muhammad Faisal Abd Aziz ( Presiden PKPIM), Pengerusi majlis dan sdr. Ahmad Nizam Hamid (Bekas Aktivis Mahasiswa UM)

Walaupun terdapat sedikit halangan dan rintangan, namun semua berjaya dihadapi dengan tabah. Semuanya dianggap sebagai satu cabaran untuk mencari sesuatu kebenaran dan sesuatu yang baru dalam hidup ini. Bagaikan mencari cahaya dalam kegelapan. Bagaikan telah dibinakan jambatan untuk menyeberangi lembah atau gaung yang selama ini menjadi halangan untuk ke seberang suatu perubahan.

Tidak dapatlah saya menulis dengan terperinci segala ulasan dua orang panel yang hebat iaitu sdr. Ahmad Nizam Hamid dan sdr. Muhammad Faisal Abd Aziz. Namun gandingan yang sangat baik dapat membentuk suasana yang menarik. Terima kasih teramat sangat saya ucapakan kepada dua orang panel ini.

 Barisan Belia Kampung Mengkarak dan tetamu lain yang turut hadir

Kepada Barisan Belia Kampung Mengkarak, inilah yang dinanti-nantikan selama ini, satu anjakan perubahan untuk kita mencari suatu yang baru tanpa meninggalkan coretan yang lama. Inilah revolusi kita juga suatu hijrah yang sangat dituntut dalam agama kita iaitu Islam.


Tahniah sebesar-besarnya saya ucapkan kepada semua anak muda Kampung Mengkarak kerana telah memberi sokongan dan kerjasama yang tiada banding dalam menjayakan program ini. Semoga kita akan diberi peluang dan kudrat yang tiada pernah akan hilang untuk kita menjayakan program sebegini atau mungkin program lain yang dapat memberi kesedaran kepada kita dan masyarakat serta tidak tinggal juga program yang berbentuk khidmat masyarakat.

 Kenangan sebuah perubahan

Akhir kata dari saya, bangunlah wahai anak muda. Kita perlu berani. Buka ikatan yang membelengu diri kita. Kita mesti bebas. Sudah tiba masanya dan inilah REVOLUSI kita!!!

0 comments: