Helaian muka

Monday, October 31, 2011

Pasal Bola

Assalamualaikum.

Nasihat saya kepada peminat-peminat sukan bola sepak di luar sana, ingatlah bahawa kita manusia yang punya akal dan fikiran. Tidak perlu kerana sukan bola sepak ini kita bertindak atau berkelakuan seperti binatang.



Unta Juga Pandai Untuk Sujud

Assalamualaikum.

Ini merupakan gambar yang perolehi di facebook. Bagi saya ia sangat menarik. Seekor unta kelihatan seperti sedang sujud di kala mungkin tuannya itu yang sedang sujud di sebelahnya. Kepada seluruh umat Islam, ingatlah untuk sujud kepada yang Maha Pencipta.


Sunday, October 30, 2011

Aziz Bari Atau Dr. M Yang Kurang Ajar?

Assalamualaikum.

Ini merupakan gambar keratan akhbar dari sebuah media perdana jenis cetak dalam negara. Ia adalah berita mengenai kenyataan Dr. M yang mengatakan Aziz Bari kurang ajar kerana enggan mohon maaf kepada Sultan Selangor.

Aziz Bari telah mengkritik secara akademik iaitu dalam bidangnya sebagai seorang pensyarah di UIAM dan juga pakar perlembagaan Malaysia. Ulasannya mengenai titah Sultan Selangor itu bukan berdasarkan emosi atau politik, tetapi berdasarkan ilmu dan kajian yang dilakukannya.

Aziz Bari telah diserang oleh media perdana cetak dan elektronik. Tidak kurang dari itu, laporan polis juga banyak dibuat.

Pada pendapat saya, Malaysia perlu ada kebebasan berakademik bagi golongan pengajar. Golongan akademik berhak melontarkan perndapat dan pandangan serta kritikan berdasarkan bidang ilmu yang mereka ada. Jika ada yang tidak bersetuju, maka ilmu hendaklah dijawab atau dibalas dengan ilmu.

Moga kebenaran akan terserlah dan Malaysia menjadi negara yang lebih baik di masa akan datang.

Sekian.

Friday, October 21, 2011

Sembang Santai Bersama Facebookers & Bloggers

Assalamualaikum.

Di sini ada satu hebahan. Maklumat hebahan ini adalah seperti dalam gambar.

Kepada yang berkelapangan dan berminat, sila hadirkan diri.


Demo Solidariti Untuk Aziz Bari

Jumaat, 21 Oktober 2011, Selepas solat Jumaat telah berhimpun mahasiswa/, anak-anak muda dan masyarakat yang menyokong Aziz Bari. Sokongan ini bagi membantah penggantungan Aziz Bari oleh pihak UIAM.

Mengikut info dari media atas talian, sekitar 1000 hingga 1500 orang menghadiri demontrasi aman itu. Dilaporkan juga terdapat kekecohan yang berlaku di antara demonstrator dengan pihak berkuasa tetapi akhirnya demo tamat dengan aman.

Prof. Aziz Bari merupakan pakar perlembagaan Malaysia dan pensyarah di UIAM. Beliau dikenakan tindakan ini atas kenyataan beliau terhadap kes serbuan JAIS di sebuah gereja di Selangor dan isu murtad.


Thursday, October 20, 2011

10 Ketua Kerajaan Menerima Bayaran Gaji Paling Tinggi

1. Lee Hsien Loong (Singapore): $2,183,516
2. Donald Tsang (Hong Kong): $513,245
3. Raila Odinga (Kenya): $427,886
4. Barack Obama (United States): $400,000
5. Nicolas Sarkozy (France): $302,435
6. Stephen Harper (Canada): $296,400 
7. Mary McAleese (Ireland): $287,900
8. Julia Gillard (Australia): $286,752
9. Angela Merkel (Germany): $283,608

10. Yoshihiko Noda (Japan): $273,676

Sumber info ini saya dapati di laman sesawang www.yahoo.com pada hari ini. Saya terkejut kerana PM Malaysia tidak tersenarai. Ini adalah kerana gaya hidupnya yang mewah bersama isterinya itu membuat saya berfikir bahawa PM Malaysia ini dibayar gaji yang tinggi. Namun info ini membuatkan sangkaan saya meleset sama sekali. Moga ketua kerajaan yang tersenarai sebagai 10 ketua kerajaan yang menerima bayaran gaji paling tinggi akan menjalankan tugas dengan baik agar gaji yang tinggi itu tida sia-sia dibayar menggunakan wang cukai yang dikenakan kepada rakyat terutama kepada ketua kerajaan Malaysia.


Sumber: http://sg.finance.yahoo.com/news/Top-10-Highest-Paid-investopedia-1388928230.html?x=0