Helaian muka

Wednesday, July 27, 2011

Wacana: Apa Selepas 9 Julai?

Assalamualaikum.

Wacana anjuran Sinar Harian dan Karangkraf ini berlangsung di Kompleks Karangkraf. Panel yang hadir antaranya ialah Datuk S Ambiga, Timb. Pengerusi SPR dan wakil akademik dari UKM.

Ulasan saya, wakil SPR tidak dapat memberikan jawapan yang kukuh dalam segala persoalan. Jadi ia telah menyebabkan ramai pihak yang pro-BERSIH bersorak kerana tidak puas hati. Jadi, suara sorakan "boo" sentiasa kedengaran.

Paling kecewa, wacana ditutup kerana ada arahan dari pihak atasan sedangkan masih ramai yang hendak bertanyakan soalan. Moderator memaklumkan bahawa "pihak atasan" tersebut bukan dari pihak Sinar Harian tetapi "pihak yang lebih atas". Siapakah "pihak yang lebih atas" itu?

Saya tidak dibenarkan merakam gambar kerana hanya media yang tertentu yang dibenarkan oleh pihak penganjur sahaja dibenarkan untuk merakam video dan gambar.

Jadi, maaf jika gambar tidak berkualiti kerana ia hanya dirakam menggunakan blackberry sahaja.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 26, 2011

Rakyat Berterima Kasih Kepada Kerajaan @ Kerajaan Berterima Kasih Kepada Rakyat?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 19, 2011

Mahasiswa Siap Sedia

Assalamualaikum.

Saya membaca sebuah blog di internet yang mengatakan bahawa 500 pelajar universiti dibuang kerana perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 baru ini. Namun, saya anggap ini khabar angin kerana ia belum sahih. Tetapi persoalan saya, perlukan tindakan membuang pelajar itu dilakukan dan adakah ia akan menyelesaikan masalah?

Pada pendapat saya tidak sama sekali. Ia hanya akan membangkitkan sentimen mahasiswa atau anak muda anti kepada kerajaan sahaja. Mereka hanya bersama dalam sebuah perhimpunan aman atas rasa tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi. Mereka bukan lagi pelajar sekolah rendah yang boleh diarah dan ditentukan haluan oleh sesiapa pun. Mereka telah dewasa dan proses matang terus berlaku. Tiada siapa yang dapat menghalang proses ini dan jika halangan dibuat maka hanya akan merencatkan atau membantutkan pertumbuhan proses kematangan itu.

Semua ini seolah-olah sudah diajar bercakap tetapi tidak dibenarkan untuk bercakap. Sudah diajar berjalan tetapi tidak dibenarkan untuk berlari. Mahasiswa dan anak-anak muda perlu dibiarkan bebas. Saya pasti mereka akan belajar untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Berbalik kepada isu 500 pelajar dibuang universiti, saya fikir mahasiswa terutama seluruh anak muda perlu bersedia untuk bergerak membela mereka ini. Gerakan melalui apa cara sekalipun perlu dilakukan bagi melawan regim yang mahu mengongkong dan membodohkan mahasiswa dan anak muda. Media hybrid dan elektronik mesti digerakkan dan pasti jalan raya akan memberi ruang yang luas untuk kita. Ayuh bangkit mahasiswa dan anak muda!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

10 Keratan Video Terbaik Bukti Polis Mengganas Sewaktu BERSIH 2.0 709

Tuesday, July 12, 2011

Utusan Malaysia: Penduduk Terseksa Hidu Asap

Melihat tajuk berita akhbar media perdana ini cukup menunjukkan kprihatinannya terhadap masalah rakyat. Namun, persoalan saya kenapa berita mengenai projek Lynas di Gebeng tidak diberitakan sebegini? Sedangkan masyarakat sekitar Gebeng telah menunjukkan bantahan mereka terhadap projek tersebut yang dipercayai mempunyai kesan radiasi.

Masyarakat di sana telah menunjukkan bantahan, namun media perdana ini langsung tidak memihak kepada mereka. Alasan yang sering dimainkan ialah isu projek Lynas itu telah dipolitikkan. Media elektronik TV3 bersungguh-sungguh membuat liputan bagi mewujudkan pandangan positif supaya rakyat Malaysia dapat menerima projek tersebut. Pada saya, kebenaran pasti akan memihak pada yang benar. Kita nantikan akhir kisah ini berkesudahan dengan baik atau sebaliknya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 11, 2011

BERSIH 2.0: Video Realiti Yang Menyayat Hati

Assalamualaikum.

Saya melayari laman facebook milik saya dan saya perasan ada seorang insan memuat naik sebuah video iaitu video yang saya pamerkan di bawah. Ketika saya menonton video ini hingga ke babak klimaks, air mata saya mula membasahi pipi. Ya Allah, jarang sekali saya menangis hanya kerana menonton video. Tetapi video ini benar-benar menyentuh sifat manusia yang ada dalam diri saya. Saya harap anda semua dapat menonton sama video ini. Jika air mata anda mula membasahi pipi, biarkan ia kering dengan sendiri. Kerana iar mata itu menjadi saksi anda berjiwa manusia. 

Saya mohon anda semua sebarkan video ini. Biar seluruh dunia tahu apa yang terjadi pada tarikh 9 Julai 2011.



Sekian.

Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0 - Koleksi Gambar

Assalamualaikum.

Pertama kali saya ingin ucapkan takziah kepada wira kita iaitu Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu perhimpunan BERSIH sedang berlangsung. Saya pula sangat bersyukur kerana berjaya mengharungi pelbagai dugaan yang ai antaranya gas pemedih mata yang dilalui bersama para wira demonstran BERSIH. Waktu itu kami bagai  saudara. Berkongsi garam, Eno dan air mineral. Bersembang sambil berjalan bagaikan pertemuan dengan sahabat yang telah lama tidak ditemui. 

Ya, perhimpunan itu cukup aman dan harmoni. Kami melambai dan bersalaman dengan polis yang menjaga lalu lintas. Saya percaya tidak ramai polis yang baik dan banyak jumlahnya polis yang kurang beretika. Inilah beberapa gambar yang hendak kongsikan. Anda boleh klik link di bawah. www.lensamassa.wordpress.com merupakan blog yang khusus bagi foto  milik saya. Selamat menjamu mata. :)